Followers

Tuesday 25 November 2014

Boleh Ka Kita TAHAN Puak Singapura Pula Lepas Ni ??


Isu dia 5 buah bas penyokong JDT yang memiliki tiket sah telah ditahan oleh pihak berkuasa daripada memasuki stadium selain daripada tidak dibenarkan turun dari bas masing-masing.

Untuk lebih pencerahan ampa boleh baca dalam kenyataan daripada Ultras Malaya 

Hari ini Menteri Belia & Sukan kita KJ buat kenyataan dalam akaun facebook dia ...

Saya telah menerima maklumat bahawa terdapat beberapa penyokong bola sepak tanah air yang ditahan di checkpoint Tuas di Singapura sebelum perlawanan AFF-Suzuki di negara tersebut pada hari Ahad.

Saya diberitahu bahawa penyokong-penyokong tersebut ditahan dan dilarang untuk memasuki Singapura, semata-mata kerana mereka ingin menyaksi perlawanan bola sepak pasukan kebangsaan menentang Myanmar.

Gambar notis larangan yang dikeluarkan oleh pihak Kastam dan Imigresen Singapura pun sudah tersebar luas di media sosial.

Pejabat saya telah menulis kepada pihak berkuasa di Singapura untuk mendapatkan penjelasan kenapa penyokong Malaysia diberi layanan yang begitu teruk sekali sehingga mereka tidak dibenarkan masuk ke Singapura untuk menyokong pasukan kebangsaan. Padahal saya dimaklumkan bahawa penyokong Myanmar dapat membanjiri Stadium Jalan Besar di Singapura, siap lagi dengan kain rentang dan bendera gergasi negara mereka.

Walaupun kami menghormati prosedur negara asing, tapi saya memang tidak puas hati dengan yang diberi kepada penyokong bola sepak Malaysia. Saya akan maklumkan pada semua apa jawapan yang diberi oleh pihak Singapura dan apa respons kita nanti.

Yang pasti Bos besar dah pick up isu ni dan mula bertindak ... Kita tunggu tengok apa jawapan puak-puak musibat ni ..

Keduanya MMI nak tanya jugalah lepas ni kita nak bagi muka lagi ka dekat puak-puak Singapork ni ???

Kalau cakap berdegar-degar tapi dalam masa yang sama berbondong-bondong puak singapork ni masuk Malaysia TAK GUNA LAH !!!

MMI

1 comment:

  1. ..kekadang kita kena tengok betul2... sejarah membuktikan ramai orang punya kepakaran baling batu sembunyi tangan tuding jari..lepas tu boleh ler dapat political milage kununnya berjaya selesai masalah.. kita bukan buruk sangka, sekadar waspada ... atau secara normalnya.. ada orang yang lahir di Singapura, naik sampai jadi menteri pun... tak kan benda kecil macam ini pun tetiba Singapura tahan bas tanpa notis... lain la jika Singapura sengaja cari bala... kan Malaysia nie tempat rakyat dia bernafas selepas sesak2 dalam flet disana... lalu Johor pulak.. nanti jika ada 'balasan yang adil'.. siapa yang susah..

    ReplyDelete

Labels