Followers

Tuesday 7 October 2014

Ahli DAP NAIK MINYAK Soal CEC , Parti CACA MARBA Mana Guan Eng JAWAB La !!!


Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng didesak tampil memberi penjelasan kononnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP walaupun terdapat pelbagai aduan salah laku semasa pemilihan parti itu.

Bekas juruaudit DAP Cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min mendakwa parti itu sebenarnya mempergunakan peluang yang ada untuk terus memanipulasi fikiran akar umbi seolah-olah tidak ada sebarang unsur penipuan dalam pemilihan parti.

Menurut Kon Min, rata-rata yang membuat aduan kepada ROS merupakan penyokong tegar DAP sebelum ini, namun kerana tidak tahan dengan pelbagai isu salah guna kuasa dan penyelewangan dalam parti itu, mereka terpaksa lantang sehingga ada yang dipecat.

"Kami mahu Guan Eng jawab mengapa putar belit fakta, kononnya ROS akur dengan pemilihan semula DAP sedangkan ROS awal-awal sudah menafikan perkara tersebut. Kenyataan tidak bertanggungjawab yang telah dikeluarkan oleh Gobind Singh sebenarnya mengelirukan serta mengecewakan pelbagai pihak termasuk ahli-ahli DAP yang mahukan pengadilan.

"Hanya kerana DAP mempunyai ramai pengamal undang-undang dalam partinya, maka kadang-kadang mereka 'naik minyak' dengan menganggap diri mereka itu sebenarnya kebal undang-undang. Jangan pergunakan mahkamah untuk membohongi ahli serta rakyat berhubung kedudukan sebenar pemilihan CEC," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.

Kon Min mengulas penafian Timbalan Ketua Pengarah ROS, Mohd. Norzam Mustapa menafikan badan itu mengiktiraf pemilihan CEC DAP pada 29 September tahun lalu, malah belum mendapat apa-apa pemberitahuan daripada mahkamah mengenainya sehingga ke hari ini baru-baru ini.

Perkara itu bertentangan dengan kenyataan peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili DAP di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) baru-baru ini, yang mendakwa ROS menasihati dan memperakukan CEC tersebut boleh menjalankan segala kuasa, tugas dan kewajipannya dalam pentadbiran hal ehwal harian parti itu mengikut perlembagaan DAP.

Jelas Kon Min, sehingga kini sebanyak 15 aduan rasmi daripada ahli dan bekas ahli DAP telah dibuat kepada ROS mengenai salah laku termasuk penyelewengan semasa pemilihan CEC dilaksanakan, namun sehingga kini tiada satu maklum balas mahupun hasil siasatan dikeluarkan.

"Saya mohon kepada ROS supaya lebih efisyen dan jangan biar 'diperbodohkan' oleh DAP. Selain menyalahkan ROS dalam kejadian penyewelengan pemilihan pertama dan kedua, pemimpin parti itu juga berlakon seolah-olah telah menjadi mangsa konspirasi kerajaan Barisan Nasional. Segala aduan oleh ahli sendiri tidak diendahkan malah ramai juga telah dipecat kerana lantang mengkritik parti," tegasnya.

Beliau turut menasihati ahli akar umbi DAP supaya tidak berterusan terpedaya dengan tipu muslihat segelintir pemimpin parti itu yang kemaruk kuasa sehingga sanggup menyembunyikan fakta sebenar.

Dalam pada itu, bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R. Vellasamy menyoal dakwaan bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong terdapat 120 cawangan DAP yang masih belum mendaftar telah hadir dan mengundi pada pemilihan semula CEC DAP.

Kata Vellasamy, tindakan DAP yang memohon kelulusan 120 cawangan parti itu daripada ROS selepas pemilihan semula CEC itu diadakan pada tarikh berkenaan mengundang pelbagai tanda tanya.

"Jika 120 cawangan tersebut hadir semasa pemilihan semula CEC pada 29 September 2013, mengapa baru sekarang baru mahu mohon kelulusan daripada ROS?

"Cawangan saya sendiri tidak dibenarkan untuk hadir mengundi pada pemilihan lepas, walaupun saya telah dipecat namun beberapa cawangan saya masih aktif dan sah. Kami juga ingin tahu tentang 500 surat akuan yang dihantar kepada ROS oleh Anthony Loke, apakah statusnya," ujar Vellasamy...UM

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels