Followers

Monday, 29 December 2014

PEMIMPIN DAP CARI PASAL @reezalmerican Bidas Desakan @zairilkj


Di saat seluruh negara sedang menghadapi bencana banjir , DAP tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab untuk sama-sama memberikan tumpuan terhadap usaha membantu mangsa-mangsa banjir mengambil sikap menangguk di air keruh apabila terus dengan agenda politik mereka.

Desakan DAP melalui wakil mereka Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang , Cristoper Lim DAP Zairil Khir Johari yang menuntut agar kerajaan negeri Pulau Pinang diberi kuasa autonomi untuk memerintah sendiri berbanding dengan sistem persekutuan yang diamalkan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963 sudah cukup untuk membuktikan betapa parti itu langsung tidak punya jiwa nasionalis.KLIK SINI 

Ekoran daripada itu , Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merica membidas kenyataan tersebut dan menyifatkan gesaan pemimpin DAP Pulau Pinang untuk melakukan kajian semula ke atas kontrak Persekutuan merupakan satu manifestasi agenda politik jahat parti berkenaan.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jika sebelum ini sudah ada benih cadangan sama disuarakan dalam bentuk ‘fiscal decentralization’, namun gesaan yang dibuat Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebenarnya boleh disifatkan cubaan menghasut supaya melakukan perubahan menyeluruh kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Apakah pemimpin Melayu yang dipayungi parti itu kini terdesak sehingga sanggup mencadangkan perkara seperti ini? “Apakah mereka ini telah dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak masuk akal dan dangkal,” soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zairil Khir menerusi portal rasmi parti itu, Roketkini.com berhubung gesaan mengubah kontrak Persekutuan dalam usaha ke arah desentralisasi ataupun pengagihan kuasa pusat harus digalakkan demi membentuk persekutuan yang benar-benar menghormati hak dan kesejahteraan negeri-negeri di bawah naungannya.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, Zairil Khir seharusnya tidak perlu menggunakan fakta dangkal seperti sumbangan Pulau Pinang kepada perbendaharaan Persekutuan kerana pimpinan terdahulu telah menyusun Perlembagaan dengan sebaik mungkin sehinggakan ‘Semangat Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan’ yang disusun kemas dengan pemisahan jelas di antara tanggungjawab Persekutuan, Negeri dan perkara yang dikongsi antara kedua-duanya.

“Kita tidak perlukan ahli politik yang ‘bergelut’ dan tenggelam timbul dalam arus rasisme DAP dalam mencari jalan singkat untuk popular.

““Atau apakah cadangan ini sebenarnya satu manifestasi kegagalan Lim Guan Eng dalam mengurus kerajaan Pulau Pinang selama ini lalu memerlukan ‘bantuan’ dengan gesaan murahan seperti ini,” soalnya.

Menurutnya, kelemahan pengurusan kerajaan negeri berkenaan khususnya dalam skandal pengurusan tanah, pengurniaan kontrak yang tidak telus seharusnya tidak wajar dijadikan alasan untuk meminda Perlembagaan.

“Sikap pimpinan DAP ini boleh disifatkan ‘menangguk di air yang keruh’, ketika mana tumpuan rakyat lebih tertumpu kepada usaha menyelamat dan memastikan kebajikan mangsa banjir terurus dengan baik. “Jika dalam keadaan seperti ini pun, DAP mahu bermain politik, nampak benar sifat ‘kemaruk dan serakah kuasa’ mereka melampaui kepentingan rakyat,” katanya. sumber utusanonline

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels