Followers

Saturday, 7 May 2016

Lagi Pendedahan Tentang Kerajaan DAP !!


Gambar atas tu adalah antara siri pembohongan yang menjadi antara teras dalam pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang.Isu penambakan laut untuk membangunkan projek mega yang pastinya mengundang pegangan asing untuk memiliki kepentingan di bumi Pulau Pinang bukan sahaja dilihat sebagai antara usaha untuk menggadaikan Pulau Pinang tetapi juga bakal memberikan kesan kepada kelompok tertentu khususnya para nelayan.

Apakah perancangan mega itu benar-benar memberikan kebaikan kepada RAKYAT di Pulau Pinang ?

Atau ada udang di sebalik semua perancangan tersebut ?


Di saat Guan Eng di lihat melangkah longlai untuk mengadap SPRM untuk kes pembelian banglo terlajak murahnya , pendedahan berikutnya pasti akan terus mengganggu tidur malamnya.

Lagi skandal di Pulau Pinang !

1. Pada November 2015, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dari Pulau Pinang mengemukakan usul pada Sidang DUN supaya semua projek tambakan laut di negeri itu dibentang untuk pendengaran awam sebelum dimuktamadkan. 
Bagaimanapun, lima ADUN PKR tidak mengundi manakala seorang wakil rakyat DAP menyokong usul berkenaan.

Insiden itu menimbulkan kemarahan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang mendakwa tindakan enam ADUN itu sebagai 'menikamnya dari belakang'.

2. Susulan itu, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang memecat dua ADUN PKR berkenaan daripada menjadi pengerusi anak syarikat Kerajaan Negeri pada Februari 2016. Tempat mereka diganti oleh dua Ahli Parlimen DAP, masing-masing dari Negeri Sembilan dan Selangor.

3. Pada 24 Februari 2016, seorang daripada ADUN PKR yang dilucutkan jawatan, YB Cheah Kah Peng, mendedahkan kepada media, antara sebab enam ADUN PKR dan DAP memutuskan untuk tidak menentang usul BN adalah berikutan Laporan Jalan Utama dan Projek Terowong yang disediakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam negeri.

Laporan berkenaan menyatakan, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang bersetuju membayar RM138, 971, 572.61 bagi laporan kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk apabila laporan kebolehlaksanaan Terowong Pulau Pinang serta laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak disiapkan.

YB Cheah dilaporkan berkata, ramai ADUN mendapati sukar membuat justifikasi terhadap bayaran sebesar itu bagi kajian kebolehlaksanaan. 

4. Berdasarkan kajian kami dan kenyataan umum Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang, kami percaya bayaran itu adalah sebahagian daripada sejumlah RM305 juta yang diperuntukkan untuk kajian kebolehlaksanaan, reka bentuk terperinci dan laporan EIA bagi projek Terowong Pulau Pinang serta tiga laluan berkaitan.

RM305 juta hanya untuk kertas kerja asas.

5. Kami berkongsi kebimbangan 6 ADUN berkenaan yang menyifatkan RM305 juta adalah harga yang amat tinggi untuk dibayar bagi sekadar kertas kerja dan laporan. Tambahan pula, keperluan pelaksanaan projek itu masih diragui susulan pergerakan trafik di Jambatan Pulau Pinang yang secara umumnya masih rendah.

Kami yakin, peruntukan sejumlah RM305 juta boleh dimanfaatkan untuk kebajikan penduduk Pulau Pinang. Jumlah RM305 juta adalah dua kali ganda berbanding RM176 juta yang dibelanjakan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dari tahun 2009 hingga 2015 bagi Program Kebajikan Emas khusus buat warga tua, ibu tunggal, mereka yang mempunyai keperluas khas, pelajar, suri rumah, bayi baharu dilahirkan dan mahasiswa.

6. Lebih-lebih lagi, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang melantik Consortium Zenith BUCG (CZBUCG) untuk menyediakan laporan kebolehlaksanaan ini bagi menentukan kesesuaiannya. CZBUCG adalah syarikat sama yang akan melaksanakan projek itu jika didapati bersesuaian.

Jelas sekali, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang tidak memahami istilah "percanggahan kepentingan."

Malah, syarikat subkontraktor pertama yang dilantik oleh CZBUCG pada tahun 2013 bagi melakukan kajian kebolehlaksanaan ialah Astral Supreme Construction Sdn Bhd, yang mengakui gagal menyiapkan laporan itu pada Ogos 2014.

Pemeriksaan lanjut di Pendaftar Syarikat (RoC) mendedahkan CZBUCG adalah pemegang saham utama yang mengawal pemegang saham Astral Supreme -- sekali lagi menampilkan berlakunya percanggahan kepentingan.

Ketika projek berkenaan dianugerahkan pada tahun 2013, CZBUCG dilaporkan berkata, laporan berkenaan dijangka siap menjelang April 2014.

Selepas banyak kali tertangguh, kami kini dimaklumkan laporan kajian kebolehlaksanaan itu ditunda lagi ke tarikh yang tidak dinyatakan - gambaran bahawa keseluruhan projek itu akan ditangguh.

Beberapa laporan media menyatakan paling awal keseluruhan projek itu dapat disiapkan ialah pada tahun 2025.

7. Laporan kepada Bursa Malaysia oleh Ewein Berhad bertarikh 31 Mac 2015, mengesahkan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang membuat pembayaran pertama pada 17 Februari 2015, dalam bentuk kawasan perdana di tepi laut.  Berdasarkan maklumat Bursa, syarikat usaha sama syarikat Ewein telah membeli kawasan tanah berkenaan daripada CZBUCG.    
                

8. Pendedahan lanjut oleh Ewein Berhad menunjukkan dua perjanjian bertarikh 28 Disember 2015 dan 15 Januari 2016 telah ditandatangani untuk membeli dua lagi plot kawasan perdana tepi laut berhampiran Gurney Drive daripada CZBUCG.

Jika dihitung, ketiga-tiga perjanjian ini membabitkan pembelian tanah bernilai RM3.14 bilion daripada CZBUG yang sudah atau akan diberi oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang sebagai bayaran projek walaupun kajian kebolehlaksanaan belum disiapkan.

9. Difahamkan, kos RM6.3 bilion bagi keseluruhan projek akan dibiayai oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang menerusi bayaran dalam bentuk tanah perdana tepi laut kekal yang dikenal pasti seluas 110 ekar, dinilai mengikut harga tahun 2013.

Apa yang menimbulkan persoalan ialah mengapa Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang menetapkan harga tanah perdana mengikut harga tahun 2013 bagi projek yang hanya akan disiapkan 12 tahun akan datang iaitu pada tahun 2025?

Oleh kerana tanah perdana pinggir laut Pulau Pinang adalah aset cepat meningkat nilainya, ini bermakna kawasan seluas 110 ekar itu akan bernilai dua atau tiga kali ganda menjelang tahun 2025 - bermakna projek itu akhirnya akan menyebabkan rakyat Pulau Pinang menanggung kos RM20 bilion atau lebih.

10. Sebagai tambahan kepada membiayai sepenuhnya kos RM6.3 bilion itu, Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang turut memberi CZBUCG konsesi selama 30 tahun untuk mengutip tol bagi terowong berkenaan.

Ini jauh berbeza dengan amalan biasa perjanjian konsesi yang mana syarikat konsesi akan membiayai projek dan mengutip tol bagi memperoleh kembali pelaburan mereka.

Dalam hal ini, nampaknya Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang akan membiayai keseluruhan pembinaan bagi membolehkan syarikat terbabit mengaut keuntungan dan menikmati keuntungan pada masa depan menerusi kutipan tol.

Dan bukankah jalan bertol bertentangan dengan manifesto Pakatan?

11. Pendedahan berterusan berkaitan Taman Manggis dan banglo Ketua Menteri di Jalan Pinhorn yang dijual pada harga lebih rendah berbanding nilai pasaran, menarik tumpuan terhadap pelbagai perjanjian tanah negeri itu oleh Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2008 bernilai RM40 bilion atau lebih.

Sehubungan itu, kami mendesak Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang menjelaskan perkara yang berkenaan:

1) Jelaskan mengapa kos keseluruhan pelbagai kajian mengenai projek itu yang pada dasarnya adalah kertas kerja, boleh mencecah sehingga RM305 juta?

2) Apakah penanugerahan untuk melakukan kajian ini dibuat secara tender terbuka? Jika ya, tolongan jelaskan mengapakah kajian kebolehlaksanaan awal dianugerahkan kepada pihak yang tidak melantik perunding atau pakar sepatutnya untuk melengkapkan tugas itu sebelum mengakui ia tidak boleh dilakukan.

3) Mengapa syarikat swasta itu menerima bayaran pendahuluan berjumlah RM139 juta walaupun kajian belum disiapkan?

4) Jika kajian kebolehlaksanaan mendapati projek tidak sesuai diteruskan, apakah Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang akan memperoleh kembali RM139 juta yang sudah dibayar?

5) Apakah syarikat swasta itu didenda kerana kegagalan menepati tarikh akhir projek yang dipersetujui?

6) Walaupun bersetuju membiayai sepenuhnya kos pembinaan, mengapa Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang bersetuju memberi konsesi tol selama 30 tahun kepada syarikat terbabit.

7) Mengapa Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang bersetuju membayar dengan menggunakan 110 ekar tanah perdana di tepi laut - bernilai RM6.3 bilion pada tahun 2013 - bagi projek yang hanya akan disiapkan paling awal pun pada tahun 2025, dengan mengambil kira kawasan yang telah dikenal pasti ini mungkin bernilai dua atau tiga kali ganda berbanding RM6.3 bilion pada tahun 2025?

Apakah ini bermakna kos sebenar projek bagi rakyat Pulau Pinang boleh melonjak tiga kali ganda dan mencecah RM20 bilion?

Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional

Psst MMI ulang sekali lagi RM6.3 bilion tu mengikut harga pasaran pada tahun 2013 bayangkan berapa banyak yang mereka kaut daripada tindakan tersebut ?

Ermm semua tu untuk warga marhain ke ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels