Jika punya peluang rasanya DAP pasti akan bersetuju untuk memisahkan Pulau Pinang dengan Malaysia seperti mana Singapura hari ini.Kalau kita amati sekalipun dasar DAP bukanlah dasar yang sesuai untuk digunapakai memandangkan perlembagaan negara kita yang telah meletakkan kedudukan orang-orang Melayu dan agama Islam itu dikedudukannya yang tersendiri.
Bukan bermaksud perlembagaan negara Malaysia menidakkan kepentingan bangsa-bangsa lain tetapi ianya telah diputuskan sebegitu sejak Malaysia mencapai kemerdekaannya melalui wakil-wakil daripada bangsa-bangsa utama di bumi bertuah ini.
Maka dengan itu jelas semua warga Malaysia tertakluk di bawah perlembagaan ini dan ianya wajarlah di hormati seperti mana kita menghormati pejuang-pejuang kemerdekaan sebelumnya.
Review Sejarah ...
Apabila Pakatan Rakyat (pada ketika itu) berjaya menang (PRU12) dengan jumlah majoriti kerusi-kerusi DUN Pulau Pinang , seluruh negara seolah-olah dilanda garuda ! Bukan kerana taksub atau kagum dengan DAP tetapi bimbang adakah kumpulan yang mengaku sebagai Pakatan Rakyat itu mampu menjadi pentadbir yang baik.
Sejarah telah membuktikan kepada kita bagaimana pakatan pembangkang yang berjaya menawan Perak walaupun dalam tempoh masa yang singkat telah memperlihatkan kepada kita penguasaan penuh parti DAP tanpa mampu digugat oleh wakil-wakil daripada parti lain (Pakatan Rakyat).
Yang paling MMI ingat adalah bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh pimpinan-pimpinan DAP di Perak pada ketika itu begitu sombong dan angkuh sekali.Malah pada ketika itu jugalah berlakunya pemberian hak milik tanah selama 999 tahun kepada kampung baru di seluruh negeri Perak yang telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan masyarakat khususnya orang-orang Melayu.
Walaupun isu tersebut sudah berlalu ianya memberikan kita satu pengajaran sebenarnya iaitu tindakan sedemikian mempunyai kesan tersendiri , Baca kupasan menarik di SINI
Itu cerita di Perak dan kalau kita bandingkan dengan penguasaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sehingga kini sebagai Pakatan Harapan walaupun REALITINYA kuasa di miliki sepenuhnya oleh pengusaan DAP , kaedah dan tindak tanduk mereka hampir sama !
Malah DAP di Pulau Pinang di bawah penguasaan Lim Guan Eng lebih teruk dari apa yang pernah berlaku di bumi Perak.
Penindasan yang cukup jelas terhadap kaum bumiputera begitu ketara , perobohan gerai milik orang-orang Melayu jauh mengatasi gerai-gerai milik mereka yang sebangsa dengannya (Guan Eng) walaupun terdapat begitu banyak gerai-gerai milik kaum itu yang turut sama melanggar undang-undang PBT termasuklah yang menghalang lalu lintas.
Tidak cukup dengan itu begitu banyak pembinaan rumah-rumah mewah sehingga tidak satu pun rumah-rumah mampu milik didirikan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Malah mereka langsung tidak memikirkan tentang implikasi terhadap alam apabila bukit-bukit di ratakan selain penambakan laut untuk pembinaan aprtment-apartment mewah yang mencecah jutaan ringgit.
Dalam masa yang sama , pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang lebih suka menggadaikan milikan tanah kepada syarikat-syarikat asing tanpa memikirkan langsung kesannya kepada warga Pulau Pinang.
DAP lebih teruja untuk mencari keuntungan cepat dan mudah daripada berusaha untuk memberikan keselesaan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.Ini boleh dilihat dalam isu penjualan tanah Taman Manggis di mana kerajaan DAP turut campur tangan sehingga menimbulkan keraguan wujudnya pemberian imbuhan seperti mana yang berlaku dalam proses pembelian banglo terlajak laris Guan Eng.
Kini keadaan yang hampir sama berlaku lagi , Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah hilang kawalan atau tidak menghalang penjualan tanah-tanah di negeri itu kepada warga asing.Malahan tindakan-tindakan yang dilakukan cukup mengecewakan.
Situasi seperti ini amat mencemaskan kerana jika perkara sebegini berterusan dikhuatiri warga tempatan akan hilang hak ke atas tanah-tanah milikan mereka.
Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjong, Lim Swee Bok berkata, tanah di negeri ini khususnya di kawasan Georgetown ketika ini dikesan banyak dijual kepada warga asing.
Sehubungan itu, beliau mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan mengenai langkah kawalan bagi mempertahankan hartanah di negeri ini.
“Kerajaan negeri perlu menjelaskan apakah langkah dan pelan tindakan yang dirancang dalam memastikan kepentingan rakyat tidak terabai setelah pihak asing memiliki tanah di negeri ini.
“Perkara ini penting demi memastikan kelangsungan hidup rakyat memandangkan Georgetown adalah jantung dan nadi kehidupan di negeri ini,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata dalam sidang akhbar bersama sebahagian penduduk di lapan unit rumah kedai di Lebuh Gatz di sini yang diarahkan mengosongkan rumah masing-masing dalam tempoh enam bulan setelah tanah di kawasan itu dibeli sebuah syarikat Singapura.
Swee Bok menambah, kerajaan negeri perlu mengambil langkah lebih proaktif dalam menjaga warisan di negeri ini khususnya di sekitar Georgetown.
Penduduk di Lebuh Gatz menunjukkan resit sewa rumah |
Sementara itu, mengulas mengenai nasib penduduk membabitkan lapan unit rumah kedai di Lebuh Gatz yang diarahkan berpindah tanpa pampasan sewajarnya, tegas Swee Bok, pihaknya melahirkan rasa kesal kerana nasib penduduk terlibat seolah-olah diabaikan.
Menurut beliau, selepas berpuluh-puluh tahun menetap di situ, penduduk berhak mendapat pampasan setimpal sekali gus mendesak kerajaan negeri campur tangan mempertahan nasib penduduk berkenaan. “Mereka bukan tidak mahu berpindah tetapi mahukan pampasan setimpal diberikan seperti rumah ganti dan pengangkutan perpindahan di sediakan demi kelangsungan hidup mereka,” katanya. utusan
Well seperti mana yang MMI sebutkan di awal tadi , jika diteliti suasana dan keadaan semacam ini sering kali tidak akan mendapat perhatian daripada kerajaan DAP yang mengaku berjiwa rakyat.
Ya dalam konteks tertentu ianya berlaku diantara pemilik tanah dan pembeli tetapi setidak-tidaknya kerajaan yang berjiwa rakyat perlu turun padang dan melihat apakah ianya mampu memberikan kesan kepada negeri Pulau Pinang itu sendiri.
Ini hal membabitkan penguasaan dan pemilikan tanah beb !!! Bukan main-main punya cerita !!!
Atau mungkin kerajaan DAP punya niat tertentu untuk menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura ??
MMI
No comments:
Post a Comment