Followers

Tuesday 7 July 2015

6 Akaun Di Bekukan Pasukan Khas Bagi Membantu Siasatan !!


Berikut merupakan KENYATAAN MEDIA SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan. 


Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia

 Yan Sri Zeti Akhtar Aziz
Gabenor Bank Negara Malaysia

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara Malaysia

Tan Sri Abu Kassim Mohamed
Ketua Pesuruhjaya,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

 7 Julai 2015

Untuk rekod pasukan siasatan ini ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang semakin serius dilakukan oeh pihak di luar sana terhadap YAB Perdana Menteri.Semua pihak sedia maklum pelbagai tuduhan tanpa bukti sudah pun mengambil tempat sebelum ini dan serangan yang dilakukan bukan sahaja terarah kepada keperibadian YAB Perdana Menteri tetapi juga kerajaan Malaysia.

Satu tindakan yang amat berbahaya yang mampu menggugat kedudukan negara.

Apa pun dalam kes terbaru berhubung tuduhan penyaluran dana ke akaun peribadi milik Perdana Menteri ianya sedang disiasat dan semua yang sedang berlaku adalah bertujuan untuk membantu siasatan.

Seperti mana yang kita tahu , kepimpinan negara menafikan tuduhan yang dibuat terhadap beliau dan kerana itu pembentukan pasukan penyiasat khas dan tindakan awal membekukan 6 akaun bagi membantu siasatan adalah sesuatu yang bersifat transparent.

Cuma dalam hal ini mampukah warga Malaysia khususnya menanti keputusan siasatan yang kini sedang berjalan ? Atau warga Malaysia masih mahu terus menjadi pelahap spekulasi dan persepsi ?

MMI

2 comments:

  1. kau tu yg mnjilat lebih tanpa usul periksa..sokong mwmbabi buta

    ReplyDelete
  2. Tuduh menuduh,nafi menafi,jatuh menjatuh, kondem dikondem,bohong dibohongi perkara biasa dalam percaturan politik.Apa nak diherankan!

    ReplyDelete

Labels