Followers

Wednesday 17 September 2014

Penduduk #PengkalanKubor Kata Hj Mat Razi Ni BEREH !! VIDEO


Hari ini masuk hari ke 5 selepas proses penamaan calon berjalan bagi PRK Pengkalan Kubor dan serentak dengan itu juga kempen-kempen mula digerakkan oleh parti-parti bertanding termasuk seorang calon BEBAS.

Walaupun cuaca sedikit sejuk dengan hujan lebat dibeberapa tempat suasana di Pengkalan Kubor semakin hari semakin panas dengan pelbagai helah dan asakan fitnah bertubi-tubi daripada jentera PAS terhadap BN.

Namun itu semua tidak menghalang jentera BN dan calon untuk terus berkempen bertemu masyarakat dalam program-program walkabout yang diadakan.

Daripada usaha berterusan ini jelas penerimaan masyarakat terhadap calon BN semakin baik dan bertambah baik malah ada dikalangannya yang menganggap calon BN Hj Mat Razi sebagai seorang yang mudah untuk berurusan.

Dalam loghat Kelantan BEREH !!! 

No comments:

Post a Comment

Labels