Followers

Wednesday 23 July 2014

NAJIB Selesai ANWAR Sibuk !!


Rakyat Malaysia secara amnya sudah boleh membuka mata seluas-luasnya dan belajar menerima hakikat bahawa kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan YAB Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak adalah kerajaan yang prihatin tentang nasib rakyatnya.

Pada ketika negara dilanda dengan pelbagai keadaan yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat Malaysia dalam insiden kehilangan MH370 dan terbaru MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine , kerajaan Malaysia tidak pernah sekalipun mengambil sikap lepas tangan.

Segala komitmen dan apa jua kaedah yang boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah yang wujud akan segera dilaksanakan malahan hubungan mesra yang telah sedia terjalin diantara Malaysia dan negara-negara lain di dunia turut memudahkan sebahagian daripada usaha bagi membolehkan Malaysia mendapatkan haknya khusus dalam isu mendapatkan kotak hitam serta mayat mangsa MH17.

Walaupun penyokong pembangkang bertali arus dan sering melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Razak yang mereka dakwa gagal untuk mentadbir dengan baik , kini dunia melihat Najib lah yang berusaha keras untuk menyelesaikan isu MH17 dan beberapa isu lain.

Tidak boleh dinafikan peranan yang telah ditunjukkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia adalah yang terbaik sepanjang isu pesawat milik Malaysia Airlines MH17 dilaporkan ditembak jatuh di Ukraine baru-baru ini.

Di pihak yang lain pula , mereka sentiasa mengambil sikap berdiam diri dan mencari peluang sekiranya ada untuk menghentam kerajaan dalam usaha mereka mendapatkan publisiti politik murahan dengan menghasut rakyat melalui cerita-cerita provokasi agar kerajaan terus dibenci.

Mungkin ada dikalangan kita yang tidak sedar bahawa pemimpin utama pembangkang iaitu Anwar Ibrahim hanya sibuk berpolitik dan tindakan beliau membuat kenyataan tanpa sebarang usaha untuk memberikan bantuan mahupun sokongan terhadap kerajaan dilihat banyak pihak sebagai sesuatu yang memualkan.

Malah dalam keadaan sebegini beliau lebih sibuk untuk melobi isterinya sendiri Wan Azizah bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Adakah ini masa yang paling sesuai untuk Anwar dan PKR membuat pertukaran Menteri Besar ?

Dalam hal ini kita harus akur bahawa Naijib sudah terbukti lebih layak mentadbir negara berbanding Anwar yang hanya tahu berpolitik 24 jam.sumber 

MMI

1 comment:

  1. gila kuasa punya anwar, tak dapat sendiri, bini di suruh jadi MB...rakyat terima ke...

    ReplyDelete

Labels