Followers

Thursday 5 May 2016

Siapa Si Empunya Tangan Ghaib ? #NoSwimmingPool


Sebelum MMI menulis lebih panjang , suka untuk MMI kongsikan dengan semua betapa hari demi hari yang kita nanti-nantikan masih tidak kunjung tiba ! 

Kalau diikutkan kepada keadaan cuaca dan kepanasan melampau akibat daripada fenomena El-Nino rasanya hujan sudah mula turun di banyak tempat di Malaysia.Bahkan terdapat kawasan-kawasan tertentu yang telah pun menerima hujan lebat.Maka suasana panas itu sedikit sebanyak dapatlah didinginkan.

Itu cuaca bro , yang MMI ternanti-nanti ni adalah perkembangan kes kontroversi skandal pembelian banglo terlajak laris Guan Eng !

Apa cita siasatan SPRM ? Sekarang dah 5 Mei 2016 kot ? Katanya kertas siasatan akan siap penghujung April 2016 ! So citanya nak kena tunggu lagilah ni ....

Oklah itu bab SPRM , kita terus kepada yang seterusnya ,

Siang tadi lagi kacau ! Tiba-tiba keluar kenyataan kes melibatkan Phang Li Koon telah ditutup.

Malah lebih hebat lagi kenyataan itu dibuat oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab dalam satu sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis negeri  siang tadi.

Beliau berkata, kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan telah ditutup setelah keputusan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara beberapa hari lalu.

Menurutnya, pihak polis negeri Pulau Pinang sudah melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan dan menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya tetapi dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan menutup kes ini.

Laporan tersebut dikatakan telah disiarkan oleh akhbar The Sun Daily dan The New Straits Times Online masing-masing bertarikh 4 Mei 2016.

Walau bagaimanapun hasil carian MMI , kenyataan seperti mana yang disebarkan itu tidak wujud atau telah ditiadakan (tak pasti yang mana satu).Sebaliknya carian berdasarkan tajuk berita tersebut telah membawa kepada artikel bertajuk AG: Case not closed yet on probe into Phang's 'false SD' claim

Dalam masa yang sama , Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan menyatakan bahawa sehingga kini Peguam Negara belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kes berkenaan dan ia masih dalam proses kajian dan tindakan Peguam Negara.


Jadi ini bermakna kenyataan awal yang mengatakan kes tersebut ditutup adalah tidak benar ! Keputusan masih belum dibuat dan ianya sama seperti mana kes siasatan SPRM terhadap Guan Eng , kita kena tunggu !!!!!

Apa pun yang berlaku , MMI melihat seolah-olah ada sesuatu yang tak kena !

Berdasarkan kepada sebaran kenyataan tersebut (kes di tutup) dari sumber manakah pihak The Sun Daily dan The New Straits Times Online perolehi ?

Adakah benar berlakunya sidang media dan kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab ? 

Hal ini walaupun nampak remeh tetapi sekiranya tidak benar maka ia sudah menjejaskan kredibiliti dan integriti pihak polis negeri Pulau Pinang ! 

Pihak terlibat sama ada akhbar terbabit dan pihak polis negeri Pulau Pinang perlu segera tampil menjelaskan keadaan yang sebenar kerana tanpa penjelasan ianya bakal mengundang persepsi yang jauh lebih memburukkan keadaan.

Dalam masa yang sama timbul tanda tanya , apakah ada gerakan tertentu yang mempunyai agenda tersendiri untuk memihak kepada pihak-pihak tertentu ?

Atau ada tangan-tangan ghaib yang kini muncul untuk menjadi pembela kepada Guan Eng dan Phang Li Koon ?

Well someone has to speak up !

Baca juga kupasan menarik blog Dr MiM & Empayar Pemuda 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels