Followers

Tuesday 9 December 2014

Apa Khabar MALAYSIA ?!!


Siapa kata orang Malaysia tak cantik ? Sebagai manusia kita punya naluri untuk mencari kecantikan tak kiralah dalam apa sudut sekalipun dan semestinya kecantikan daripada pandangan pertama itu memberikan kita kekuatan untuk terus mencari.

Pencarian itu pula bukanlah sesuatu yang mudah kerana yang cantik itu selalunya sudah dimiliki dan kita yang suka dan sedang mencari perlu giat berusaha untuk melangkapkan impian yang boleh menjadi kenyataan.

Namun kita sama sekali tidak boleh menafikan kecantikan itu punya banyak ketegorinya.Kecantikan pandang pertama adalah kategori yang teratas dan ianya disusuli dengan kecantikan seterusnya.Ramai berpendapat bahawa memiliki kecantikan itu sebagai satu kejayaan dan MMI sendiri tak nafikan bahawa memilikinya MAMPU memberikan kita tenaga yang luar biasa.

Tenaga ini sekiranya dikawal dengan bijak MAMPU membawa kegemilangan dalam hidup namun jika salah caranya tenaga itu MAMPU mengundang musibah yang mungkin membawa rebah.

Dalam beberapa hari yang lalu , MMI tak sempat untuk menulis kerana ada tugasan di luar yang membataskan pergerakan serta akses ke internet.Walaupun begitu ia tidak bererti MMI tak mengikuti perkembangan semasa tanahair.

Banyak yang telah berlaku dan antara yang menyentuh hati MMI sendiri adalah berita kepulangan Allahyarham Datuk Fuad Hasan ke rahmatullah.Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,AMIN.

Dalam keterbatasan itu juga , MMI sempat mengikuti perlawanan Piala AFF Suzuki di Shah Alam dan seperti biasa ramai yang kecewa dengan mutu persembahan pasukan Malaysia.Apatah lagi insiden antara penyokong Malaysia dan Vietnam benar-benar mengejutkan banyak pihak kerana Malaysia yang kita kenali tidak memiliki budaya seperti ini.

Apa jua yang berlaku MMI punya alasan dan pendapat tersendiri yang mungkin tidak akan disenangi oleh banyak pihak di luar sana.Pandangan tentang insiden penyokong Vietnam dibelasah sewaktu permainan hampir tamat.

Insiden terbabit MAMPU dielakkan sekiranya pasukan keselamatan yang ditugaskan pada malam tersebut benar-benar melakukan tugas mereka.Sorry to say , pasukan keselamatan antara penyumbang kepada berlakunya insiden terbabit.

Kawalan yang tidak tegas telah menyebabkan penyokong Malaysia berada dalam jarak tak sampai 1 meter dengan penyokong Vietnam dan ini menyebabkan insiden itu lebih mudah berlaku.

Well MMI tak nak komen banyak-banyak sangat nanti ada yang tuduh macam-macam , tetapi itulah hakikatnya yang berlaku pada malam kejadian.Puluhan ribu penyokong Malaysia yang lain turut menjadi saksi kepada apa yang MMI catatkan diatas.

Selain itu kemerosotan teruk dan mutu permainan pasukan Malaysia yang dibimbing oleh Dollah Salleh juga menjadi penyebab kenapa insiden sedemikian berlaku.HAMPEH !! Itulah ayat yang boleh MMI tulis disini kerana jelas sekali pasukan Malaysia tidak bermaya dan lompang disana sini.Mungkin inilah kesannya apabila Dollah Salleh sendiri GAGAL membimbing pasukan Malaysia dan mengambil mudah aspek disiplin pemain.

Isu pemain pasukan negara yang merokok tempoh hari langsung tidak memberikan impak kepada pengurusan pasukan negara.Seolah-olah adanya anak emas dalam pasukan yang telah mengkhianati pemain-pemain lain yang begitu komited untuk membawa negara mencapai kejayaan.

Bab tu biar mereka yang mengaku pro selesaikanlah ...

Selain dari tu negara juga tidak lokek dengan isu politik yang saban hari memanaskan ruang bicara politik warga Malaysia.Isu agama , bangsa dan negara merancakkan hari-hari politik kita dan semestinya pelbagai versi telah ditulis serta dibaca oleh semua.

Macam biasa MMI tak nak komen kat sini , insyaallah dalam artikel seterusnya cuma ada satu isu yang menarik perhatian MMI iaitu suara bekas Perdana Menteri Malaysia , Tun Mahatir Mohamed tentang MAS.

Tun Mahathir telah mengkritik keputusan kerajaan untuk melantik  tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo) selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam 2014 anjuran Universiti Utara Malaysia baru-baru ini.

“Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

“Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya,” katanya.

“Kita ada banyak ‘talent’ (bakat) dalam negara ini. Tapi nak panggil konsultan pun orang asing. Nak jadi ‘director’ (pengarah) pun orang asing,” katanya.

Hmm macam-macam cerita , keputusan dan teguran seperti ini sewajarnya mengajar kita bahawa tidak semua perkara yang kita lakukan itu mampu memenuhi hati semua pihak.

YES itu jawapan yang sebenarnya .. Bukan sesuatu yang mudah untuk memenuhi hati semua pihak tetapi sekurang-kurangnya kita mendengar.

Mendengarlah dari saluran yang benar kerana satu kesilapan yang kita lakukan , musibah itu akan kembali menghantui kita.SEDARLAH satu kesilapan MAMPU membunuh kita pada ketika kita sedang SEDAR dan HIDUP !!

Lihat video di bawah ...



Lihatlah bagaimana kawanan kuda belang yang lainnya hanya MAMPU melihat dari jauh saat nyawa kuda belang malang itu diragut oleh mereka-mereka yang hanya menanti masa sahaja.

Paling BANGANG adalah mereka yang hanya merakamkan detik-detik tersebut tanpa sedikitpun usaha untuk menyelamatkan kuda belang terbabit.

Hati-hati bro !!

Apa Khabar Malaysia ?

MMI

1 comment:

  1. Selagi Mukriz tak jadi PM , habis lah Malaysia , tak tidurlah Mamak .

    ReplyDelete

Labels