Followers

Friday, 29 July 2016

Bila Afif & AMK Nak Tumpang GLAMOUR , Alahai ...


Sesuatu yang jelas adalah suasana politik negara pada hari ini berada dalam keadaan yang cukup panas.Kepanasan itu bukan sahaja melibatkan gerak dakyah pihak-pihak tertentu yang menyerang kepimpinan negara dengan membabi buta tetapi turut dipanaskan dengan skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa taiko besar dalam Pakatan Haprak Lim Guan Eng.

Kita tahu bahawa isu melibatkan 1MDB dan siasatan oleh DOJ yang diwar-warkan ketika ini mendapat pelbagai reaksi dari kalangan masyarakat.Oleh yang demikian pelbagai pihak telah tampil dengan menjawab segala tuduhan liar yang dilemparkan termasuklah jaminan kerajaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan tersebut.

Isu pokoknya adalah semua pihak sebenarnya mahu mendapatkan kepastian termasuklah keputusan tentang sejauh manakah semua pertuduhan itu benar atau tidak.Apakah nama-nama yang dituduh itu benar-benar bersalah seperti mana yang diwar-warkan ?

Untuk itu adalah wajar semua pihak memberikan penumpuan kepada siasatan bukannya mencipta spekulasi demi spekulasi yang boleh membunuh keyakinan rakyat terhadap institusi perundangan sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Sejarah telah membuktikan betapa mereka-mereka yang punya kepentingan mahupun kehendak untuk menghancurkan sesebuah negara bijak memanipulasi keadaan.Rakyat dipergunakan sebagai perisai kepada agenda penuh jijik dan media menjadi medium utama menyebarkan propaganda licik semata-mata untuk menghancurkan demokrasi.

Lebih malang lagi apabila agenda ini turut disokong oleh segelintir warga tempatan dengan pelbagai alasan dan akhirnya warga marhainlah yang bakal menjadi mangsa keadaan.Lihat apa yang telah berlaku di bumi Iraq , Syria , Libya , Afghanistan dan lain-lain semuanya kini berada dalam keadaan yang cukup memeritkan.

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka , sudah tentulah perkara seumpama itu perlu dinyahkan jauh-jauh.Selagi mana kita punya kuasa maka kita harus menggunakan kuasa tersebut bagi menghalang dakyah dan agenda jahat ini daripada terus menjadi parasit yang mampu menggugat bukan sahaja kestabilan kerajaan tetapi juga keselamatan seluruh warganya.

Kerana itu tindakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Naib Ketuanya saudara Khairul Azwan Harun yang membuat satu laporan polis terhadap 3 pegawai tertinggi kerajaan kerana ketiga-tiga individu terbabit dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia yang sah adalah tepat.

Khairul sewaktu membuat laporan tersebut berkata pemuda mengesyaki ketiga-tiga individu terbabit telah memberi dokumen dan maklumat sulit yang telah dimanipulasi dan palsu kepada agensi luar negara , termasuklah kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) semata-mata untuk memenuhi agenda terancang.

Kerana itulah laporan polis ini dibuat dan mahukan satu siasatan dilakukan segera !

Persoalannya apakah tindakan Pemuda UMNO Malaysia itu salah ?

Ekoran daripada laporan polis tersebut , Angkatan Muda Keadilan (AMK) secara tiba-tiba bingkas bangkit menjadi pembela kepada 3 individu tersebut.

AMK yang diketua oleh Dr Afifi Bahardin mengutuk tindakan pemuda UMNO dan menyifatkan ia sebagai satu penghinaan terhadap institusi perkhidmatan awam , perbankan dan kehakiman.Malah Dr Afifi menyifatkan apa yang dilakukan oleh ketiga-tiga pegawai tertinggi kerajaan itu adalah atas rasa tanggungjawab mereka kepada negara dan rakyat Malaysia selain menganggap ianya adalah satu laporan liar dan tidak berasas.

Begitulah lantangnya AMK dan Dr Afifi apabila berdepan dengan isu tersebut tetapi menikus tanpa sepatah kata pun apabila Guan Eng dan DAP sedang meliwat habis-habisan maruah PKR dalam isu PRN Pulau Pinang.

Soalnya apakah benar AMK dan Dr Afifi ini punya asas dalam pembelaan beragenda ini ?

Hakikatnya Dr Afifi jauh tersasar dan membuka pekung sendiri betapa AMK begitu lemah dalam hal melibatkan negara dan rakyat.

Jom kita terjemahkan dengan 3 perkara utama di bawah ,

1.Penghinaan terhadap institusi perkhidmatan awam

Apakah Dr Afifi lupa dengan insiden melibatkan Derek Fernandez menghina kakitangan awam dengan label MONYET ? 

Lupakah Dr Afifi dalam pemilihan calon Datuk Bandar MBPJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 2012 bagi menggantikan penyandang Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dinaikkan pangkat ke jawatan baharu. Fernandez dipetik sebagai berkata dalam akhbar Malay Mail, "let's see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject" (mari tengok dulu siapa calonnya. Jika mereka nak calonkan 'monyet', kami akan tolak"). baca seterusnya http://mymassa.blogspot.my/2012/11/pemimpin-pkr-gelar-kakitangan-kerajaan.html

2.Penghinaan terhadap institusi perbankan

Apakah Dr Afifi lupa dengan tindakan Rafizi Ramli yang telah mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank iaitu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac 2012 yang lalu.

Sedarkah Dr Afifi bahawa perbuatan tersebut juga dianggap sebagai penghinaan terhadap institusi perbankan ?

Dan tahukan Dr Afifi bahawa segala dakwaan Rafizi terhadap Sharizat adalah tidak benar dan ianya disahkan oleh SPRM sendiri Baca sini http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20120601/ma_08/Kes-Shahrizat-ADUN-Sri-Muda-ditutup 

Malah Rafizi turut GAGAL mengemukakan bukti terhadap dakwaannya berkaitan NFC baca sini http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/08/isu-nfc-pertuduhan-ditarik-balik-kerana-tidak-cukup-bukti-peguam-negara/

3.Penghinaan terhadap institusi kehakiman

Sedarkah Dr Afifi bahawa selama ini AMK dan PKR malah pembangkang adalah mereka yang sering mengutuk dan menghina institusi kehakiman ?

Tahukah Dr Afifi bahawa Anwar Ibrahim sewaktu masih menjadi ketua pembangkang telah menyelar institusi kehakiman yang didakwanya sebagai ‘rakan subahat’ yang membunuh kebebasan kehakiman dan integriti.Dalam prosiding melibatkan kes liwatnya Anwar telah mendakwa panel lima hakim Mahkamah Persekutuan telah ‘menjual’ jiwa mereka kepada syaitan sebagai tukaran dalam mendapatkan pulangan dan kedudukan.Baca sini http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hina-mahkamah-anwar-patut-dihukum-1.61045 

Mengambil kira semua yang diatas , rasanya apa yang sedang dilakukan oleh AMK dan Dr Afifi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar mahu menempatkan diri dan nama di tengah-tengah populariti isu melibatkan 1MDB dan rasuah Guan Eng.

Sewajarnya Dr Afifi dan AMK belajar dahulu tentang sejarah parti sendiri sebelum cuba untuk berlaku alim dan maksum !

Alahai Afifi tak payah cari publisitilah ...

1 comment:

  1. Yg pondan jambang tu report kat oversea tu tak penghinaan kpd PDRM,SPRM etc. Apasal tak kondem. Banganglah kau ni

    ReplyDelete

Labels