Followers

Wednesday 23 July 2014

Sidang Tergempar Dewan Rakyat Berkaitan MH17 KECOH !!


Dewan Rakyat kecoh apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berbalah dengan Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli selepas mengkritik tweet Rafizi yang mendakwa kerajaan menggunakan duit rakyat untuk merasuah puak pemisah bagi mendapatkan kotak hitam pesawat MH17.

“Saya menarik perhatian kenyataan Ahli Parlimen Pandan dalam tweeter, jangan guna duit rakyat untuk merasuah puak pemisah Ukarine untuk serah kotak hitam,” katanya Ka Siong ketika membahaskan usul khas tragedi MH17 di Parlimen, Rabu.

Tegasnya selepas kerajaan mencapai sesuatu kejayaan sebagai rakyat sepatutnya bersyukur dan bukannya menghentam kerajaan dengan tohmahan dan fitnah.

Rafizi kemudian bangun mencelah menggunakan peraturan mesyuarat 36 (12) dan mendakwa itu adalah tweet palsu serta mendesak Ka Siong menarik balik tuduhan berkenaan.

Malah Rafizi menyifatkan kenyataan ahli parlimen Ayer Hitam itu sebagai tuduhan berniat jahat.

Ka Siong tidak ambil peduli akan gesaan Rafizi sebaliknya terus bertindak menyindir Rafizi.

Dewan semakin kecoh apabila beberapa anggota pembangkang yang lain meminta Ka Siong menarik balik tuduhan.

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengarahkan Ka Siong meneruskan hujah dan berkata bahawa Rafizi tidak mengikut aturan mesyuarat dengan menjelaskan perkara yang dibangkitkan itu tiada kaitan dengan Perkara 36 (12) iaitu keluarkan fitnah dan memberi kenyatan palsu.

“Jika benar tweet itu palsu, Yang Berhormat perlu membuat kenyataan sebelum ini dan buat sidang media untuk menjelaskannya. Sebab itu saya minta Ayer Hitam untuk meneruskan jadi tidak perlulah lagi pertikaikan keputusan saya,” katanya.

Ka Siong kemudian meneruskan perbahasan dan secara sinis meminta Rafizi melaporkan terlebih dahulu kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia berhubung akaunnya digodam sebelum membuat laporan polis.

Gesaan itu mendapat sorakan anggota dewan. sumber bnbbc



Puak-puak ni memang kalut lebih puiii ...

MMI

1 comment:

  1. tak sangka ya dalam Paliment ramai beruk beruk PR

    ReplyDelete

Labels