Followers

Wednesday, 17 December 2014

Khairuddin Mula Melalut !! @dzainalabidin @NajibRazak


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan , Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan hari ini tampil sekali lagi dalam satu wawancara yang disiarkan melalui saluran YouTube media pro-pembangkang mengulas beberapa isu yang menimbulkan kontroversi sejak beberapa hari yang lalu.Untuk rekod Khairuddin sebelum ini telah menggemparkan dunia politik tanahair apabila membuat satu laporan polis terhadap 1MDB. Klik Sini 

Seperti semua sedia maklum , perkara tersebut sudah pun mendapat reaksi segera daripada pihak bertanggungjawab dan penjelasan panjang lebar telah pun dibuat bagi menjawab tuduhan yang telah dilemparkan.

Dalam masa yang sama Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataannya telah pun meminta pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Kertas siasatan ke atas syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dibuka bagi meneliti laporan polis yang dibuat Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan.

"Laporan polis sudah dibuat, jadi polis akan membuat prosedur siasatan," katanya.Selanjutnya 

Untuk rekod juga , pihak 1MDB sudah pun menjawab beberapa perkara yang dibangkitkan agar ianya tidak disalah ertikan memandangkan sejak minggu lepas, terdapat banyak spekulasi mengenai pelbagai elemen dalam perniagaan 1MDB. 

Walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara-perkara yang diulang dan telah pun dijawab oleh syarikat pada masa lalu, kami memandang serius tuduhan yang dilemparkan.

Oleh itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk memberi respon terhadap tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini, dengan niat untuk memberi penjelasan dari perspektif kami, dan memberi peluang para pembaca membuat rumusan tersendiri terhadap 1MDB dengan maklumat yang kami sampaikan.Baca Sini & Sini 

KINI setelah tindakan Khairuddin mendapat reaksi segera dari pihak yang sepatutnya , beliau dilihat mula melalut dengan menjadikan media pro-pembangkang sebagai medium untuk menghentam pula kepimpinan UMNO negeri Pulau Pinang.

Well sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan , adakah Khairuddin sudah ketandusan saluran untuk menyuarakan hasrat hatinya ?

Dan kenapa beliau menyerang kedudukan Datuk Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri sedangkan selama ini beliau langsung tidak bersuara ?

Malahan MMI sendiri pun selama ini tidak sedar akan kewujudan Khairuddin selaku Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan dan jika ada sekalipun beliau bukanlah dikalangan pemimpin popular yang sering kali bersama rakyat dan ahli UMNO seluruhnya dalam beberapa siri program yang diadakan.

Mempertikaikan perlantikan Datuk Zainal Abidin Osman sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri bererti Khairuddin mempertikaikan keputusan Presiden selain daripada persetujuan semua 13 Ketua-Ketua UMNO Bahagian dalam negeri Pulau Pinang.

Tidakkah Khairuddin terfikir bahawa isunya bukan tentang siapa Pengerusi Perhubungan negeri tetapi isunya adalah sejauh mana para pimpinan UMNO negeri mampu duduk bersama untuk terus bekerja serta memikirkan tentang untung nasib rakyat khususnya orang-orang Melayu yang selama ini ditindas oleh rejim DAP !!

Jika tidak salah tanggapan MMI ... sewaktu Khairuddin sedang begitu emosi menghentam sana sini dalam wawancara bersama media pro-pembangkang , Datuk Zainal Abidin Osman dan jentera UMNO negeri pula sedang sibuk bersama rakyat di kawasan.Gambar bawah membuktikannya ..


Kita semua sedia maklum bahawa sejak Pulau Pinang berada di bawah rejim DAP , orang Melayu adalah mereka yang sering kali dipinggirkan.Tekanan demi tekanan diberikan terhadap orang Melayu sehingga ramai dikalangan mereka terpaksa memilih untuk berpindah keluar dari Pulau Pinang kerana kekangan kos pembelian rumah.

Sehingga kini , rejim DAP masih lagi bermain silap mata tentang pembinaan rumah mampu milik yang dijanjikan sejak 2008 yang lalu.Malah usaha agensi kerajaan untuk membina rumah-rumah sedemikian turut dihalang oleh rejim DAP melalui pelbagai cara.


Pada ketika itu siapakah yang berada dibarisan hadapan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan Guan Eng kalau bukan Datuk Zainal Abidin Osman !! Klik SINI , SINI & SINI 

Di mana kelibat Khairuddin ??

Well banyak lagi perkara kalau MMI nak catatkan disini , tetapi tindakan Khairuddin mempertikaikan kedudukan pemimpin sendiri memperlihatkan perwatakan sebenar diri beliau.Bercakap dan mencari kesalahan orang lain memang senang tetapi soal melaksanakan tanggungjawab itu bukan sesuatu yang mudah.

Dalam konteks ini kenapa Khairuddin tidak langsung mempertikaikan kedudukan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang yang secara dasarnya sudah pun menyebabkan kedudukan defisit negeri semakin meningkat.Bukankah ianya akan turut menjejaskan nasib rakyat di akar umbi ?




Perobohan gerai milik orang Melayu , pengenalan serta kenaikan kadar caj dan cukai yang tidak masuk akal , kedudukan tanah milik kerajaan negeri yang semakin mengecil , perbelanjaan kerajaan negeri yang semakin boros dan lain-lain.

Di mana kelibat dan suara Khairuddin ?

Yang sentiasa bersama membela rakyat mendepani rejim DAP masih orang yang sama , Datuk Zainal Abidin Osman bersama-sama dengan pimpinan lain dan mereka yang setia mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan rakyat Pulau Pinang seluruhnya.

Untuk itu Khairuddin perlu sedar , bukan soal kalah dan menang tetapi ia melibatkan kepercayaan pucuk pimpinan berdasarkan keupayaan untuk memimpin angkatan perang berdepan dengan rejim DAP di Pulau Pinang.

Kepercayaan itu kemudiannya disokong pula oleh 13 Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Pulau Pinang dan menjadikan segala gerak tempang DAP menjadi SUKAR kerana pemimpin UMNO sentiasa memerhatikan mereka.

Khairuddin !!!! Hentikanlah retorik politik yang kini sudah mula terpesong dari matlamat awalannya dan sedarlah bahawa kamu sedang dipergunakan oleh pembangkang demi untuk mendapat keuntungan politik semata-mata.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels