Dari awal lagi MMI dah maklumkan bahawa PKR sebenarnya GENTAR untuk menghadapi PRK Permatang Pauh apabila penyandangnya Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari.
Dalam Artikel sebelum ini , MMI dah pun memuatnaik pandangan dan ulasan secara peribadi siapa bakal di calonkan oleh PKR atau Pakatan Haprak bagi menghadapi PRK Permatang Pauh Baca SINI
Untuk rekod ulasan tersebut di buat berdasarkan cakap-cakap daripada banyak pihak dan lebih penting sebahagiannya datang dari kumpulan pro-pembangkang sendiri.
Dalam masa yang sama pihak SPR belum pun membuat sebarang pengumuman berkaitan PRK Permatang Pauh dan Barisan Nasional sendiri pun belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding atau tidak.Maka sudah pastilah isunya lebih terarah kepada persiapan parti masing-masing.
Namun agak mengejutkan sekali apabila hari ini kita melihat PKR jauh lebih terdesak dan tindakan pimpinan mereka seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri.Sebagai penyandang sewajarnya PKR tidak perlu memperlihatan reaksi cemas mereka kerana secara zahirnya Permatang Pauh merupakan kubu kuat kepada parti tersebut.
Jika selama ini kita sering kali mendengar suara-suara megah lagi lantang tentang keyakinan mereka untuk terus menguasai Permatang Pauh , kini situasi sudah jauh berubah.
Dakwaan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abdul Kassim bahawa UMNO memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan itu jelas membuktikan kepada kita rasa gentar dan gundah gulana itu WUJUD !
Persoalannya kenapa Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang ini boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian dan apakah bukti Malik Kassim terhadap dakwaannya ?
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang , Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kemudiannya membidas tuduhan tersebut sebagai tidak berasas.Ini kerana pertambahan pemilih berdaftar adalah seramai 797 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk mengimbangi majoriti 11,721 undi yang dimenangi PKR pada PRU lepas.
“Untuk pengetahuan Abdul Malik, jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan Permatang Pauh untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah 71,699 orang dan mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 (berakhir 30 Jun 2013) pemilih berdaftar di Permatang Pauh adalah 72,496 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Malik yang juga pengarah pilihan raya PKR Pulau Pinang dalam satu laporan portal semalam mendakwa UMNO telah memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu.
Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pihaknya berpendapat Abdul Malik yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung adalah seorang pembohong sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan yang UMNO memindahkan pengundi-pengundi ke Parlimen Permatang Pauh.
“Beliau juga dengan berniat jahat turut mendakwa UMNO memindahkan 10,000 pemilih ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung (DUN) sebelum PRU ke-13 lepas.
“Semakan dengan statistik pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pemilih berdaftar di DUN Batu Maung bagi PRU ke-12 adalah 21,785 manakala bagi PRU ke-13 jumlahnya adalah 28,946.
Pertambahan pengundi di kawasan berkenaan adalah 7,161 pemilih dan bukannya 10,000 sebagaimana didakwa Abdul Malik,” katanya.Reezal Merican berkata peningkatan pemilih berdaftar di kawasan subbandar seperti Batu Maung bukan sesuatu yang pelik memandangkan pertumbuhan rancak kawasan-kawasan perumahan baharu di situ sejak 2008.
“Sama ada Abdul Malik seorang pembohong atau beliau sememangnya jahil mengenai jumlah pemilih di kawasan yang telah dua kali dimenangi beliau sejak 2008,” katanya.umno online
Well sesuatu yang pasti , pemimpin PKR ini bukan sahaja dilihat sebagai kemaruk politik tetapi turut melakukan tindakan yang boleh menjejaskan parti sendiri.Di saat Pakatan Haprak sedang bergoncang dengan masalah dalaman , kenyataan Malik Kassim bukan sahaja disifatkan sebagai berbohong tetapi PENAKUT kerana cuba mengaitkan UMNO dengan kerja-kerja jahat yang sinonim dengan Pakatan Haprak sendiri.
Secara jujurnya MMI melihat semua itu terjadi kerana kerja kuat yang telah dilakukan oleh UMNO Bahagian Permatang Pauh sendiri.Pasukan tranformasi yang diketuai oleh Cikgu Zaidi sebagai Ketua Bahagian jelas menjadi igauan ngeri buat PKR di bumi Permatang Pauh.Baca artikel berkaitan di SINI
Sewajarnya Malik Kasim di luku sahaja kerana tindakannya jelas tak menggunakan OTAK !! ...
MMI
Sinonim dakwaan 40 000 pengundi Bangladesh dibawa masuk dengan kapal terbang. PKR adalah 'parti 'Anwar KETUM. PKR ibarat semangat yang hilang. Presiden sediada PKR yang lebih banyak pakai wahyu Anwar mungkin dititip oleh teritip oppotunist .DAP akan jadi tulang belakang PRK dan biayai kerusi Permatang Pauh kerana semarak BN jika menang di Permatang Pauh akan merubah pengaruh DAP di Pulau Pinang.
ReplyDelete