Followers

Monday 29 December 2014

Makin Ramai Yang Suka SEBAR FITNAH & Maklumat PALSU Dari Membantu !!!


Tidak ada niat untuk memburukkan sesiapa tetapi melihat kepada suasana terkini rasanya MMI perlu menyahut seruan sahabat blog TheFlyingKick untuk sama-sama membantu pihak berwajib mengesan dan mencari mereka-mereka yang suka menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan keadaan terkini banjir yang melanda sebahagian daripada negeri-negeri di Pantai Timur.

Baca kat SINI  

Setakat ini pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) sudah pun mula menggerakkan usaha bagi mengesan 4 individu untuk diambil keterangan berkenaan penyebaran berita PALSU keadaan banjir di seluruh negara.


Malah sehingga artikel ini ditulis , MMI sendiri masih lagi dihujani maklumat-maklumat yang sedemikian dan kebanyakkan daripadanya di hebahkan melalui group-group aplikasi Whatsapp , Telegram , Whechat dan lain-lain sehingga menimbulkan banyak kekeliruan kepada masyarakat di luar.

Antara contoh ..
Assalam...ade x sape2 dlm group ni kenal ngn mane2 ahli club truckers or club pajero ?? minta tolong sangat2 ... nk minta bantuan utk selamatkan bdk2 kecik yg dh seminggu lebih (KESEJUKAN , CIRIT-BIRIT , MUNTAH-MUNTAH) .. kasihan mereka terkepung dgn banjir tanpa bantuan .... mereka skg kt atas bukit tepi bangunan sarang burung layang-layang area kg Laloh , Kuala Krai ... harap sudi pnjangkn mesej ini kpd kwn2 semua .... mohon ye kwn2 .. hanya ALLAH yg mampu membalas jasa kalian ..... 01116759515 - anis , 0172236402 - ieja...... C&P
salam untuk.makluman jemaah paduka sekiranya ada saudara mara yg terlibat mangsa banjir dikelantan yg perlukan doktor ubatan makanan dan pakaian sila maklum kat saya kws yg terlibat kita akan uruskan dgn helikopter untuk menghantar bantuan dgn syarat nama tempat dan ada orang yg tunggu dgn mengibar bendera.kita cuba sebaik mungkin dgn izin allah Tlg hubungi 018-9486530 en Mansor  
Isunya di sini , sejauh mana kebenaran setiap maklumat yang disebarkan tersebut ?

Sedangkan kita tahu bahawa operasi bantuan dan menyelamat kini sedang giat dilakukan oleh pihak berwajib dan sudah semestinya agensi kerajaan yang terlibat seperti MKN , KDN , BOMBA , ATM , JPAM dan lain-lain jauh lebih mengetahui situasi terkini keadaan banjir.

Malah Bilik Gerakan Banjir di setiap kawasan banjir sudah pun tersedia bagi menguruskan usaha menyelamat serta bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.



Sekiranya kita punya maklumat yang tepat maka buatlah laporan kepada pihak PDRM di kawasan masing-masing agar maklumat tersebut dapat disalurkan kepada pihak berwajib di kawasan bencana seterusnya usaha untuk mengesan dan menyelamat mereka-mereka yang terperangkap dapat dilakukan.

Kepada semua pihak sekali lagi MMI menyeru , sama-samalah kita hadapi bencana banjir ini dengan sikap yang jauh lebih bertanggungjawab.Kita punya pihak berkuasa yang sejak hari mula berlakunya banjir sudah berada di lokasi masing-masing.

Rujuklah kepada pihak berwajib kerana setiap maklumat yang disalurkan itu merupakan peluang untuk kita membantu mereka yang sedang di timpa bencana.Jangan jadikan peluang itu sebagai satu pembaziran dan paling penting jangan sesekali kita timbulkan rasa cemas yang tidak menguntungkan sesiapa.

Sehingga saat ini MMI masih yakin semua pihak yang berada di barisan hadapan sedang berusaha bermati-matian untuk membantu dan menyelamatkan mangsa banjir.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels