Followers

Tuesday, 7 October 2014

Ada Agenda Lain Di Sebalik Isu SJKC !!


MMI sebenarnya tak mau ambil kisah sangat pun tentang puak-puak bangsat yang tak reti nak hormat orang ni.Tapi bila kita dah bagi muka puak-puak ni tak pernahnya reti nak berterima kasih , lagi pijak kepala adalah.

Artikel ni MMI tulis khusus tentang isu yang tengah panas sekarang ni melibatkan penutupan SJKC.Secara jujurnya MMI rasa ini cadangan yang amat baik memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara dengan mesyarakat majmuk.Jadi untuk apa kita perlu ada sekolah berasaskan kaum ni ??

Sebelum tu kena ingat balik bukankah ini juga merupakan sebahagian daripada perjuangan puak-puak yang mengaku hebat dalam DAP ??

Sama rata MALAYSIAN MALAYSIA so apa masalahnya kalau SJKC di tutup dan semua sekolah di Malaysia dijadikan sebagai sekolah perpaduan atau sekolah 1Malaysia ??

Ada masalah sangat ker ??

Ini bukan main lagi , baru ja benda tu dicadangkan dan tak sampai ke peringkat tertinggi lagi pun nahhh dah bising dah siap buat laporan Polis lagi kononnya menghasut !! Pegiirahhh ...

Yang MCA ni pun satu lagi , awat dah rasa besaq kepala sangat dah ka ???

Kerja tak setera mana mengharapkan ihsan daripada UMNO ja alih-alih nak bercakap besaq !! Memang musibat ...

Tak cukup dengan itu ada pula pihak-pihak kat luaq sana siap bagi syarat kalau nak tutup SJKC maka kerajaan juga kena tutup sekolah agama !! 

Alo brader apa yang ampa nak sebenaqnya ni ???

MMI tertarik dengan ulasan sahabat blog flyingKick yang rasanya perlu dibaca... 

SJKC dibenarkan wujud kerana anak-anak generasi pertama kaum imigran tidak berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Selepas merdeka, Perlembagaan Persekutuan mengekalkan hak pembelajaran dan amalan bahasa ibunda masing-masing. Namun Perlembagaan Persekutuan juga tidak menegaskan bahawa pembelajaran bahasa-bahasa utama di Malaysia perlu dibuat di sekolah-sekolah yang berasingan berdasarkan ras dan kaum.

Menghapuskan SJKC atau SJKT tidak bermakna menghalang hak pembelajaran dan amalan budaya serta bahasa ibunda. Sebaliknya bahasa dan budaya tersebut boleh dipelajari secara saksama di sekolah-sekolah kebangsaan bagi memupuk lebih kefahaman dan toleransi antara generasi muda.

Malangnya, sikap mahu memecah-belahkan kaum di negara ini, lebih diminati oleh para pemimpin bagi memudahkan mereka mengekalkan kuasa, menyebabkan SJKC dan SJKT terus wujud dengan alasan yang diberikan ialah kebebasan mengamalkan bahasa dan budaya walaupun ia sebenarnya lebih positif sekiranya dipindahkan keseluruhannya ke sekolah-sekolah kebangsaan.

Ego, angkuh dan besar kepala adalah punca sebenarnya SJKC dan SJKT terus wujud di negara ini selain bimbang masyarakat lebih berasimilasi kerana perubahan itu akan menyebabkan mereka kehilangan undi dan sokongan.flyingkick 

Secara peribadinya MMI yakin ada agenda lain sebenarnya disebalik SJKC ni .. Ianya bukanlah soal pendidikan sangat atau tentang bahasa sebab kebanyakkan puak-puak cina yang ada di Malaysia sekarang ni pun bukan semua boleh berbahasa cina sebaliknya menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.

Ada setengah tu boleh bercakap tapi tak boleh membaca .. Jangan bohonglah MMI pernah jumpa puak yang macam ni !

So kalau kita perhatikan tak ada isu sangat pun kerana kerajaan boleh sahaja mewujudkan sama ada sekolah perpaduan , sekolah satu aliran atau sekolah 1Malaysia yang menghimpunkan kesemua pelajar tanpa mengira bangsa.Perkara yang perlu dilakukan adalah memastikan setiap pembelajaran itu menepati aliran masing-masing.

Dalam masa yang sama kita dapat memupuk semangat kebangsaan memandangkan dari awal lagi pelajar-pelajar ini akan didedahkan dengan mereka yang berlainan bangsa.

Mungkin akan ada sedikit kelemahan dimana-mana tetapi itu perkara biasa , Jangan lupa SJKC sendiri pun sebelum ini dah ada masalah beb ...


Nah bukan setakat masalah siap menghina agama Islam lagi !!! Awat ampa ingat orang Melayu Islam dah lupa ka ??

Kenapa pertahankan sangat SJKC ? Sebabnya SJKC adalah lambang kemegahan mereka dan bukti bahawa mereka masih punya nafas untuk disajikan kepada generasi kemudiannya.Doktrin untuk memastikan survival kaum cina yang hari ini kebanyakkannya terlalu bernafsu untuk menguasai Malaysia dan menjadi kerajaan.

Seperkara yang harus kita ingat sekiranya mereka benar-benar ikhlas untuk melihat Malaysia terus maju dengan rakyatnya dapat hidup berbilang kaum dengan harmoni , isu tentang SJKC tidak akan sampai ke tahap laporan Polis sebaliknya meja rundingan akan menjadi perkara utama.

Sebaliknya apa yang berlaku kini ?? Baru sahaja orang Melayu bersuara dah melalak seluruh negara !!! Hati-hati bro ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels