Followers

Monday, 27 October 2014

Menjelang Perbicaraan Anwar , Apa Benar Anwar Akan LARI ??


Tarikh yang dinantikan oleh kebanyakkan penggerak politik di tanahair semakin hampir , tak sampai 24 jam sahaja lagi mahkamah Putrajaya akan memulakan perbicaraan kes rayuan Anwar Ibrahim yang MMI jangkakan untuk yang terakhir sebelum keputusan di buat pada 29 Oktober 2014.

Malah diberitakan juga warga marhain dari kalangan mereka yang bukan penggiat politik dan juga dunia kini akan memberikan tumpuan terhadap keputusan yang bakal diumumkan oleh pihak mahkamah nanti.

Barangkali Obama , Presiden Amerika Syarikat juga akan duduk bersama dengan para punaisihatnya untuk mengikuti perjalanan kes ini memandangkan Anwar sering kali mendabik dada kononnya beliau begitu disimpati oleh kebanyakkan pemimpin dunia termasuklah para ulama dunia.

Memang hebat dia ni , apa sahaja yang mampu meyakinkan rakyat akan dipergunakan sebaiknya walaupun pada hakikatnya PKR sendiri terkial-kial untuk menghimpunkan para pencacainya supaya hadir dan membuang masa diperkarangan mahkamah esok.

Gerakan yang dinamakan sebagai "Rakyat Hakim Negara" bukan sahaja digerakkan diseluruh negara bahkan menjadi satu catatan sejarah apabila ianya menemui KEGAGALAN kerana kebijaksanaan rakyat yang makin faham dengan Wayang Pacak permainan Anwar Ibrahim.

Namun MMI tak menyangkal masih ada mereka-mereka yang tampil kedepan untuk bersolidariti atas nama Anwar tetapi bilangannya boleh dikira dengan jari.Tidak ada lagi lautan manusia atau gelombang suara tempik sorak yang bergema di serata pelusuk negara kononnya kerajaan mengamalkan dasar ZALIM untuk menganiaya seorang pemimpin pembangkang.

Yang pasti gema tempik sorak ini berlaku dalam parti pembangkang sendiri !

PAS dalam muktamarnya baru-baru ini menyajikan satu bentuk larangan berkenaan hak perwakilan sendiri apabila ucapan mereka dihalang malah diselang seli dengan pelbagai aksi-aksi kacau bilau dan rasa sedih yang membuak-buak.


Air mata Pengerusi Tetap ini mengalir kerana natijah perwakilan sendiri dan semestinya ada sesuatu yang terpendam dalam hati tiap perwakilan PAS pada hari tersebut sehingga memaksa sebahagian besar daripada mereka untuk mengenakan baju tertera "Kami Sokong Ulama" sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah parti PAS.

DAP pula masih lagi dengan isu besar melibatkan kedudukan pimpinan tertingginya apabila pemilihan CEC parti itu masih lagi menjadi barah yang kian menanah.Kesakitan akibat nanah itu amat perlu dibedah dengan segera namun halangan yang diwujudkan oleh mereka yang dinafikan hak sebagai ahli dalam parti menyebabkan nanah itu terpaksa dibiarkan seketika.

PKR pula masih belum reda dengan cerita "Selangor ini BAPAK AKU PUNYA" dan kehadiran Azmin sebagai Menteri Besar dengan menendang Khalid Ibrahim sebenarnya membuktikan betapa PKR tidak pernah memikirkan tentang nasib rakyat.

Kehendak Anwar Ibrahim harus dipenuhi kerana Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat !! Uwekkk .. Nak termuntah bila menulis tentang Anwar berjiwa rakyat !!!

Jiwa apa yang dimiliki oleh Anwar kalau habis segala wakil rakyat dan isteri sendiri diminta berkorban untuknya semata-mata bagi memenuhi nafsu politik ?

Jiwa apa yang dimiliki oleh Anwar jika titah DYMM Sultan Selangor sendiri pun tidak dipedulikannya ?

Jiwa apa yang dimiliki oleh Anwar sekiranya beliau sendiri GAGAL menyakinkan sekutunya untuk bersetuju dengan keputusan untuk mencalonkan satu nama sahaja di Selangor ?

Kalau tak salah MMI , Anwar hanya punya jiwa gelap yang tidak terarah untuk membela rakyat tetapi sebaliknya lebih suka menjadikan hasrat rakyat sebagai perisai untuk memastikan kedudukan politiknya SELAMAT , selebihnya kamu aku pergunakan !!!!!

Seperkara yang menarik perhatian MMI adalah kini suara bahawa Anwar akan lari meninggalkan bumi Malaysia dan mencari suaka politik di negara asing kembali kerkumandang.Suara yang hampir sama sewaktu kes ini dibicarakan sebelumnya.

Soanya kini apakah kita yakin manusia bernama Anwar Ibrahim ini akan lari meninggalkan Malaysia ?

Secara mudahnya ada kemungkinan boleh berlaku namun jika kita amati rentak politik pembangkang hari ini , MMI rasa Anwar tidak akan meninggalkan Malaysia !

Anwar Ibrahim yang MMI kenali bukanlah jenis manusia yang akan segera lari dari masalah seperti ini melainkan beliau benar-benar berasa terancam.Perlu diingatkan juga Anwar pernah lari dan berlindung disalah satu kedutaan yang terdapat di Malaysia.Memang haram jadah kedutaan ini kerana langsung tidak hormat kepada Malaysia tetapi itulah Anwar !

Dalam masa yang sama walaupun sudah ada beberapa orang dari pihak pembangkang sendiri yang sudah pun berada di luar negara mencari perlindungan politik , MMI tetap optimis Anwar tidak akan lari meninggalkan gelanggang mahkamah di Putrajaya.

Ini kerana dengan banyak pihak yang memberikan tumpuan terhadap kes beliau yang bermula esok hari , sudah semestinya Anwar mahu dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara paling kejam kerana bertindak memenjarakan beliau.

Mungkin dengan itu Malaysia akan terus ditekan oleh kuasa-kuasa besar dunia dan memungkinkan Anwar akan dibebaskan semula.

INGAT kedudukan politik UMNO dan Barisan Nasional juga tidaklah seGAH mana kerana isu-isu berkaitan ekonomi yang sedikit sebanyak menjadi penyebab kepada keresahan rakyat di luar sana masih menjadi liabiliti kepada kerajaan.

Untuk itu persoalan tentang Anwar mahu lari ke luar negara rasanya sudah terjawab !!

Bagi MMI mudah , sama ada Anwar lari atau tidak ianya terletak di tangan kita !

Sebagai kerajaan , kita sudah terlalu banyak memberikan kebebasan kepada manusia bernama Anwar Ibrahim.Beliau dalam tempoh waktu diputuskan sebagai bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan masih lagi ligat menghadiri pentas-pentas ceramah dan juga program-program melibatkan politik.

Bukankah Anwar adalah seorang pemimpin politik dan juga Ketua Pembangkang ?

Jika berdasarkan pengamatan MMI , kes Anwar adalah kes berprofil tinggi dan tidak seharusnya beliau dibiarkan bebas sehingga mahkamah benar-benar membuat keputusan sama ada BEBAS atau BERSALAH !!

Perlu diingat mahkamah sudah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim adalah PELIWAT dan apa yang sedang berlaku hari ini adalah beliau sedang dalam proses rayuan terhadap keputusan terbabit.

Maka kenapa kita begitu berhemah membebaskan seorang PELIWAT untuk bergerak ke serata pelusuk negara ?

PELIWAT ini harus dipenjarakan sehingga kes rayuan selesai !!!

Tapi apa boleh buat kita kadang-kalanya terlalu berhemah dan bersopan santun sedangkan mereka langsung tidak mengendahkannya.

TAKUT ??? Takut untuk membuat keputusan sedemikian ??

Adoii kalau takut jangan jadi kerajaan !!!!!

MMI

2 comments:

  1. Saya bimbang "sesuatu akan terjadi kepada beliau" malam ini untuk lebih menarik simpati dan perbicaraan ditangguhkan

    ReplyDelete
  2. memang kerajaan najib penakut tahap kronik....nak jadi gentleman konon...porrraaah....

    ReplyDelete

Labels