Followers

Monday 5 January 2015

MAMPUKAH Musibah Banjir Satukan KITA ?

Jika melihat kepada gambar di sebelah pasti ramai dikalangan kita dapat merasai betapa pentingnya orang Melayu hari ini untuk terus bersatu demi kebaikan bersama.

Musibah banjir yang telah melanda beberapa negeri di semenanjung sehingga menyebabkan ratusan ribu mangsa terpaksa berpindah sebenarnya memberikan isyarat jelas kepada kita untuk bersatu.

MMI secara tidak langsung dapat bertemu dengan beberapa pasukan sukarelawan yang mengambil insiatif sendiri untuk turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dan mendengar keluhan mereka sudah cukup untuk menggambarkan betapa dasyatnya kesan banjir kali ini.

Mungkin ada yang tidak sedar bahawa ribuan sukarelawan yang turun padang itu sebenarnya turun dengan keikhlasan dan semangat untuk membantu warga Malaysia yang mereka sendiri pun tidak kenali.

Tidak ada hubungan saudara mahupun apa-apa kaitan malah tidak terlintas di benak hati mereka untuk membeza-bezakan kaum apatah lagi ideologi politik.Matlamatnya hanya satu , untuk segera sampai ke kawasan bencana dan menghulurkan bantuan ssecepat mungkin agar mangsa banjir punya keperluan asas untuk terus hidup.

Begitulah hakikatnya dan sehingga artikel ini di tulis para sukarelawan yang bersama dengan agensi kerajaan mahupun persendirian masih lagi berada di kawasan bencana malah beberapa kumpulan lagi turut sama membuat persediaan dan akan ke kawasan bencana dalam sedikit masa lagi.

Dalam kekalutan itu , perhatian MMI terarah kepada cadangan daripada Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang mencadangkan agar Pas dan Umno Kelantan menubuhkan sebuah kerajaan campuran di negeri terbabit bagi membangunkan kembali Kelantan.

Satu cadangan yang sewajarnya diberikan perhatian kerana ia melibatkan kebaikan bersama khususnya kepada orang-orang Melayu.

Kita tahu bahawa di Kelantan majoritinya adalah orang Melayu serta beragama Islam dan pada ketika musibah banjir besar melanda negeri tersebut orang Melayu lah yang paling banyak sekali terjejas.

Maka secara rasionalnya keputusan supaya Pas dan Umno Kelantan bersama dalam satu pasukan untuk kebaikan rakyat serta orang Melayu adalah satu keputusan yang rasanya mampu memdatangkan kebaikan yang jauh lebih efektif.

Soalnya apakah musibah banjir ini mampu untuk menyedarkan sebahagian daripada kita untuk BERSATU ?
SHAH ALAM – Dewan Ulama Pas Pusat menyifatkan Kelantan tidak memerlukan kerajaan campuran sebaliknya hanya kerjasama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri.
Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kerjasama itu berlaku antara kedua-dua kerajaan ini berdasarkan ruang lingkup tanggungjawab masing-masing
"Bukan kerajaan campuran yang diperlukan tetapi kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri berdasarkan ruang lingkup tanggungjawab masing-masing.
"Politik damai tidak hanya bererti perkongsian kuasa tetapi bererti berikan hak kepada yang selayaknya mendapat hak dari sudut politik kuasa.
"Berikan pengiktirafan politik kepada kerajaan Kelantan yang diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi pemerintah Kelantan menerusi peruntukan kewangan menurut lunas demokrasi," katanya melalui kemaskini status di Facebooknya, hari ini.sumber 
Well secara jujurnya segelintir kita masih lagi dengan sikap EGO dan mereka masih lagi meletakkan politik sebagai perkara utama sedangkan hakikatnya ratusan ribu rakyat menderita.

Kepada rakyat dan orang Melayu BERSABARLAH nampaknya perjalanan kita masih jauh !!

MMI

6 comments:

  1. Aku dap ,gua mintak tuhan allah jangan kasi pas sama umno bersatu. Banjir banjir le tuhan alla yang kasi.jalan la umno.gua banyak duit bole kasi pas kelantan budu ikan masin banyak tak mati la orang kelantan.

    ReplyDelete
  2. mana boleh minta bantuan dari kerajaan yg kau nak tumbangkan.....mintalah duit dari nuar dan kit siang...ramai jutawan di belakang kit siang semua buat ape...?.Aku penyokong BN harap kerajaan bantu terlebih dulu penyokong mereka...duit lebeh baru bantu mereka yg telah insaf...dan terakhir pada mereka yg masih suka menganggap kami bukan saudara seIslam mereka.

    ReplyDelete
  3. Pada orang yang berakal, sudah pastinya nampak keikhlasan kerajaan pusat memberi bantuan, nak apa lagi puak PAS ini? Yakinlah kerajaan pusat benar2 nak menolong rakyat yang dalam kesusahan. Apakah PAS sebenarny takut nanti kerajaan pusat dapat nama? Dalam keadaan sekarang pun rakyat dah boleh menilai yang mana intan yang mana berlian. So, demi rakyat lupakanlah kuasa dan harta dunia dan kepentingan peribadi dan kepentingan politik. Kalau boleh, BERSATULAH UMNO DAN PAS demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Wallahuaklam.....

    ReplyDelete
  4. X mampu. juak-juak lebai PASesat terlalu taksub dengan politik

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Melihat kepada scenario keadaan banjir di Kelantan yang melibatkan 9 Jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu dengan tempat terjejas teruk seperti Manek Urai, Latarek Luloh, Dabong dan banyak lagi.Rata-rata, rakyat Kelantan drp kawasan banjir ini sekarang "Menangis Tidak Berlagu", "Termenung Mereka sendiri akan Masa Depan Yang amat Kelam", akan tetapi harapa yang sekian lama diletakkan dan dibanggakan ke atas Para Pucuk Pimpanan PAS berbagai Peringkat, hanyalah seperti pegar memakan padi.

    Para Pemimpin PAS sungguh pandai bermain kata-kata, menunding jari kesana kemari, tanpa memperdulikan apa nasib mangsa banjir. Segolongan mereka yang digelar Ustaz, Ulama, Alim Agama iniyang rata-rata memiliki Sejemput Janggut di Dagu ini, menunjukkan kedangkalan tahap keImaman masing2.. Mereka yg digelar beriman ini, mula menunjukkan sikap dan tamak haloba, ego, bongkak dan sombong terlampau apabila mereka-mereka ini mengeluarkan kata-kata yang tiada satu pon yang dapat menghilangkan kegusaran, menghapus penderitaan, apatah lagi bersimpati dengan musibah banjir yang melanda.Jauh sekali mereka ingin atau mahu memohon maaf di atas kedhaifan dan kurang cekapan mentadbir urus musibah banjir, malah mereka mengemukan pelbagai alasan seolah lari drp tanggungjawab dan tiada pon sifat mahu muhasabah diri.. Ini ker Islam Pas???

    Sudah dinyatakan bahawa Kerajaan pusat jugaklah yang akan mengeluarkan danan sebanyak RM52.5 juta mungkin lebih untuk membina kembali rumah-rumah yang di hanyutkan airbah yang deras dan laju. Tetapi jumlah ini akan naik sekali ganda, mungkin berganda-ganda, apabila diwartakan semua penempatan di perairan sungai tidak selamat di diami, maka akan berdondong-dondong lagi yang akan merayu memohon bantuan perumahan drp Kerajaan.

    Masalah Utama yang menyebabkan Air Bah Laju dan Deras naik mendadak di kawasan 9 Jajahan tersebut adalah keranan kerakusan Pihak Pentadbiran Negeri Kelantan di Bawah Kerajaan PAS dalam memberikan sejumlah 4,000 hektar tanah kpd Jahanam Bga dan Ngeh Bersaudara drp DAP, yg mana secara fizikalnya boleh dilihat kekayaan mereka bertambah selepas projek balak & tanah diperolehi drp Kerajaan Pas Kelantan..

    Anak-anak Kelantan diSERU agar menuntut Pembentangan dan penjelasan drp Kerajaan Kelantan:

    1. Berapakah Hasil Kerajaan Pas perolehi daripada Hasil Penjualan Balak & Tanah di kawasan terbabit?

    2. Siapakah yang bertanggungjawab memberikan kelulusan ke atas aktiviti pembalakkan tersebut?

    3. Apakah pemberian ini mengikut prosedur dan tatacara urusan Tanah Kelantan?

    4. Kemanakah Wang Hasil Penjualan Balak dan Tanah dibelanjakan.

    5. Jika sekiranya di Selangor, MB Azmin Ali menuntut semula pembayaran balik wang sejumlah RM2.6 juta yang dikatakan dibayar dengan tidak mengikut peraturan dan prosedur tertentu...APAKAH boleh Anak-Anak Kelantan mendesak Kerajaan PAS menuntut ganti rugi drp DAP Bangsat Nga & Ngeh Bersaudara ke atas kerugian yang mereka alami akibat drp Banjir Besar melanda. Ini adalah Hak Mereka sebagai Rakyat yang tertindas dan teraniaya akibat drp Kerakusan DAP Bangsat meneroka dan membotakkan kawasan Tadahan Hujan.

    6. Rakyat Kelantan kesemuanya mestilah bangun menuntut Hak dan Kebenaran drp Kerajaan Pas Kelantan.. Kalau Hak sendiri pon tak mampu dibela, jangan harap Banjir seperti ini tidak berulang kerana Kerajaan Pas akan memberikan lebih banyak kawasan Balak demi untuk mendapatkan DANA PILIHANRAYA ke 14.

    Apakah Rakyat Kelantan "THE RED WARRIOR" ini betul-betul berani? atau hanya gah pada slogan saja?

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kepada puak2 tadah kitab. semestinya geng2 pas alimuallah

    prolog:
    semenjak banjir ni [walaupun tiap2 tahun kelantan banjir ], saya ada kemusykilan.
    di harap para jemaah yg cerdik dapat bagi jawapan:


    1. banjir sebab Allah murka pada kerajaan PAS kah?
    atau
    2. banjir sebab kerajaan PAS ini memang tak berkebolehan nak tadbir negeri pun selama ini? [ seperti orang cacat shj ]

    point no1,
    saya tak mau sentuh sebab saya bukan geng tadah kitab yg ringan bibir utk doa kan org islam lain binasa. saya tak se-power tu.

    point no2 ni,
    saya amat berminat nak tunjal, hujah dan tujah
    .
    wei. sapa2 yg makan gaji2 bulan dgn kerajaan negeri kelantan,
    ada ke korang bagitau kat menteri2 korang yg -

    "BOSS, NEGERI KELANTAN NI TIAP2 TAHUN DILANDA BANJIR! BINALAH INFRASTRUKTUR YG BOLEH MENAHAN BANJIR! JGN HIRAUKAN KOS UTK KESEJAHTERAAN RAKYAT"

    1. kalau selama ni korang pi atm amik duit gaji tapi tak pernah bagi kerajaan sedar yg kelantan perlukan infrastruktur menahan banjir, agak kurang molek disitu.

    mana tanggungjawab seorg khalifah dunia?

    2.di mana tanggungjawab rakyat kelantan dalam nak sedar kan kerajaan negeri yang saya rasa memang langsung tidak cerdik, tidak pandai, tidak reti utk mentadbir welfare sesebuah negeri.

    bukan sahaja semua diatas, malas tambah pulak dgn sifat bodoh sombong alim bercahaya.

    newsflash : pas tu tak betui sgt pun. merepek je byk. tambah pulak dgn takder ability nak jadi menteri..karut kuasa dua.

    3.wei. ini bencana alam, kalau tiap2 tahun dia jadi, makna-nya kerajaan kena amik langkah drastik kasi stop the bencana lah, dogol!

    jgn kata tak boleh nak bina. Panama Canal, orang boleh buat. Yellow RIver Dam, orang boleh bina.
    takkan nak buat tempat takung air banjir, buat longkang betul betul dan buat tempat divert air pun tak boleh.

    jangan la nak menipu. dalam internet pun banyak. dalam koran pun dah ajar macam mana nak buat.

    yang pasti, dgn hanya menadah doa dan mulut kumat kamit [ tambah maki2 hamun kpd opponent sebaris dua sket ] - segala infrastruktur tak akan terbina.

    apa lu org ingat bila lu doa aje, either 1 or 2 things will happen ke?
    1. terbuka hati pemimpin BN utk binakan infrasturutur for Kelantan dgn percuma.
    2. turun malaikat pada malam hari dan bina infrastruktur utk rakyat ke?

    which one it is, gua rasa ianya tidak berjaya.
    tiap2 tahun banjir yeop. tukar strategi doa lah...

    4. larat ke tiap2 tahun nak hulur bantuan lepas banjir.
    lebih baik takder banjir dan takde bantuan
    dari
    tiap2 tahun banjir dan beri bantuan.

    rugi la perbelanjaan modal kalu tiap2 tahun benda yg sama berlaku tapi tiada langkah mencegah di ambil.

    ha?

    epilog:
    lu orang ni iman dah tebal sangat smapai dah jadi kerak ke yang bebal tak makan saman sampai begitu sekali?
    kalau begitu, susah la masa hadapan islam kalau macam ini.

    gua malas nak tulis taip panjang2 sbb gua pasti tahun depan dan tahun depan nyer lagi, still akan banjir.

    gua tulis ni sebab, gua tak nak di tahan masa kat silaturahim kelak sebab tak beritahu berkenaan benda benda yg tak betul dan berkongsi penyelesaian.
    apa yg kamu lakukan, itu adalah hal kamu selepas ini, wahai ustaz2 merangkap politicians semua.
    wasalam

    mindabudaya
    biar nipis, tapi bertapis
    jgn tebal, tapi bebal

    ReplyDelete

Labels