Followers

Thursday, 28 August 2014

Anwar PECAT PAS Dari PAKATAN HAPRAK !!


Semestinya ramai yang sedar tentang insiden beberapa proses pemecatan ahli politik dari kalangan kem pembangkang sejak wujudnya Pakatan Haprak.Antara yang menjadi isu panas adalah pemecatan Hasan Ali oleh parti PAS kerana pemimpin tersebut dikatakan tidak sehaluan dengan dasar parti.

Kemudiannya kita dapat melihat insiden pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan paling menarik kedua-dua pemecatan ini dilakukan oleh parti PAS tanpa pihak yang dipecat diberikan ruang untuk membela diri.

Alasan pemecatan pula jangan cakaplah , tidak sehaluan dengan dasar parti dan ada yang sampai ke tahap kerana gagal hadir mesyuarat saja.

Fuh macamlah pemimpin PAS lain pada ketika itu hadir kesemua mesyuarat yang diadakan.

Apa pun itu cerita PAS , PKR pun sama naik terkini Khalid Ibrahim dipecat daripada ahli PKR hanya kerana tidak mahu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.Alasan lain MMI malas nak tulis sebabnya semua orang tahu bahawa punca utama kepada pemecatan itu adalah kerana ghairah Jijah dan Nuar perlu dipuaskan seberapa segera yang mungkin.

DAP pula lebih kurang sama , siapa jua yang tidak pro kepada dinasti Lim pasti akan mendapat habuan seperti mana yang berlaku terhadap Jenice Lee Adun Teratai dan beberapa orang lagi pimpinan lain dalam DAP.

So berdasarkan pemerhatian MMI , Pakatan Haprak begitu mementingkan kesetian terhadap parti masing-masing termasuklah hubungan diantara parti-parti dalam Pakatan Haprak.

Oleh yang demikian maka MMI merasakan adalah WAJAR sama sekali untuk ANWAR IBRAHIM mengarahkan pucuk pimpinan Pakatan Haprak memecat dengan kadar segera parti PAS.

Ini amat perlu dilakukan memandangkan PAS telah memberikan masalah yang cukup besar kepada Pakatan Haprak atau lebih mudah masalah kepada Anwar untuk merealisasikan perancangannya untuk menggantikan Menteri Besar Selangor.

PAS tidak mengikut apa jua keputusan yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan Pakatan Haprak dan diwaktu PKR serta DAP bersetuju untuk tetap mencalonkan Wan Azizah , PAS telah membuat kenyataan untuk mencalonkan lagi 2 nama.

So apa yang Anwar tunggu lagi ???? Segeralah PECAT PAS dari Pakatan Haprak !!!!

Sampai sekarang tak dengar langsung bunyi untuk pecat PAS kan ??? Kenapa ????

Sebab Anwar tahu sekiranya PAS keluar dari Pakatan Haprak , beliau tidak akan mampu lagi untuk berdepan dengan suasana politik hari ini.

Rumusannya PAS jauh lebih berkuasa dalam Pakatan Haprak tetapi sayang mereka lebih merelakan diri menjadi pencacai kepada seorang bekas banduan bernama Anwar Ibrahim.

MMI

4 comments:

  1. tanpa keldai PAS, siapalah PKR.. akan tiba masanya Pakatan akan hancur bak kaca jatuh ke simen..huhu

    ReplyDelete
  2. Kena tanya UMNO la..UMNO memang hebat melaga-lagakan orang..kononnya PAS keldai Pakatan..xsedar UMNO mengkeldaikan orang melayu kat malaysia ni..

    ReplyDelete
  3. Kenapa PAS belum faham.Mereka boleh hidup tanpa pakatan,bukan pada PKR yg bergantung harap sepenuhnya pada PAS.Kalau tak percaya,buktinya ada di DUN Pengkalan Kubor.

    ReplyDelete
  4. Pakatan Rakyat ada ke sebenarnya????
    Mana lambing dia?
    Siapa Presiden, timbalan, setiausaha, bendahari dsb???

    Sedarlah wahai penyokog Pakatan Rakyat, anda sebenarnay telah tertipu.....ini adalah Pakatan Rakyat (PR) @ Pakatan Rosak

    ReplyDelete

Labels