Followers

Wednesday 17 September 2014

PRK #PengkalanKubor PAS Makin TEMPANG MAT SABU Di Minta LETAK JAWATAN !!!


Insiden perwakilan PAS yang bertindak keluar dari dewan secara beramai-ramai sewaktu Mat sabu Timbalan Presiden parti memberikan ucapan dalam muktamar PAS benar-benar memberikan impak yang cukup besar kepada parti yang mengaku pejuang Islam itu.

Kini PAS tidak ada bezanya lagi dengan parti-parti politik yang lain dan tindakan keluar dewan itu bolehlah dianggap sebagai pelengkap kepada politik yang sehaluan dengan PKR dan DAP.Sebagai sahabat , PAS rasanya sudah boleh tersenyum memandangkan taraf mereka kini sama dengan DAP dan PKR kerana tindak tanduk protes sebegini sering kali berlaku dalam parti sahabat sesyurga mereka.

Terkini bekas ketua pemuda PAS Pulau Pinang , Saudara Hafiz Nordin dalam kenyataannya di laman facebook secara sinis telah menyatakan dengan jelas bahawa sudah sampai masanya Mat Sabu segera meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti.


Malah kenyataan ini dan juga tindakan perwakilan yang keluar dari dewan memberikan kita jawapan bahawa PAS semakin TEMPANG !!

Bayangkan ahli PAS sendiri pun kini sudah menunjukkan rasa kurang senang mereka dengan sikap Timbalan Presiden ini kerana sudah terlalu jauh menyimpang daripada matlamat penubuhan parti PAS sendiri.

Apa yang berlaku sudah tentu memberikan kesan kepada jentera PAS yang kini terkial-kial di Pengkalan Kubor sehinggakan mereka terpaksa menggunakan sogokan untuk mendapat simpati rakyat.Baca Sini 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels