Followers

Wednesday 4 February 2015

PAS Dalang Perpecahan Dalam Pakatan Haprak ??

"Tindakan Pas itu dilihat seperti membakar jambatan ikatan kedua-dua parti itu dalam PR" 

Begitulah antara ayat yang keluar dari mulut Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke apabila mengulas isu cabaran debat yang dilontarkan oleh Setiausaha Agung PAS , Mustafa Ali terhadap Lim Guan Eng berikutan perbezaan pendapat dalam cadangan pilihanraya PBT yang dikemukakan oleh DAP.

Lim Guan Eng pula sehingga ke hari ini masih lagi mengambil sikap untuk tidak membuat sebarang komen terhadap perkara tersebut walaupun telah banyak kali diajukan soalan oleh para wartawan pada setiap kali sidang media.

Malah dalam keadaan tertentu Guan Eng menunjukkan sikap kebudak-budakkannya apabila terus sahaja meninggalkan sidang media kerana tidak mahu melayan sebarang pertanyaan berkaitan isu terbabit.Baca Sini 

Namun bukan isu sikap Guan Eng yang mahu MMI ulas dalam artikel ini tetapi ungkapan Anthony Loke yang terus sahaja menyalahkan PAS kononnya keretakan hubungan dan perpecahan yang sedang berlaku dalam Pakatan Haprak hari ini adalah disebabkan oleh parti PAS.

Adoiii , apa faktanya sehingga Anthony Loke boleh berbuat demikian ?

Dan apakah PAS masih lagi mahu berdiam diri dalam keadaan ini ?

Kalau diikutkan daripada kejadian demi kejadian yang berlaku dalam Pakatan Haprak sejak dua menjak ini , rasanya DAP lah yang jauh lebih bertanggungjawab mewujudkan keretakan itu kerana sikap tidak ambil peduli terhadap pandangan parti lain dalam PR khususnya PAS sering kali berlaku.

Dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor contohnya PAS diserang bertubi-tubi oleh pimpinan DAP sehingga satu ketika PAS telah diberi pilihan sama ada kekal menyokong dasar PR atau berambus dari menjadi rakan dalam Pakatan Haprak.

Kedudukan Hadi Awang selaku Presiden PAS langsung tidak memberikan apa-apa makna kepada saf pimpinan DAP dan ini boleh dilihat dalam satu mesyuarat kepimpinan tertinggi parti PAS untuk menentukan keputusan siapa yang selayaknya menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Hadi setelah selesai mesyuarat tersebut langsung tidak tampil dalam sidang media yang diadakan sebaliknya digantikan dengan Timbalannya Mat Sabu.Dan terdapat laporan yang menyatakan Hadi sudah lama tidak hadir dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Haprak.

Malah perang mulut yang berlaku diantara kedua-dua kepimpinan dalam parti PAS dan DAP bukanlah satu perkara asing lagi.Tindakan Guan Eng yang membidas kerajaan negeri Kelantan sebagai lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semasa musibah banjir yang melanda negeri itu sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita DAP amat tidak menyenangi pendirian parti itu pada masa kini.Baca artikel berkaitan di SINI 

Maka sebagai parti yang dah terlalu lama mengabdikan diri menjadi pencacai kepada DAP , selayaknya PAS segera bingkas dan bangkit untuk mengembalikan maruah yang sudah lama tercarik itu.

Apakah wajar Anthony Loke membuat kenyataan sedemikian ?

Dan apa UNTUNGNYA PAS untuk terus menyembah DAP ?

Mungkin Mustafa Ali boleh menjawabnya ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels