Followers

Tuesday, 6 October 2015

Hello Malaysia !!


Lebih dari 2 bulan MMI tak menulis dan kerinduan untuk menulis itu tidak pernah padam dari kamus harian.Sepanjang tempoh itu jugalah pelbagai perkara berlaku khususnya dalam dunia politik yang begitu hebat malah ada ketikanya sengit semacam medan perang.

Apa pun MMI bersyukur kerana Malaysia masih lagi berada dalam keadaan yang baik walaupun heboh diluar sana cakap-cakap sesetengah dari kita kononnya tanahair ini sudah tergadai akibat daripada sikap pemimpin yang dilabelkan sebagai seorang yang cukup zalim.

Selebihnya kebanyakkan daripada mereka mungkin terlupa bahawa ada lagi dikalangan pemimpin itu sudah sampai ke tahap telah menjual bukan sahaja maruah orang Melayu tetapi juga pegangan kita ISLAM !

Apa yang berlaku di bumi Pulau Pinang baru-baru ini jika kita amati , cukup jelas .. MARUAH orang Melayu dan ISLAM seolah-olah tiada nilai.

Tidak ada langsung waima sekelumit pun rasa untuk menghormati sensitiviti orang Melayu dan Islam apabila pihak terlibat secara sembrono mengeluarkan arahan berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid-masjid seluruh negeri Pulau Pinang.

Mungkin sebahagian daripada kita lebih suka untuk melihat isu fitnah dan adu domba yang dihalakan terhadap kepimpinan negara sebagai sesuatu yang lebih penting daripada MARUAH orang Melayu dan Islam itu sendiri agaknya.

Apa pun Malaysia , MMI kini sudah kembali dan mungkin (selepas ini) penulisan di blog ini tidak lagi sekerap dulu tetapi yang pasti MMI sudah punya masa dan keadaan hari ini kembali mengizinkan MMI untuk terus menulis.

See u guys soon !

MMI

Saturday, 1 August 2015

POLIS Bertindak Terhadap Peserta Himpunan Haram Di SOGO


Setelah memberikan amaran supaya semua peserta bersurai dan tidak mengadakan perhimpunan pasukan Polis akhirnya bertindak dengan menangkap mereka-mereka yang masih berdegil.Sebelum itu Ketua Polis Negara sudah pun mengeluarkan arahan supaya semua pihak tidak terlibat dalam perhimpunan haram yang dijadualkan hari ini namun seperti yang dijangkakan penganjur tetap meneruskan perhimpunan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata  pihak polis tidak membenarkan perhimpunan itu dan tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman warga Bandaraya Kuala Lumpur terjamin.

Ikuti laporan langsung bersama wartawan Astro AWANI, Mariah Ahmad yang berada di lokasi Klik Sini 


Seperti kebiasaan deretan kedai-kedai di sekitar Sogo terpaksa menutup perniagaan mereka kerana bimbang dengan insiden-insiden yang tidak dijangka seperti mana yang pernah berlaku dalam perhimpunan haram sebelum ini.Yang pasti perniagaan mereka sudah tentu terjejas !

Selain dari itu kompleks Sogo juga sudah pasti terkesan dengan segala macam cerita demo haram sebelum ini.Tapi semua tu tak penting sebab puak-puak yang suka merusuh ni bukannya pentingkan sangat agenda rakyat kerana yang dicari adalah publisiti.

Bahkan kalau kita perhatikan puak-puak yang terlibat ni , mereka sering kali menjadikan undang-undang sebagai salah satu daripada agenda politik mereka.Kejap saman sana , kejap saman sini kemudian semua perkara kononnya tidak mengikut undang-undang ! Entahlah undang-undang apa yang puak-puak ni pakai sebab dalam keadaan tertentu mereka boleh pula membuang jauh-jauh soal undang-undang contohnya perhimpunan haram ! 

Mudah cita agenda mereka tak lebih daripada nak popular kemudian bikin panas supaya ada bahan untuk kaki politik spin ! 


Ini contohnya diulang tayang skrip yang sama seperti mana yang pernah mereka lakukan sebelum ini.Menghimpunkan segelintir puak-puak yang mengaku mereka adalah warga Malaysia yang kini berada di luar negara dan menyatakan bahawa mereka turut sama menyokong agenda puak-puak yang berdemo di Sogo.

Dari pemerhatian MMI , puak-puak ni tengah berusaha untuk menanam rasa benci di kalangan rakyat Malaysia terhadap kerajaan.Dengan harapan akan berlakulah kebangkitan rakyat , istilahnya The People Army atau tentera rakyat seperti mana yang berlaku di medan Tahrir atau tempat-tempat lain di dunia.

Harapannya akan runtuhlah kerajaan sedia ada dan diganti dengan sebuah kerajaan yang bagi mereka akan jauh lebih baik dan hebat daripada kerajaan hari ini.

Persoalan mudah , siapa agaknya kerajaan itu ?

Hati-hati gang !

MMI

Tuesday, 28 July 2015

A New Line Up For PRU14


Pelbagai reaksi dapat kita lihat khususnya dalam media sosial apabila YAB Perdana Menteri membuat kejutan dengan mengumumkan rombakan kabinet lebih kurang jam 1.45 petang tadi.Tak perlulah MMI ceritakan panjang lebar aksi-aksi dan reaksi yang berlaku kerana yakin bahawa semua pihak sudah sedia maklum.

Sesuatu yang pasti apa yang MMI perhatikan adalah tindakan ini dibuat demi kelansungan kepada sebuah pasukan yang selama ini berganding bahu untuk memastikan Malaysia terus meraih kemakmuran dalam segala segi.

Adalah sesuatu yang merugikan sekiranya tindakan merombak kabinet itu dilakukan kerana suka-suka sedang impaknya pasti akan menyebabkan berlakunya gelora di mana-mana tempat berdasarkan kepada sentimen kepimpinan.

Bagi mereka yang hari ini pemimpin di kawasan dipilih sebagai anggota kabinet yang baru , pastinya ucapan tahniah dan rasa gembira akan terpancar kerana begitulah selalunya berlaku.Manakala mereka yang terlibat dalam rombakan dan kini tidak lagi mengganggotai kabinet maka sudah pastilah suasananya sedikit muram apatah lagi dalam situasi seperti mana yang berlaku hari ini.

Kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin , MMI secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala usaha dan jerit perih yang telah beliau korbankan selama ini kepada negara dan parti.Semestinya perubahan itu akan berlaku dan kali ini adalah giliran Tan Sri dan berdasarkan kepada kenyataan beliau selepas pengumuman rombakan kabinet siang tadi , MMI percaya beliau akan terus setia dengan parti keramat orang Melayu ini.

Walaupun begitu kita harus ingat , rombakan ini perlu dilakukan oleh YAB Perdana Menteri selaku pemimpin kerana beliau perlu memastikan hanya mereka-mereka yang benar komited untuk terus berusaha dan melawan dakyah-dakyah fitnah serta tohmahan tanpa bukti sahaja yang boleh bersama dengan beliau.

Selagi mana pendirian seseorang itu dilihat goyah dan mula melakukan tindakan-tindakan yang boleh menjejaskan kedudukan kerajaan serta siasatan terhadap isu-isu berbangkit maka mereka sewajarnya perlu menerima hakikat untuk memberikan peluang kepada pihak lain demi kelansungan sebuah kerajaan dan parti yang selama ini menjadi pembela kepada agama , bangsa dan negara.

Sebagai seorang pemimpin , sudah semestinyalah YAB Perdana Menteri memerlukan satu pasukan yang bebas daripada rasa sangsi dengan kepimpinannya dan ia amat perlu untuk meneruskan legasi yang selama ini menjadi amanah dan tanggungjawab.

Soal tuduhan dan apa sahaja dakwaan yang dikemukakan terhadap YAB Perdana Menteri tidak akan terhenti dan kerana itulah barisan yang akan bersama dengan beliau perlu di perkemaskan.Barisan ini tidak lagi mampu untuk menampung parasit atau virus yang boleh menggangu gerak kerja dalam urusan kerajaan dan negara tetapi juga perlu menjadi benteng pertahanan yang jitu dalam menangkis tohmahan serta fitnah tanpa bukti.

Paling penting keputusan YAB Perdana Menteri dalam rombakan kali ini jelas turut terarah kepada persiapan bagi menghadapi PRU14.

Kepada semua pihak khususnya ahli UMNO , apa jua yang berlaku hari ini KESETIAAN kamu terhadap parti akan di UJI ! Sama ada kita jatuh terlepuk atau bangkit dengan BERMARUAH semuanya terletak di tangan ahli-ahli UMNO sebenarnya.

Buatlah pilihan yang terbaik kerana dihujungnya nanti ada jawapan yang bakal menentukan jatuh bangun kamu dan parti !

Berikut adalah senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri – Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
– Datuk Mah Siew Keong
– Datuk Seri Jamil Khir Baharom
– Datuk Seri Idris Jala
– Tan Sri Joseph Kurup
– Nancy Shukri
– Datuk Seri Abdul Wahid Omar
– Datuk Dr Wee Ka Siong
– Datuk Seri Azalina Othman Said
– Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
– Datuk Seri Shahidan Kassim
– Datuk Paul Low Seng Kuan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
– Datuk Razali Ibrahim
– Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Hal Ehwal Agama)

Menteri Kewangan – Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II – Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan
– Datuk Chua Tee Yong
– Datuk Johari Abdul Ghani

Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri
– Datuk Nur Jazlan Mohamed
– Masir Anak Kujat

Menteri Pengangkutan – Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan – Datuk Ab Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan – Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan – Datuk Seri Dr Hilmi Yahya

Menteri Pelancongan – Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan – Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan – Datuk Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II – Datuk Seri Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
– Datuk Ahmad Maslan
– Senator Datuk Lee Chee Leong

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air – Datuk Seri Dr Maximus James Ongkili
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan AIr – Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi – Datuk Amar Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi – Datuk Noriah Kasnon

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
– Datuk Alexander Nanta Linggi
– Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar – Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar – Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan – Datuk Halimah Mohd Sadique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan – Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar – Datuk Hamim Samuri

Menteri Pendidikan – Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan
– P. Kamalanathan
– Chong Sin Woon

Menteri Komunikasi dan Multimedia – Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia – Datuk Jailani Johari

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
– Datuk Azizah Mohd Dun
– Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya – Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raua – Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Dr J. Loga Bala Mohan

Menteri Pengajian Tinggi – Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan menteri Pengajian Tinggi – Datuk Mary Yap Ken Jin

Menteri Belia dan Sukan – Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan – Datuk M. Saravanan

MMI

Monday, 27 July 2015

IKhlas Ker Ucapan Muhyiddin ?

TAHNIAH diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sejak awal pagi tadi pelbagai pihak tampil mengangkat kedudukan Timbalan Presiden UMNO ini sebagai seorang pemimpin yang cukup berani kerana kelantangannya berbicara tentang isu-isu nasional yang kini menghantui kepimpinan negara , parti dan kerajaan.

Sebagai orang nombor dua sudah semestinyalah ungkapan dan ucapan beliau itu memberikan seribu satu pengertian lebih-lebih lagi dalam keterujaan rakyat di akar umbi untuk mengetahui perkembangan isu melibatkan 1MDB yang sehingga kini masih belum menemui nokhtahnya.

Mungkin sudah menjadi lumrah sebahagian daripada rakyat Malaysia agaknya , kita suka mencari jalan mudah waima untuk menyelesaikan apa yang kita sendiri gelarkan sebagai masalah.Jalan pintas sentiasa menjadi keutamaan kerana tidak ada yang lebih penting selain daripada sampai ke tempat yang mahu dituju dengan pantas.Tetapi kita kadang-kalanya terlupa bahawa jalan pintas itu selalunya punya pelbagai halangan yang memungkinkan kita perlu menanggung kos yang tinggi.

Dalam pada itu barangkali sudah menjadi budaya kita agaknya untuk lebih bercakap di luar sedang kita punya saluran yang sewajarnya menjadi medan untuk merungkai segala-galanya.Malahan kita yang selama ini mahu melihat amalan demokrasi itu menjadi pegangan boleh pula bertindak sebaliknya dengan menjadikan medan diluar sebagai platform untuk melepaskan segala yang terpendam.

Come on .. dalam setiap proses melibatkan demokrasi kita sudah semestinya tahu bahawa majoriti akan menjuarai apa jua keputusan dan minoriti perlu akur dengan keputusan.Namun hakikat itu nampaknya tidak lagi menjadi amalan bahkan ia mula menjadi tabiat hakiki.

Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mengundang pelbagai tanggapan dari kalangan akar umbi sendiri.Di saat isu 1MDB sedang diselesaikan , Timbalan Presiden ini tampil dengan gaya tersendiri seolah-olah beliau bukan dari kalangan kepimpinan utama negara.

Adalah sesuatu yang aneh sekali apabila orang nombor dua dalam parti boleh mengaku bahawa beliau sendiri tidak memahami tentang isu melibatkan 1MDB sehingga terpaksa membaca dan mendapatkan maklumat daripada The Edge yang kini telah digantung penerbitannya oleh KDN.

Hairan ? Selama ini beliau hadir dan berada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan juga Mesyuarat melibatkan Menteri-Menteri Kabinet untuk apa ? Bukankah disitulah tempat dimana perbincangan berlaku dan keputusan dibuat supaya laporan audit berkaitan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dengan keterlibatan PAC dan lain-lain ?

Adakah Tan Sri Muhyiddin tidak dapat menerima keputusan-keputusan bersama yang dibuat dalam semua mesyuarat tersebut ?

Realitinya pendirian Muhyiddin yang masih mempertahankan impiannya untuk melihat tindakan diambil keatas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat 1MDB seolah-olah mahu membawa UMNO dan kerajaan kembali ke zaman lampau.

Kenapa perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang masih belum terbukti sebagai bersalah ? Kenapa Muhyiddin tidak mahu menantikan keputusan siasatan terhadap 1MDB ?

Sebagai warga kepada sebuah negara bertamadun seperti Malaysia , wajarkah kita mengembalikan UNDANG-UNDANG RIMBA hanya untuk memuaskan hati mereka yang hari ini begitu lantang mendesak ?

Apakah kita sanggup melihat sebahagian daripada rakyat dan warga kita sendiri diadili oleh undang-undang rimba ini hanya kerana permainan dan tuduhan persepsi politik yang secara dasarnya tidak membuktikan apa-apa ?

Bayangkan jika kita menerima pakai seruan dan tindakan sebegini ? Apakah NILAI yang masih ada pada tiap diri kita ?

Bahkan jika semua mereka (Ahli Lembaga Pengarah 1MDB) di pecat sekalipun , adakah ianya akan membantu memulihkan sesuatu ? 

Ada yang beranggapan sekurang-kurangnya keyakinan rakyat akan kembali kepada UMNO dan kerajaan ! Persoalannya apakah kita pasti ianya akan berlaku ?

JANGAN sesekali lupa bahawa ini adalah tuduhan dalam konteks persepsi politik yang kesannya akan menyebabkan pihak tertentu menjadi mangsa keadaan.MMI yakin jika saranan untuk memecat kesemua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB berlaku hari ini , maka kerajaan dan UMNO akan lebih teruk terkesan disebabkan kita terlau obses untuk mengambalikan kepercayaan rakyat sedangkan prinsipnya adalah UNDANG-UNDANG ! Seterusnya 

MMI secara prinsipnya bersetuju dengan ulasan daripada Lokman Adam yang jelas melihat situasi yang berlaku ini sebagai sesuatu yang cukup menyedihkan.

Semenjak Anwar disumbatkan ke dalam penjara Disember lalu, Tun Mahathir mula melancarkan serangan ke atas Dato' Sri Najib secara besar-besaran.Sejak itulah tugas jentera BN dan kerajaan yang selama hari ini fokus pada usaha menjawab pembangkang, akhirnya lari fokus kepada menjawab dakwaan-dakwaan pembangkang yang diulang oleh Tun Mahathir.

Jika sebelum ini ianya lebih mudah untuk mematikan hujah dan fitnah pihak lawan, namun apabila hujah dan fitnah itu diulang oleh bekas Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun, sudah pastilah kerja menerang dan memberikan pencerahan kepada rakyat terhadap sesuatu isu menjadi lebih sukar, kecuali jika seseorang itu sudahpun mengenali perangai Tun Mahathir.

Sebagai seorang yang berhubung dengan jentera BN setiap hari, saya secara peribadi menerima banyak kerluhan akar umbi tentang betapa sukarnya mereka hendak mempertahankan kerajaan, terutamanya dalam isu-isu yang rumit untuk difahami seperti 1MDB.Namun,apa jua cabaran yang dihadapi oleh jentera-jentera parti ini,mereka tidak pernah berputus asa,walaupun tidak dapat dinafikan ramai dikalangan kami syahid terutamanya mereka yang takut kedudukannya tergugat sekiranya  Dato' Sri Najib menerima nasib yang sama seperti Pak Lah.

Berkat usaha berterusan jentera-jentera ini,kerumitan memperjelaskan isu 1MDB akhirnya dapat dipermudahkan dengan bantuan pemimpin, penulis, pereka grafik, blogger, facebookers, agensi kerajaan dan pelbagai pihak lain, termasuklah ahli biasa yang membantu menyebarkan apa yang kami sediakan.Alhamdulillah, perkembangan mutaakhir berhubung pendedahan Xavier Andre Justo dan Lester Melanyi telah menyingkap satu persatu komplot mengubahsuai dokumen yang dicuri dari Petro Saudi.Sedikit sebanyak,kebenaran yang semakin tersingkap ini memulihkan kembali semangat jentera parti apabila pendedahan demi pendedahan memihak kepada kita.

Apa yang menyedihkan saya malam ini, apabila saya membaca, mendengar dan meneliti ucapan Tan Sri Mahyuddin Yassin di Cheras.  Berulang kali saya baca,  saya bagaikan tidak percaya seorang Timbalan Presiden UMNO boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa.

"Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan perdana menteri turut mempersoalkan sumber mana lagi yang boleh rakyat percaya mengenai laporan 1MDB jika laporan The Edge tidak boleh dipercayai.

"Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge .

"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul?" - MInsider

Sedarkah Tan Sri bahawa akhbar The Edge ini baru sahaja mula digantung oleh Kementerian Dalam Negeri mulai hari ini?Berita ini sememangnya sudah lama dinantikan oleh penyokong kerajaan yang dahagakan ketegasan kerajaan terhadap pemfitnah yang cuba sabotaj ekonomi negara.Pernah tidak Tan Sri terfikir kemana perginya maruah KDN apabila Timbalan Perdana Menteri sendiri mempertahankan akhbar yang baru digantung oleh mereka? Pernahkah Tan Sri terfikir betapa sukarnya jentera-jentera ini hendak memberikan justifikasi terhadap tindakan kerajaan ini? Macamana Tan Sri tergamak mewarwarkan seolah-olah ianya satu-satunya sumber berita yang boleh dipercayai? Apa sebenarnya yang Tan Sri fikirkan?

Sebagai seorang Timbalan Pengerusi Barisan Nasional,  Tan Srilah yang sepatutnya memimpin kami jentera Barisan Nasional dan kerajaan dalam medan perang.  Malangnya, bukan sahaja Tan Sri tidak membantu kami dalam menerangkan isu ini, sebaliknya menambahkan beban kami pula untuk menjawab kepada rakyat apabila ayat-ayat Tan Sri digunakan oleh pihak pembangkang dan Pro Tun M untuk menyerang Kerajaan.  Sedarkah Tan Sri betapa hancurnya hati kami jentera parti bila Tan Sri buat begini?  Kalau Menteri-Menteri lain yang turut membaca bahan 1MDB yang diperolehi melalui Mesyuarat Kabinet boleh membantu untuk menjelaskan isu ini, kenapa  tidak Tan Sri?  Kalau jentera dan ahli parti yang tidak ada peluang dapat penjelasan melalui Mesyuarat Kabinet boleh mencari jawapan melalui internet, kenapa tidak Tan Sri.  Jika kami jentera kerajaan dan para blogger boleh berdialog dengan 1MDB untuk mendapat pencerahan, kenapa tidak Tan Sri?  Kenapa PM pula yang Tan Sri desak untuk menjawab tentang 1MDB?  Adakah beliau CEO baru 1MDB?

Cukup-cukuplah Tan Sri, hentikanlah usaha Tan Sri ini, tidak bolehkah Tan Sri bersabar. Laporan Ketua Audit sudahpun siap, Laporan PAC pun tidak lama lagi siap.  Siasatan Petugas Khas SPRM, PDRM dan Bank Negara pun tidak lama lagi siap.  Apa tujuan Tan Sri memburukkan kembali isu 1MDB yang semakin nampak sinar kebenaran ini?  Adakah Tan Sri takut kebenaran akan muncul dan peluang Tan Sri untuk jadi Perdana Menteri akan hancur berkecai?  Saya minta maaf banyak-banyak Tan Sri, macam Tan Sri selalu cakap, UMNO perlu diremajakan.  Saya tak nampak proses peremajaan itu akan berlaku jika Presiden digulingkan dan digantikan dengan seorang Timbalan yang 6 tahun lebih tua dari Presiden sekarang. Simpatilah pada jentera parti,  cukup-cukuplah menanguk di air yang keruh. -Lokman Adam

Sejujurnya MMI tahu ada dikalangan mereka diluar sana tidak akan bersetuju dengan apa yang telah dizahirkan oleh saudara Lokman Adam dengan alasan yang pelbagai.Namun sesuatu yang harus kita perhatikan adalah sikap dan usaha sebahagian daripada kita hari ini dalam mendepani isu yang ditimbulkan.

MMI sejak dari awal tidak langsung melihat Muhyiddin hadir sebagai seorang Timbalan yang sewajarnya menunaikan amanah dan tanggungjawabnya untuk sama-sama berdepan dengan apa yang disebut sebagai dakyah dan fitnah berniat jahat terhadap kerajaan dan kepimpinan negara.

Sebaliknya memilih untuk terus menyatakan pendiriannya sedang hakikat beliau terlupa keputusan yang dibuat diperingkat tertinggi itu turut sama melibatkan beliau sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Mengambil kira insiden penyebaran rakaman di ILMU Janda Baik sebelum ini , apa yang MMI perhatikan adalah ada pihak cuba mengambil peluang untuk menjadi hero sedang hakikatnya mereka langsung tidak membantu.

Bukankah seluruh warga Malaysia juga mahukan jawapan yang sebenar-benarnya ?? Dan pastinya jika ada pihak yang melakukan kesalahan maka hukuman itu berdasarkan kepada asasnya , jauh berbeza daripada kita menghukum hanya kerana ia melibatkan kedudukan Perdana Menteri , parti dan kerajaan !

Itu prinsipnya ! Kenapa perlu sampai melatah ni ??

Paling memeranjatkan MMI adalah tidak ada sebarang ulasan mahupun kenyataan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan siapa dalang yang merakam dan menyebarkan rakaman itu sehingga menjadi viral dan digunakan oleh banyak pihak sebagai bahan untuk mengadu-dombakan hubungan antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Program tertutup yang sudah dimaklumkan bahawa sebarang bentuk rakaman adalah DILARANG ! Dan Muhyiddin langsung tidak mempertikaikannya !! 

HAIRAN ??? 

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

Sunday, 26 July 2015

Macam Biasa Tindakan MengHALALkan Cara


Dah lama MMI perhatikan tingkah laku puak-puak dalam PAS ni , sebahagian besar mereka-mereka yang mengaku pejuang dan sering kali berada di pentas-pentas politik menjaja cerita fitnah terdiri daripada mereka yang sebenarnya sudah terlalu jauh terpesong dari prinsip perjuangan parti itu sendiri.

Mungkin juga kerana fahaman bahawa perubahan perlu segera dilakukan dalam PAS maka mereka mengambil keputusan untuk melihat faktor KUASA dan KEWANGAN itu sebagai sesuatu yang lebih WAJIB dianggap KEPERLUAN daripada meletakkan akidah dan agama Islam itu sebagai asas perjuangan mereka.

Barangkali juga kerana ideologi cauvinis DAP yang sudah melekat ke dalam batang tubuh mereka selama ini menjadi penyebab untuk bersetuju supaya agama Islam diletakkan sebelah kerana kepentingan kuasa , kedudukan dan sudah tentu kewangan lebih menjadi keutamaan.

Kerana itu maka kita sering kali melihat tindakan menghalalkan cara menjadi elemen terpenting untuk terus mengaburi mata penyokong di akar umbi walaupun hakikatnya mereka tahu tindakan itu sebenarnya tidak benar.

BUKTI paling nyata apabila perpecahan dalam PAS sehingga wujudnya kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baru (GHB).Ianya diberitakan bakal menjadi platform politik kepada kumpulan ini yang kini tidak lagi bersetuju dengan pendirian PAS.

Kerana itu apabila pemimpin PAS yang dulunya begitu dihormati oleh mereka bersuara , pelbagai alasan dan jawapan segera dibalas bahkan turut sama mempertikaikan tindakan mereka-mereka yang terus setia dalam PAS.

Kalau dengan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), ia membuatkan gaji wakil rakyat PAS haram, bagaimana pula dengan gaji mereka yang hanya mendiamkan diri apabila Pakatan Rakyat (PR) tumbang, soal Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu, yang kini pengerusi protem GHB Pulau Pinang, menuduh kepimpinan PAS gagal mengambil berat mengenai rakyat dan gabungan pembangkang.

Beliau bertanya, tidakkah itu bermakna gaji mereka juga haram kerana turut mendapat manfaat daripada sekutu mereka dengan PR sebelum ini.

Mujahid berkata, isu dimainkan bagi menentang GHB, yang dibentuk satu kumpulan serpihan PAS, dan surat khabar arus perdana seperti Utusan Malaysia, digunakan bagi menyerang gerakan baharu itu.

"Sesuatu yang menyedihkan apabila ada orang daripada parti, yang merupakan sebahagian PR, kini menyerang gerakan baharu ini.

"Mereka membuat kenyataan tidak logik, contohnya wakil rakyat yang menyertai GHB makan gaji haram kerana mereka menang pilihan raya atas tiket PAS.

"Saya ingin bertanya mereka, adakah gaji wakil rakyat yang gagal menjaga rakyat dan yang menyerang PR juga haram?

"Saya ingin bertanya, adakah mereka menang pilihan raya kerana PR atau hanya kerana mereka daripada PAS?" soalnya pada rumah terbuka Hari Raya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan GHB di Komtar, Pulau Pinang malam tadi. 

Hebatkan ? Begitu mudah mereka menepisnya seperti mana mudahnya mereka dalam isu tuntutan kalimah Allah oleh bukan Islam sebelum ini.

Sesuatu yang pasti adalah siapa sebenarnya yang menyebabkan perpecahan dalam PAS ?

Kumpulan yang hari ini menubuhkan GHB atau mereka yang masih setia dengan perjuangan PAS ?

Jika Mujahid menjadikan kuasa Pakatan Rakyat itu sebagai sesuatu yang lebih hebat daripada PAS sendiri maka kita secara tidak langsung sudah pun mendapat jawapan bahawa mereka sejak dari awal lagi lebih terarah kepada ideologi dalam Pakatan Rakyat bukannya perjuangan dan prinsip PAS.

Dan kerana itu jugalah mereka begitu berani meninggalkan PAS kerana hati mereka sudah lama tidak bersama dengan parti itu melainkan mempergunakan penyokong-penyokong PAS untuk kepentingan ideologi yang dibawa oleh cauvinis DAP yang meresap ke dalam roh dan jiwa mereka.

Paling tak boleh belah ... Rumah Terbuka PASMA dan GHB diadakan di KOMTAR !!

Hihi kawasan sekitar KOMTAR tu ramai sangat ke orang Melayu dan Islam ?

Tak ada kawasan lain dah ker ?? Oh lupa .. sebab kat situ segala-galanya bermula !!

MMI

Star Cruises - Guan Eng BANGSATkan Diri Sendiri !!


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyalahkan kerajaan pusat atas penamatan Star Cruises di Pulau Pinang telah memalukan diri sendiri..Seperti biasa tindakan Guan Eng ini memang sudah jadi amalannya..apa sahaja kekhilafan yang berlaku akan dituding kepada pihak lain..baik kepada pihak kerajaan pusat Barisan Nasional mahupun kerajaan BN terdahulu di Penang..

Itu sahaja yang dia akan lakukan bagi mengelakkan dirinya dipersalahkan...bahkan ini adalah gameplan yang sama dilakukan oleh mana-mana pemimpian pakartoon..mengakui kesalahan diri memang amat jauh sekali...yang mereka tahu hanya menuduh pihak lain..

Perkara ini diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA, Tan Teik Cheng mengakui bahawa ini tindakan lazim pemimpin itu...Kenapa Guan Eng tidak menyalahkan pihak Star Cruises sendiri yang menamatkan pelayaran di Penang?

Sebenarnya, keputusan Star Cruise untuk menamatkan perkhidmatan di Pulau Pinang sejak 15 Julai adalah keputusan perniagaan di mana mereka ingin menumpukan laluan pelayaran di antara Taiwan-Jepun..apakah perkara ini harus dipersalahkan kepada Barisan Nasional?

Mengapa Guan Eng tidak memuji Barisan Nasional apabila SuperStar Libra telah mula berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang selama Lima tahun sejak 2010..sedikitpun kita tidak dengar yang Guan Eng menawarkan Star Cruise berlabuh di Pulau Pinang dahulu...

Bawah ini kita lihat bagaimana Kementerian Pengangkutan menyanggah kenyataan tidak beretika Guan Eng! Memalukan sungguh tindakan Guan Eng ini!!!

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
Dengan merujuk kepada satu kenyataan yang dibuat oleh YB Lim Guan Eng baru-baru ini , Ketua Menteri Pulau Pinang, menuduh Kementerian Pengangkutan mensabotaj industri pelancongan Pulau Pinang berhubung dengan penamatan Star Cruises dari Pulau Pinang, Kementerian Pengangkutan ingin menyatakan dengan jelas, fakta-fakta seperti berikut:
1. Merujuk kepada satu laporan berita baru-baru, pengendali kapal pelancongan telah menyatakan dengan jelas bahawa keputusan untuk memindahkan kapal pelancongan mereka ke pelabuhan asal di Xiamen, China adalah keputusan perniagaan semata-mata dan mereka juga sedang mengkaji untuk melayari perairan Asia Pasifik.
2. Keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mengoptimumkan kapasiti armada dan memenuhi permintaan bermusim pasaran.
3. Oleh itu, jelas dakwaan bahawa kekurangan insentif daripada Kementerian Pengangkutan serta mempersalahkan sepenuhnya adalah tidak berasas.
4. Sebenarnya, MOT telah mengecualikan kapal persiaran dari polisi "cabotage" di mana kapal persiaran tidak dikehendaki untuk memohon lesen perkapalan tempatan ketika berulang-alik antara dua atau lebih pelabuhan di Malaysia.
5. Ini merupakan satu lagi usaha yang jelas oleh Kementerian bagi menggalakkan pelancongan pelayaran.
6. Apa yang perlu ditekankan adalah hakikatnya bahawa Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) memang perlu dinaik taraf.
7. Meletakkan dua buah kapal pelayaran yang besar pada waktu yang serentak di SPCT yang dermaganya berkeluasan 400 meter adalah sukar memandangkan kekangan keluasan ruang dan ini telah memberi kesan secara tidak langsung di pelabuhan SPCT.
8. Bagi menampung lebih banyak kapal dan kapal yang lebih besar, keperluan untuk memperbesarkan pelabuhan tersebut perlu dilakukan dengan kadar segera.
9. Walau bagaimanapun, sekatan dari segi keluasan tanah adalah punca halangan.
10. Sejak tahun 2010, apabila SPCT mula beroperasi, Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah memohon untuk hak milik tanah dikeluarkan bagi meluaskan terminal pelayaran.
11. Keengganan Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan geran tanah telah menghalang usaha kami bagi meningkat dan menaik taraf kemudahan yang selaras dengan wawasan kami di mana ia bukan sahaja bagi mengekalkan syarikat kapal persiaran sediada tetapi juga untuk menarik syarikat lain menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan mereka dan juga pelabuhan persinggahan.
12. Kementerian berminat untuk membangunkan terminal, bagaimanapun, jelas sekali ia bukanlah usaha di satu pihak sahaja, dan kami perlukan kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri juga.
13. Oleh itu, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Kementerian adalah benar-benar tidak bertanggungjawab.
14. Kementerian ingin menggesa semua pihak untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang kenyataan, dan di dalam kes ini, dengan jelas sengaja mewujudkan kekeliruan di kalangan orang ramai dan juga pelabur.
[sumber]

KONTROVERSI Tentang Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) The Answer !

Nampaknya isu tentang TPPA kembali menghangatkan suasana dan MMI antara yang menerima teks dan artikel yang dihebahkan melalui aplikasi whatsapp dan yang seangkatan dengannya.

Pelbagai versi dihebahkan dengan bermacam-macam cerita termasuklah Malaysia bakal hilang kedaulatannya.

Persoalannya apakah benar tiap tuduhan dan kenyataan tersebut ?

Apakah mereka-mereka yang hari ini dipertanggungjawabkan untuk meneliti dan berusaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya begitu naif dan bodoh untuk memperjudikan nasib negara semata-mata kerana TPPA ?

Lebih menarik sejauh mana rakyat dan warga kita benar-benar ambil tahu tentang TPPA ?

Seperti semua sedia maklum , Malaysia sedang mengadakan rundingan berkenaan inisiatif perjanjian perdagangan bebas melibatkan 12 buah negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam yang dikenali sebagai TPPA.

Proses yang telah berjalan selama hampir 5 tahun itu kini sudah berada di peringkat akhir dan diberitakan pegawai daripada 12 negara yang terbabit dalam perbincangan tersebut kini berhimpun di Hawaii sejak 24 Julai bagi sesi rundingan terakhir selama empat hari, diikuti mesyuarat peringkat menteri dari 28 hingga 31 Julai ini.

Belum ada sebarang keputusan dibuat oleh Malaysia berhubung dengan TPPA setakat ini dan rundingan diberitakan masih berjalan.Malahan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini berkata "Ia masih dalam proses rundingan. Keputusan mengenai penyertaan negara dalam cadangan perjanjian perdagangan bebas serantau itu akan ditentukan Parlimen.

"Kami akan menunggu analisis manfaat kos mengenai TPPA, yang dijangka selesai dalam tempoh beberapa minggu lagi. Kami kemudiannya akan menyerahkan kepada Parlimen untuk menentukan penyertaan negara dalam perjanjian itu," katanya.

Walaupun rundingan masih berjalan , pihak-pihak tertentu mula menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak tepat berkenaan dengan usaha yang telah Malaysia lakukan dalam rundingan TPPA dan pada dasarnya kebanyakkan maklumat yang disebarkan itu merujuk kepada analisa pihak-pihak tertentu yang jelas mengelirukan.

Dalam pada itu tuduhan kononnya kerajaan Malaysia terlalu berahsia tentang rundingan TPPA sebenarnya adalah satu tuduhan liar memandangkan ianya telah dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan seterusnya memberikan peluang kepada semua pihak untuk sama-sama terlibat.

Malahan kerajaan begitu komited dalam hal melibatkan TPPA ini kerana satu keputusan yang terbaik perlu dibuat bagi memastikan kebaikan semua pihak.Kita juga harus melihat dalam konteks yang lebih besar dengan meletakkan kepercayaan kepada mereka yang diamanahkan untuk memperhalusi perkara-perkara berbangkit berkaitan TPPA seperti mana yang sudah dan sedang dilakukan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed.


Malaysia adalah sebuah negara membangun dan Amerika Syarikat sememangnya kuasa kuasa ekonomi dan politik yang besar, namun tidak bererti negara ini harus ada inferiority complex ( perasaan rendah diri melampau) dalam menentukan bagaimana Malaysia hendak memainkan peranan di arena antarabangsa.seterusnya 

Ringkasnya banyak kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak tertentu akibat daripada penyebaran maklumat yang tidak tepat tentang TPPA dan kerana itu 11 perkara di bawah dirasakan boleh memberikan sedikit pencerahan kepada kita khususnya hal berkaitan maruah negara dan hak bumiputera.

1)TPPA tidak akan menyebabkan kehilangan layanan istimewa Bumiputra.  

Dalam tawaran perolehan kerajaan (pembinaan), Malaysia telah mengecualikan semua jenis projek yang kini dikhususkan hanya untuk  syarikat Bumiputra. Di samping itu, bagi kerja-kerja pembinaan yang dibuka untuk TPP, sebahagian daripadanya dikhususkan untuk pembina Bumiputra sahaja. Dengan adanya syarat yang jelas dalam tawaran Malaysia yang diterima oleh semua ahli TPP, pelabur asing tidak boleh membawa Kerajaan Malaysia ke tribunal antarabangsa. Kerajaan amat prihatin terhadap agenda Bumiputra dan telah memastikan bahawa tidak ada komitmen dalam TPP yang menjejaskan keistimewaan Bumiputra yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

2) TPPA tidak akan mengakibatkan lambakan bekalan beras Amerika Syarikat.

Walaupun duti import beras adalah ditetapkan pada kadar 40%, pada hakikatnya import beras ke Malaysia dari mana-mana negara pada masa ini tidak dikenakan apa-apa cukai. Harga runcit beras dari Amerika Syarikat yang tidak dikenakan duti import pada hari ini , adalah lebih kurang RM 9-12 sekilo, berbanding dengan RM 3-4 sekilo beras tempatan. Tambahan pula, hak mengimport beras ke negara ini hanya diberi kepada Bernas. Pada tahun 2013, import beras dari Amerika Syarikat hanya 0.23% daripada keseluruhan import manakala pada tahun 2014 jumlahnya adalah hanya 0.05%. Jelas sekali beras Amerika Syarikat tidak akan menjadi ancaman kepada beras tempatan akibat TPP.

3) TPPA tidak menjejaskan penguatkuasaan sijil halal manakala TPPA menegakkan tuntutan negara seperti Malaysia dan Brunei. 

Adalah tidak benar piawaian Halal dikira sebagai “penghalang bukan cukai” dan JAKIM tiada kuasa untuk memantau daging yang diproses di Amerika Syarikat atau mana-mana negara TPP yang lain. Ahli-ahli TPP lain telah menerima usul Malaysia bahawa semua peraturan serta amalan yang diwajibkan untuk persijilan Halal adalah bukan rintangan perdagangan. Oleh yang demikian, Halal telah dikecualikan dalam menentukan peraturan-peraturan makanan di dalam TPP.

4) TPPA TIDAK menggadaikan kedaulatan negara.

TPPA mempromosikan pematuhan piawaian antarabangsa dan memastikan perdagangan ataupun aktiviti komersial tidak menjejaskan kemapanan alam sekitar , kesihatan rakyat atau keselamatan negara. Malaysia telah menandatangani 74 Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGAs) sejak 1959. Dalam kebanyakan perjanjian tersebut, terdapatnya juga elemen yang seumpama di mana kerajaan boleh disamankan oleh entiti swasta seperti pelabur asing. Pelbagai langkah awal yang wajib perlu diambil sebelum sesuatu tindakan timbang tara antarabangsa boleh diambil ke atas kerajaan. Maka, tindakan untuk menyaman kerajaan tidak semudah mana yang disangka.

Malaysia juga merundingkan secara teliti supaya memastikan masih wujud ruang tadbir yang mencukupi bagi Kerajaan memperkenalkan peraturan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Banyak syarikat Malaysia kini melabur di luar negara dan memerlukan perlindungan terhadap tindakan yang kurang munasabah dan mengeksploitasikan hak pelaburan mereka.

5) TPPA TIDAK menghakiskan bidang kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri dalam soal pentadbiran tanah, hartanah mahupun tanah rizab Melayu.

Pelabur asing mahupun bakal pelabur TPP hanya boleh melakukan jual beli tanah dan hartanah bawah parameter dan kawalan undang-undang negeri yang berkenaan.

6) TPPA tidak mengekang ruang dasar pentadbiran dan penapisan filem antarabangsa.

Dakwaan yang menyatakan ‘halangan bukan tarif’ (NTBs) bawah TPPA bakal menyekat kebebasan Lembaga Penapisan Filem Negara untuk menapis filem adalah TIDAK BERASAS.

7) Harga ubatan ditentukan banyak faktor dan tidak hanya bergantung pada faktor paten. 

Unsur-unsur penyelidikan, pemasaran dan cara perolehan juga memainkan peranan penting.

TPPA mempromosikan inovasi dan perlindungan hak harta intelek.  Namun begitu, ini  tidak bererti perlindungan hak harta intelek akan mengambil prioriti atas keupayaan rakyat untuk menanggung harga ubat yang berpatutan apabila TPPA dilaksanakan. Apa yang penting ialah untuk mencapai satu keseimbangan di antara perlindungan inovasi dan harga ubatan yang berkemampuan untuk rakyat jelata.

8) TPPA tidak ‘mengimport’ buruh asing.

Maka, tidak timbulnya isu warga tempatan dikehendaki bersaing secara ‘sama rata’ dengan buruh asing. Malah Bab Buruh dalam TPPA mempromosikan kebajikan buruh, termasuk gaji minimum yang Malaysia telah laksanakan. Kemasukan buruh mahupun profesional dan expatriat masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan domestik yang berkuatkuasa.

9) Malaysia tidak terlepas daripada kebergantungan perdagangan luar sama ada dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat ataupun China di sebelah Asia.

Walaupun tanpa TPPA, hubungan perdagangan dengan kedua-dua kuasa besar tetap dijalinkan secara rapat di masa sekarang dan apa yang penting ialah TPPA ataupun FTA membentuk platform supaya peraturan dan regim perdagangan menjadi lebih predictable, dan terjamin atas terma yang dipersetujui. Adalah tidak benar bahawa hanya terdapat 6 Bab berkaitan langsung dengan isu perdagangan dalam TPPA. TPPA mengandungi bab-bab yang terdapat dalam FTA tradisional seperti barangan, kastam, technical barriers to trade, peraturan tempasal, trade remedies, sanitori dan fitosanitori, perkhidmatan, pelaburan, dispute settlement, bab-bab perundangan dan isu-isu perdagangan baru seperti e-commerce, perolehan kerajaan, alam sekitar dan buruh. Kebanyakan isu-isu in sudah pun terkandung dalam perjanjian WTO.

10) Isu liberalisasi pasaran tidak berlaku hanya dengan TPPA.

Pasaran Malaysia telah pun terbuka sejak Malaysia terlibat dalam ASEAN Free Trade Area pada 1990an. Begitu juga dengan penglibatan Malaysia dalam ASEAN+1 FTA dengan negara seperti China, India, Australia, New Zealand, Jepun, dan Korea. Perlu ditekankan bahawa pelbagai sektor terpilih telah pun terbuka sebelum kedatangan TPPA untuk tujuan penjanaan ekonomi negara. Namun begitu, ia masih tertakluk kepada garis panduan yang meletakkan syarat seperti penyertaan bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana. TPPA mempromosikan pembinaan kapasiti serta pembentukan jaringan IKS di kalangan TPP. IKS tempatan dan bumiputera boleh mengambil kesempatan yang disediakan TPPA untuk peningkatan kapasiti dan jaringan perniagaan yang lebih besar.

11) TPPA merupakan satu usaha negara.

MITI selaku Ketua Perunding diberi tanggungjawab untuk menyelaraskan pasukan rundingan yang terdiri daripada pelbagai Kementerian dan Agensi untuk merunding mengikut bidang kompetensi dan tanggungjawab masing-masing.  Pasukan rundingan berunding berdasarkan mandat yang diberi oleh Jemaah Menteri. Kedaulatan negara tidak terletak pada satu ataupun dua individu tetapi di tangan seluruh rakyat Malaysia kerana Kerajaan telah memberi jaminan bahawa teks rundingan bersama-sama hasil kajian TPP akan dibentangkan di Parlimen buat julung kalinya. Ahli-Ahli Parlimen mewakili rakyat seluruh Malaysia akan meneliti, membahaskan dan membuat keputusan untuk Malaysia.

Sungguhpun teks rundingan disifatkan sebagai rahsia, namun ia tidak menghentikan hasrat kerajaan Malaysia untuk membincangkan isu-isu berkongsi pendirian dan berkonsultasi dengan rakyat secara teliti. Konsultasi diadakan dengan Kaukus Parlimen bipartisan, Cleared Advisors yang terdiri daripada pakar ekonomi, ahli akademik, wakil industri dan NGO, serta lebih daripada 100 sesi perbincangan dengan pihak yang berkepentingan untuk menerangkan perkembangan rundingan dan memperolehi maklumbalas dari masa ke semasa.  

Sesuatu yang pasti kerajaan sudah begitu transparent dalam hal melibatkan TPPA dengan pelbagai pihak dilibatkan dan semestinya keutamaan difokuskan kepada negara.Apa jua keputusan pun kita mengharapkan yang terbaik agar semua pihak mendapat manfaatnya.

MMI

Saturday, 25 July 2015

Melumpuhkan Demokrasi & Menjatuhkan Perdana Menteri !!!


Isunya bukan main-main , apa yang telah berlaku selama ini mampu menyebabkan bukan sahaja maruah negara tercalar tetapi turut punya potensi untuk meletakkan negara sama taraf dengan negara-negara lain yang bergolak akibat persengketaan politik.

Jika itu berlaku maka rakyatlah yang bakal menjadi mangsa paling teruk terjejas dan seperti mana yang kita lihat berlaku di negara-negara lain , nyawa sudah tidak punya harga !

Bila kita berdiam dituduhnya kita dipihak yang bersalah , bila kita bersuara dituduhnya sekadar alasan dan itu semua adalah lumrah bagi anasir-anasir yang punya kepentingan untuk melihat agenda mereka tercapai.

Kini setelah beberapa lama desakan serta serangan bertali arus dilakukan terhadap negara , kerajaan dan pimpinan , pihak berkuasa sudah mula menggerakkan usaha bagi mengekang dan mengesan anasir-anasir ini.

Bertindak atas undang-undang tidak salah sebenarnya tetapi permainan persepsi telah menyebabkan tindakan-tindakan ini dilihat sebagai sesuatu yang kononnya berat sebelah.

Apa pun isunya sudah sampai ke tahap KRITIKAL apabila kenyataan seperti wujudnya konspirasi untuk menggulingkan kerajaan kemudian melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri muncul.
Seramai 11 individu bakal berdepan dengan siasatan daripada polis berhubung dakwaan wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan dengan salah seorang ialah bekas perenang Selat Inggeris,Datuk Abdul Malik Mydin.Menurut laporan Sin Chew Daily,Malik yang merupakan pembantu kepada bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berada dalam senarai untuk disiasat oleh polis.Manakala mereka yang lain yang dihalang meninggalkan negara bagi membantu siasatan ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua.Ahli Parlimen Seputeh,Teresa Kok.Ahli Parlimen Pandan,Rafizi Ramli.Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Tian Chua.Pemilik syarikat media Kumpulan The Edge serta portal propembangkang,The Malaysian Insider,Datuk Tong Kooi Ong dan Penerbit Kumpulan Media The Edge,Ho Kay Tat,aktivis Maria Chin,Ambiga serta Adam Adli. 
Difahamkan pihak polis kini bersedia untuk menyiasat dari pelbagai perspektif dengan niat untuk menggulingkan kerajaan.Pada 13 Julai lalu,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri,berikutan perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga asing.Beliau berkata,perbuatan jenayah ini sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan negara.Jelasnya,peguam juga negara telah mengarahkan siasatan penuh dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu,bahan yang dikatakan daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB). sumber 
Teruskan siasatan dan sewajarnya seluruh rakyat Malaysia yang mengaku cintakan negara HARUS menyokong usaha daripada pihak PDRM ini.

Soal sama ada mereka disabitkan dengan kesalahan atau tidak kita serahkan kepada siasatan yang dijalankan nanti kerana MMI percaya PDRM punya keupayaan dan kredibiliti untuk melakukannya.

Yang kita cari adalah mereka yang semakin hampir dengan status PENGKIANAT atau sudah jadi pengkianat so kalau kita bukan dari kalangan mereka tak perlu bising-bising dan takut.

Serahkan sahaja kepada pihak berkuasa ! 

Tak percaya pihak berkuasa ?? 

Elok pilih negara lain dan pindah duduk sana !! senang cerita ...

Nasib Malaysia Terletak Di Tangan Kita , Hati-Hati Membuat Percaturan ! Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

The Edge BUKTI Mereka Makin Besar Kepala !!


Berikutan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan mulai 27 Julai ini , kumpulan media The Edge diberitakan akan berusaha untuk menarik balik status penggantungan tersebut dengan mengunakan saluran undang-undang termasuk dengan membawa kes itu ke mahkamah.

Sebelum itu keputusan KDN untuk menggantung 2 penerbitan akhbar itu adalah disebabkan oleh laporannya berhubung 1MDB yang didakwa bersifat “memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menggemparkan pendapat umum atau mungkin memudaratkan orang awam atau kepentingan awam”.

Dalam masa yang sama KDN turut memberi amaran sekiranya ia gagal untuk menghentikan penerbitan selama tiga bulan seperti mana yang diarahkan,permit penerbitan akhbar itu akan ditarik balik.

Manakala reaksi kumpulan media The Edge selepas penggantungan permit akhbar itu selain daripada mahu membawa kes itu ke mahkamah turut menyajikan satu lagi aksi lawak bodoh seperti mana sahabat seangkatannya Wall Street Journal.

Ketua Pegawai Eksekutif dan penerbit The Edge melalui kenyataannya berkata beliau amat kecewa dengan keputusan itu.

"Kami tidak melihat bagaimana mendedahkan kes penipuan untuk menipu rakyat Malaysia berbilion Ringgit boleh ditafsirkan sebagai sesuatu yang menjejaskan kepentingan awam dan negara.

“Ini adalah satu usaha untuk menutup operasi kami dengan menutup mulut kami," katanya lagi.

Well inilah yang MMI kata aksi lawak bodoh yang disajikan kepada umum !

Secara ringkasnya kenyataan itu seolah-olah mempertahankan kononnya pendedahan The Edge itu adalah benar dan tindakan kerajaan menggantung permit penerbitan akhbar itu sebagai  satu tindakan kejam dan dengan sengaja mahu menutup operasi dan menutup mulut mereka.

Adoiii , apa ke hal ni ? Pendedahan apa yang The Edge buat kalau bukan tuduhan tanpa bukti yang telah menyebabkan rakyat menerima dakyah itu sehingga menggugat kedudukan kerajaan ?

Apakah tiap laporan yang disiarkan oleh The Edge itu berdasarkan BUKTI atau ianya sekadar "hear say" dan persepsi ciptaan ? Dan adakah The Edge sendiri amanah dan tahu kesahihan maklumat serta sumber yang diterimanya ?

Untuk rekod , Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menjelaskan tiga sebab penggantungan permit penerbitan akhbar harian 'The Edge' dan 'The Edge Financial Daily' untuk tempoh tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Pertama, tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Kedua, laporan yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh/mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.

Ketiga, isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang telah ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak wajar pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif yang dilakukan secara berterusan dan ia adalah tidak adil kepada syarikat 1MDB seterusnya kepada kerajaan dan kepada kepimpinan negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata penggantungan itu dibuat selepas KDN meneliti laporan berkaitan 1MDB dalam kedua-dua penerbitan tersebut dan jawapan surat tunjuk sebab yang telah dikemukakan.

"Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara," katanya.

Alwi berkata media sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam laporan yang diterbitkan selaras dengan kebebasan yang diberi.

"Impak kepada laporan yang tidak bertanggungjawab perlu diperhalusi kesannya kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara dan tidak bersalahan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012)," katanya.

Penerbitan juga perlu dilaksana mengikut peraturan permit penerbitan yang berkuat kuasa, katanya. -AgendaDaily

So berdasarkan pemerhatian MMI terhadap reaksi The Edge ini mereka dikatakan akan terus membuat laporan berkaitan 1MDB walaupun keputusan untuk menggantung permit penerbitannya selama 3 bulan akan berkuatkuasa pada 27 Julai 2015.

Jelas mereka langsung tidak menghiraukan undang-undang dan tindakan itu sewajarnya digunakan sebaiknya oleh pihak berkuasa untuk menarik balik permit akhbar tersebut dan menamatkan terus operasi akhbar terbabit.

Ini penting kerana sebarang keputusan yang dibuat selepas ini akan menentukan sejauh mana besar kepalanya puak-puak ini dalam terus menggugat kedudukan kerajaan dan negara melalui permainan fitnah dan tuduhan tanpa bukti yang kini menjadi makanan harian mereka.

Sebagai kerajaan kita perlu tegas dalam keputusan ini kerana ia bakal menjadi batu asas kepada puak-puak lain untuk sekurang-kurangnya bertanggungjawab terhadap laporan yang disiarkan.

Malaysia mengamalkan kebebasan media namun janganlah sampai kebebasan itu diadun dengan laporan berupa fitnah yang mampu menggugat kestabilan kerajaan , politik dan negara.

Dah sampai masa kita ajar mereka-mereka ini !!

MMI

MALAY Bean Army ??

 

Jika sebelum ini heboh tentang Red Bean Army , angkatan cybertroopers DAP yang dah banyak melakukan kerosakan terhadap sistem politik negara dengan gerakan propaganda melalui rangkaian media sosial.Kini muncul pula apa yang MMI gelar sebagai MALAY BEAN ARMY !

Apa itu Malay Bean Army ?

Adakah ianya sama dengan angkatan cybertroopers DAP seperti mana yang didedahkan sebelum ini ?

Sebelum tu MMI nak tegaskan apa yang didedahkan ini sudah pun berlaku lama sebelum ini.Malah mungkin sama dengan kewujudan Red Bean Army dan mungkin jauh lebih lama dari itu.

Ianya sudah berada dalam rangkaian kita sendiri , kehadiran mereka sememangnya disedari cuma mungkin atas dasar tertentu kita seolah-olah terlupa atau buta dengan kehadiran mereka.

Misi mereka sama menolak kerajaan Barisan Nasional tetapi dalam masa yang sama menjadi mata dan telinga kepada pembangkang.Tidak cukup dengan itu rasanya mereka turut sama melahap segala apa yang disediakan oleh sebuah kerajaan yang mereka sendiri TOLAK !

Lebih peliknya kita seolah-olah terpukau dengan aksi-aksi mereka sedang hakikatnya mereka secara JELAS berada di persekitaran yang kita sendiri wujudkan.

Siapa MALAY BEAN ARMY yang MMI maksudkan ??

Baca pendedahan di SINI  

MMI

ENEMY OF THE STATE Lagi Pendedahan !!


Dalam artikel sebelum ini , MMI telah menulis bahawa isu melibatkan 1MDB dan serangan bertali arus terhadap kerajaan dan kepimpinan negara bukanlah di lakukan oleh satu dua individu.Melihat kepada gerakan yang MMI sifatkan berskala besar itu ia jelas membuktikan kepada kita ada gerakan terancang yang digerakan oleh sekumpulan manusia yang punya rangkaian.

Hakikatnya pendedahan oleh Justo bekas pekerja PetroSaudi merupakan sesuatu yang cukup berbahaya kerana ia melibatkan bukan satu atau dua individu tetapi lebih daripada itu malah mungkin punya pasukan sokongan yang besar.Kerja-kerja sabotaj dan usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui tindakan yang langsung tidak beretika itu juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.

Siapa mereka ? Siapa orang hubungan dari dalam negara ? Apa tujuan dan motif mereka untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia ? Dari mana sumber kewangan mereka ?

Banyak perkara kini mula berlingkar dan mencetuskan persoalan-persoalan baru dan sesuatu yang pasti ada lebih dari satu DALANG dan BARUA yang terlibat dalam gerakan ini !! Seterusnya 

Kini satu persatu kerja buat mereka selama ini didedahkan ...


Nama Tong Koii Ong bukanlah asing. Bekas ahli perbankan pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan yang turut menjadikan bank miliknya, Phillieo Allied sebagai tempat mendeposit wang-wang dari sumber yang diragui selain menjadi tempat berlabuhnya beberapa orang kroni rapat Anwar Ibrahim, termasuklah isteri Azmin Ali, Shamsidar Tahir, juga merupakan pemilik The Malaysian Insider dan The Edge yang telah sekian lama menggunakan media untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh Anwar Ibrahim, selain bertindak menghuru-harakan negara dengan laporan-laporan yang bersifat subversif.

Pengakuan bertulis yang dibuat oleh Xavier Justo dalam surat mempunyai 22 halaman kepada polis Thailand bagaikan memerangkap Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat, selain Clare Brown dan Tony Pua serta Rafizi Ramli.

Dengan Wall Street Journal pula mengubah pendirian mereka daripada 'MENUDUH NAJIB MENGGUNAKAN AKAUN PERIBADI' untuk mencuri RM700 juta kepada 'PERCAYA, AKAUN PERIBADI NAJIB' digunakan untuk kemasukan RM700 juta, perubahan besar sedang berlaku sebelum perjanjian TPPA dimuktamadkan menjelang lawatan kali kedua Barrack Obama ke Malaysia pada November nanti.

Tong Koii Ong dalam pengakuannya, telah membenarkan kata-kata Xavier Justo bahawa dia telah ditipu oleh seorang ahli perniagaan Malaysia. Tong Koii Ong mengakui yang ahli perniagaan Malaysia itu adalah dirinya. Sekaligus, pengakuan Tong Koii Ong itu juga telah membenarkan pengakuan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang kredibilitinya cuba dihancurkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli agar kenyataan serta pengakuannya tidak diterima awam.

Namun alasan yang diberikan oleh Tong Koii Ong yang data-data tersebut dicuri dan Xavier Justo diperdaya hanyalah untuk penyiaran bagi mendapatkan kebenaran, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Ini adalah kerana Polis Thailand dan Polis Singapura telah pun mengesahkan data-data yang disiarkan oleh The Edge, The Malaysian Insider, Sarawak Report dan digunakan sebagai hujah oleh Tony Pua serta Rafizi Ramli merupakan data-data yang telah diubahsuai dan dipinda bagi mencapai maksud bagi tujuan menggulingkan Kerajaan Malaysia.

Hanya selepas terdesak dan hanya selepas pembetulan kembali dilakukan, barulah kesemua data curi tersebut diserahkan kepada polis dengan harapan, PDRM sendiri yang akan membuat 'cucian' The Edge dan Sarawak Report tidak meminda dokumen-dokumen berkenaan.

Buat masa sekarang, hanya Ho Kay Tat yang berada dalam soalsiasat polis. Giliran Tong Koii Ong, Tony Pua dan Rafizi Ramli belum muncul lagi walaupun mereka dilihat tergesa-gesa untuk melarikan diri ke luar negara kalau tidak kerana sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen.

Mereka masih dikira beruntung kerana berbuat begitu di Malaysia. Kalaulah kesemua mereka melakukan kesalahan yang sama di China, sudah tentu sekarang ini ahli-ahli keluarga mereka terpaksa mengumpulkan wang untuk membeli peluru yang akan digunakan oleh pasukan penembak hukuman mati untuk membunuh kesemua mereka! sumber 

Selebihnya pasti ramai nak tahu siapa Tong Koii Ong ni kan ? Well kalau waktu krisis kewangan tahun 1997 kita kenal dengan George Soros , rasanya Tong Koii Ong ni pun lebih kurang samalah .. BACA SETERUSNYA AMBIL TAHU SIKIT KLIK SINI 

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

Labels