Followers

Wednesday, 27 August 2014

ROSMAH Bakal ADUN ?!!


Kenapa terkejut ? Tak boleh ker Datin Seri Rosmah jadi Adun ? Apa dia ??.. Sebab dia isteri Perdana Menteri !! Ehh kenapa pula ?? Takkanlah kerana dia isteri Perdana Menteri tak boleh nak bertanding sebagai Adun ??

Rasanya itulah soalan-soalan yang akan timbul sekiranya Datin Seri Rosmah Mansor benar-benar bertanding sama ada sebagai Adun ataupun Ahli Parlimen.

Pertamanya MMI nak mohon maaf kepada Datin Seri Rosmah andai kata artikel ini mengguris hati dan perasaan Datin Seri , MMI cuma nak mengajak mereka-mereka yang kat luar sana supaya sama-sama memikirkan tentang kedudukan dan senario politik di Selangor.

Pasti dah ramai yang sedar apa yang bakal MMI catatkan seterusnya , YA !! Benar semuanya benar ianya ada kena mengena dengan kehadiran Wan Azizah dibumi Selangor.

Pada ketika banyak pihak melihat kepada kekalutan di bumi Selangor , Wan Azizah sedikit pun tidak pernah merasa segan mahupun bersikap profesional seperti mana kebanyakkan puak pembangkang yang mahukan supaya Datin Seri Rosmah duduk diam-diam dan jangan buat apa langsung.

Sebolehnya mereka mahu Datin Seri Rosmah duduk sahaja di rumah menjadi suri rumah kepada Datuk Seri Najib.

Malah pelbagai cemuhan dan kritikan serta cacian sudah pun dilemparkan terhadap Datin Seri dan tak kurang juga yang memfitnah beliau sedangkan hakikatnya Datin Seri tidak pernah melakukan apa jua yang di dakwa.

Begitulah hebatnya puak-puak munafik yang suka mencari kesalahan orang lain tetapi dalam masa yang sama lupa rumah sendiri pun busuk dengan najis.

Perancangan Anwar bapa kronisme dan nepotisme sedikit pincang apabila PAS masih dengan permainan tarik talinya.Sepanjang krisis ini berlaku , apa yang MMI perhatikan adalah sikap pemimpin PAS yang tertinggi dan masih dihormati terlalu berkecamuk.

Mereka pada dasarnya mahu sahaja mengambil keputusan untuk meninggalkan Pakatan Haprak tetapi tidak punya kekuatan untuk merealisasikannya kerana disekeliling mereka terdapatnya agen-agen Anwar yang MMI selalu sebut sebagai ANWARINAS.

Kerana itu mereka masih mencari jalan untuk mengelak daripada manusia bernama Wan Azizah menjadi Menteri Besar dan mereka juga tahu bahawa sekiranya itu berlaku bermakna mereka telah menerima kehadiran Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

PAS secara jujurnya menolak Anwar dan Azizah malahan keberadaan mereka dalam Pakatan Haprak bukanlah kerana semangat PR memandangkan mereka tidak pernah sekata dalam segala hal.Permainan politik ini sering kali diluahkan oleh penyokong-penyokong PAS di akar umbi.

Cuma kerana kelemahan yang dimiliki PAS mereka terpaksa menggunakan peluang yang terhidang dalam Pakatan Haprak untuk sama-sama seiring sebagai pasukan pembangkang jika tidak PAS adalah parti yang paling tercorot dalam carta politik negara.

Itu hakikatnya cuma dalam beberapa keadaan MMI yakin PAS juga akan turut melalak sekiranya Datin Seri Rosmah dipilih untuk bertanding dimana-mana kerusi seperti mana yang dilakukan oleh Wan Azizah.

Disini Datin Seri Rosmah jauh lebih berakal dan punya sikap profesional apabila tidak pernah disebut apatah lagi terfikir untuk mengikuti jejak isteri seorang bekas banduan bernama Anwar Ibrahim.

Bagitu juga dengan Datuk Seri Najib , beliau kini mula mengulas tentang episod hitam buat Selangor yang akan tercatat sebagai satu sejarah kepincangan Pakatan Haprak sejak ia diwujudkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Selangor menilai secara rasional perkembangan politik di Selangor.

Najib yang juga pengerusi BN berkata 'nepotisme terbuka' sedang berlaku di negeri Selangor di mana wakil rakyat yang sihat disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri dan satu pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri sendiri dicalonkan untuk menjadi menteri besar. 

"Cuba bayangkan, kalau dalam BN kita angkat isteri menjadi menteri besar, kita akan dituduh nepotisme terbuka tetapi ini sedang berlaku di Selangor.

"Ini terserah kepada rakyat Selangor cuba fikirkan apa yang baik dan patut lakukan berasaskan pertimbangan masuk akal dan rasional dan pertimbangan ini menyelamatkan negeri dan negara kita secara keseluruhan.

"Pertimbangan bermotif sesuatu seperti ada udang 'galah' di sebalik batu akan merugikan rakyat," katanya di majlis mesra Aidilfitri Umno Peringkat Selangor yang dihadiri lebih 10,000 orang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di Dengkil malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Badan Penghubungan Umno Selangor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Najib berkata kerajaan pusat melahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju menandatangani perjanjian mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 untuk dilaksanakan bagi menjamin bekalan air berterusan kepada rakyat negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata walaupun perjanjian itu sepatutnya ditandatangani tiga tahun dulu tetapi politik telah mengatasi pertimbangan rasional Abdul Khalid.

"Menteri Besar Selangor sudah sedar bahawa keputusan kerajaan pusat sebelum ini adalah benar dan tepat, tanpa Langat 2 tiada jaminan bekalan air," katanya.

Sementara itu, Najib berkata tragedi MH17 ada hikmahnya apabila rakyat Malaysia di seluruh negara yang dilanda perasaan sedih dan pilu, disatukan, dengan bertafakur selama seminit, sebagai tanda penghormatan.

"Kita bersatu dalam kesedihan. Inilah keadaan yang amat unik dan teristimewa apabila kita dapat lupakan persengketaan, perbezaan ideologi politik, tidak kira bangsa dan agama tetapi atas dasar kita rakyat Malaysia, kita kongsi kesedihan dan simpati.

"Ini menunjukkan dalam ujian tersebut, rakyat Malaysia boleh bersatu dan tiada rintangan yang tidak boleh ditempuhi," kata Najib.

Sebelum itu, Najib bersama hadirin bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu dan juga MH370 yang hilang sejak Mac 8.

Di majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada jemaah haji di Parlimen Sepang yang bakal menunaikan haji tahun ini.Bernama

MMI

1 comment:

  1. Betul ka Datin Seri tak pernah lakukan apa2? Atlantuya??

    ReplyDelete

Labels