Followers

Thursday, 4 June 2015

PERANG Tidak Akan Menguntungkan Sesiapa !!

Pasti ramai yang masih ingat Perang Iraq di mana Amerika Syarikat telah menggerakkan angkatan perangnya untuk menyerang negara itu atas alasan kononnya negara arab itu memiliki senjata pemusnah yang mampu menyebabkan massive dectruction.

Walaupun serangan itu tidak mendapat sokongan daripada banyak negara Islam , Amerika Syarikat yang mengaku sebagai sebuah kuasa dunia mampu bertindak dengan sokongan rakan atau sahabat seyahudi mereka.

Malah tidak keterlaluan kalau kita katakan serangan itu perlu dilakukan akibat daripada serangan terhadap World Trade Centre yang telah menyebabkan kuasa dunia ini mendapat malu.Sesuatu yang kita perlu ingat adalah banyak pihak di dunia khususnya terlupa bahawa serangan itu sebenarnya membuktikan betapa Amerika Syarikat bukanlah sehebat mana seperti mana yang sering kali di momokkan kepada kita.

Bermula dengan serangan terhadap Afghanistan untuk memburu Osama Bin Laden dan Taliban yang dilabel sebagai musuh paling utama kepada dunia , Amerika terus bernafsu kemudiannya dengan melanggar kedaulatan negara Iraq.

Kenapa sampai ke Iraq ? Kerana operasi Amerika di bumi Afghanistan GAGAL untuk membuktikan kewujudan atau menangkap Osama Bin Laden.

Selain daripada itu kita juga sebenarnya dikelirukan oleh propaganda barat dengan pelbagai cerita rekayasa yang sedap untuk dihidangkan kepada dunia.Ada kalanya kita sampai ke tahap mencemuh Saddam Hussein sendiri kerana propaganda yang digerakkan dan akhirnya walaupun Osama masih belum di temui , Amerika mampu tersenyum kerana berjaya menyebabkan Saddam di hukum gantung sampai mati oleh warga Iraq sendiri.

Dunia selamat ?

Satu soalan yang barangkali cukup sukar di jawab memandangkan sehingga ke hari ini keganasan dan peperangan masih terus berlaku.Insiden tembakan terhadap pesawat MH17 di ruang udara Ukraine tempoh hari adalah mesej jelas bahawa masih ramai warga dunia terdedah kepada ancaman peperangan.

Menjadi mangsa konflik pihak-pihak tertentu dan sesuatu yang pasti mereka yang sebelumnya bertindak seolah-olah POLIS dunia masih berdiam diri.Mungkin belum ada sebarang kepentingan agaknya.

Dalam semua perkara diatas , peperangan sebenarnya tidak pernah menguntungkan mana-mana pihak.Walaupun dalam satu-satu peperangan itu akan ada pihak yang menang tetapi hakikatnya kesan daripada kemenangan itu selalunya akan berbalik kepada mereka-mereka yang berada di bawah.

Sebagai contoh seorang anak muda bernama Tomas Young , warga Amerika Syarikat yang terlibat secara langsung dalam operasi ketenteraan di bumi Iraq.Beliau yang telah mendapat kecederaan kekal sehingga lumpuh kerana serangan pihak musuh di Iraq bangun kemudiannya melawan arus kerana sedar bahawa beliau dan jutaan yang lain dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu.

"We were used. We were betrayed. And we have been abandoned" Click Here

Bila membaca apa yang ditulis oleh Tomas Young , kita dapat melihat bagaimana kejamnya dunia akibat daripada sikap manusia itu sendiri.Dan selalunya ia akan dimulakan oleh mereka-mereka yang kita gelar sebagai pemimpin atau mereka yang berpengaruh.

Dalam konteks Malaysia , kita sebenarnya berada dalam ruang lingkup yang lebih kurang sama.Mungkin ada perbezaan dari segi prop atau skripnya namun hakikatnya kita juga sedang berdepan dengan satu peperangan yang cukup dasyat.

Tak perlu kita berbicara panjang tentang perbezaan ideologi politik kerana ia telah menyebabkan runtuhnya nilai-nilai kemanusiaan memandangkan sebahagian daripada kita hari ini BEBAS malah begitu asyik dengan tohmahan dan fitnah yang menjejaskan bukan sahaja reputasi tetapi juga MARUAH diri.

Tak cukup dengan itu sesetengah kita tampil pula kononnya atas nama rakyat dan sayangkan negara menghentem dan menyerang kerajaan dan kepimpinannya hanya kerana emosi serta permainan persepsi yang mampu meruntuhkan tembok pelindung yang selama ini kita bina.

Apa yang pasti kita semakin lupa tentang NILAI dan kita lebih terarah kepada menjatuhkan maka kerana itu usaha digerakkan bagi melengkapkan impian tersebut.Namun dalam banyak-banyak perkara kita sebenarnya sedang melakukan perkara yang sama dengan pemerintah Tomas Young !

Kita sedang mempergunakan rakyat atau mereka-mereka yang di bawah semata-mata untuk memuaskan hati naluri kita sendiri.Apa jua yang berlaku , mereka yang mencetuskan usaha ini mampu sahaja terbang atau singgah di mana-mana benua di dunia kerana mereka memiliki keupayaan itu.Bagaimana dengan warga marhain yang lain ? Adakah mereka mampu seperti mana pihak pencetus ?

Hakikatnya seorang negarawan kita pernah melabelkan PEPERANGAN itu sebagai satu tindakan JENAYAH !

Dan maksud peperangan itu perlu kita perkemaskan kerana ianya tidak sahaja berkait dengan peperangan menggunakan senjata sehingga mengakibatkan manusia terbunuh.Tetapi peperangan juga boleh berlaku tanpa senjata dan ianya juga boleh membunuh cuma mungkin yang terbunuh itu bukan nyawa tetapi JIWA dan KEDAULATAN kita.

Siapa mereka ? Sudah pastilah rakyat biasa dan warga marhain dan jika berlaku apa-apa kumpulan inilah yang bakal tertinggal dan ditinggalkan !

Maka dalam soal ini kita sewajarnya bersatu dalam mencari penyelesaian , bukan dengan menyerang antara satu sama lain.

Sama ada anda setuju atau tidak , PERANG tidak akan menguntungkan sesiapa !

Baca artikel berkaitan di SINI

MMI

1 comment:

  1. The biggest problem is orang Melayu mudah beremosi dan x kenal musuh sebenar.

    ReplyDelete

Labels