Followers

Monday, 30 March 2015

Akibat Terlalu Ghairah Dengan Rosmah !!


Barangkali inilah akibatnya apabila terlalu obses atau ghairah tak bertempat sehingga perkara paling bodoh semacam ini pun menjadi bahan untuk melempiaskan nafsu serakah songsang terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

Jika diamati kenyataan dalam print screen di atas jelas ianya merujuk kepada kehadiran Datin Seri Rosmah dalam mesyuarat kabinet kerajaan ! Soalnya benarkah apa yang dinyatakan terbabit ? Hello kenyataan ini daripada seorang Ahli Parlimen DAP dan adakah setakat ini sahaja standard Ahli Parlimen pembangkang ?

Nga Kor Ming sebagai Ahli Parlimen Taiping jelas telah memfitnah Datin Seri Rosmah kerana penyebaran gambar terbabit dan isi kandungan kenyataannya tidak benar sama sekali.

Untuk rekod gambar terbabit dirakamkan di sebuah hotel di luar negara ketika kunjungan rasmi YAB Datuk Seri Najib Tun Razak , Perdana Menteri Malaysia.

Tidakkah Nga Kor Ming berasa malu dengan tindakan bodoh lagi memualkan ini ?

Well inilah sikap pembangkang , selagi mana kita masih berlembut selagi itulah mereka akan terus melakukan tindakan yang sama.Mereka tidak pernah hairan pun untuk ditangkap oleh pihak Polis kerana mereka tahu tindakannya tidak akan sampai ke mana.

Akhirnya mereka yang ditangkap itu akan diangkat sebagai hero oleh penyokong pembangkang.

Kita ? Terus bertahan !! Sampai bila ????

MMI

1 comment:

  1. So, knp terus berlembut. Jika dulu kita kasihan kpd ds rosmah, kini rasa kasihan bertukar jd meluat. Jangan la tunjuk baik sangat, biarkan sahaja fitnah berleluasa. Saman la....saman sampai muflis. Baru la.mulut tu diam dpd memfitnah.

    ReplyDelete

Labels