Followers

Saturday, 11 April 2015

Nga Ada 48 Jam Untuk Memohon Maaf !!


Sebelum ni MMI antara yang memuat naik cerita fitnah oleh seorang pemimpin pembangkang dari DAPigs yang telah menyerang isteri YAB Perdana Menteri kita kononnya beliau juga hadir dalam satu mesyuarat kabinet kerajaan Malaysia.

Apa pun semuanya sudah di perjelaskan kerana sememangnya ia satu fitnah JAHAT !! Baca Sini 

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menuntut Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming memohon maaf dan menarik kenyataannya jika tidak mahu disaman fitnah.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, surat tuntutan telah diserahkan kepada pejabat Nga di Taiping siang tadi.

“Saya meminta beliau (Nga) membuat permohonan maaf dan menarik kenyataan itu. Nga juga perlu menerbitkan permohonan maaf itu di dalam dua akhbar sama ada akhbar berbahasa Melayu atau Inggeris, namun dalam dua akhbar tempatan”.

“Pelanggan saya (Najib) memberikan beliau 48 jam untuk membuat surat permohonan maaf dan menarik gambar serta komen itu sepenuhnya,” kata Hafarizam.

Nga dalam posting di laman sosial bulan lalu menggunakan gambar yang menunjukkan Najib dan Rosmah bersama beberapa menteri kabinet dan mengemukakan soalan kenapa perlu isteri Perdana Menteri berada bersama sewaktu mesyuarat kabinet.

Hanya kemudian didedahkan bahawa gambar itu bukan dari mesyuarat kabinet sebaliknya sewaktu kunjungan rasmi Perdana Menteri ke luar negara.

“Beliau (Nga) juga perlu menawarkan saguhati sepadan…. terpulang kepada beliau untuk membuat tawaran dan beliau juga perlu menahan dari menerbitkan isu sama lagi, jika gagal, tindakan undang-undang akan dimulakan terhadap beliau,” tambah Hafarizam. - bnbbc

Dalam situasi ini selalunya puak-puak macam ni boleh sahaja memohon maaf dan isu ni akan selesai macam tu saja.Apa pun kita bertindak dan ada tindakan dari kita , itu yang mahu dilihat oleh banyak pihak kat luar sana.

Dan kalau kita amati isu ini , sebenarnya ia merupakan bukti betapa pentingnya Akta Hasutan itu kepada negara.Malah dalam sidang Dewan Rakyat sewaktu perbahasan tentang Akta Hasutan , salah seorang daripada puak pembangkang yang bangun mencelah adalah Nga Kor Ming sendiri.

Kenapa pembangkang bising sangat dengan akta ni kalau ianya untuk kebaikan semua pihak ?

Kihkih rasanya ampa boleh faham kot no ...  

No comments:

Post a Comment

Labels