Followers

Wednesday 17 September 2014

Dari Stadium Ke Padang Bola PAS Terus BERJANJI !! #PengkalanKubor


Semalam dalam tinjauan di sekitar Pangkalan kubor , MMI bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat.Daripada yang tua sehinggalah ke anak-anak kecil sentiasa tersenyum menerima salam daripada MMI serta rakan-rakan.

Tidak ada sebarang memek muka marah ditunjukkan oleh mereka walaupun ada dikalangannya bukanlah dari orang-orang berada.Namun sepanjang tinjauan itu tidak pula mereka merungut kepada MMI atau mana-mana pihak malah kemesraan itu seolah-olah telah wujud sebelum ini.

Setelah berbual , barulah MMI faham sememangnya penduduk di Pengkalan Kubor mudah mesra kerana kemesraan ini telah disematkan ke sanubari mereka oleh gerak kerja arwah Dato Di sebelum ini.

Arwah diberitakan sebagai seorang pemimpin yang sering turun ke kawasan berjumpa penduduk dan sentiasa merendah diri selain daripada ringan tulang untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan.

Dek kerana itu maka budaya mesra itu diteruskan !! ...... Namun ada TETAPInya !!!

Wajah kemesraan itu akan berubah apabila soalan tentang parti PAS dikemukakan.

Senyuman yang terukir di bibir akan segera hilang dan kepetahan berbicara akan disusuli dengan keluhan Hmmmmm ....

Rata-rata mereka yang ditemui menyatakan bahawa PAS sememangnya tidak pernah melakukan apa-apa selama ini di bumi Pengkalan Kubor.Mungkin kerana dikawasan ini UMNO punya kerusi maka PAS lebih selesa untuk hanya menjaga ahli sendiri.

"Bagaimana kami boleh menerima calon PAS sedangkan selama ini mereka tidak pernah turun apatah lagi bertemu penduduk seperti mana yang mereka sedang lakukan ketika ini " !! (setelah diubah dari loghat kelantan)

Orang Pengkalan Kubor tahu salam mereka itu punya niat politik semata-mata kerana PAS sedang menagih simpati pengundi.


Begitu juga dengan anak-anak muda , JANJI calon PAS untuk membina sebuah padang bola bukan penyelesaian atau gula-gula yang boleh menzahirkan sokongan mereka terhadap PAS.Bayangkan sekiranya di takdirkan PRK Dun Pengkalan Kubor  tidak berlaku , apakah padang bola terbabit akan dibina oleh PAS ??

Bagaimana pula agaknya dengan JANJI PAS untuk membina Stadium ?!!!


PAS mungkin lupa tetapi anak Kelantan tidak pernah lupa bahawa JANJI PAS sebelum ini untuk membina stadium hanya tinggal JANJI dan JANJI itu telah berlarutan sejak 2 TAHUN yang lalu !! 

Yang pasti rakyat Pengkalan Kubor tolak PAS kerana sering berJANJI dan selalunya JANJI itu menjadi PELAWOK !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels