Agaknya apa akan jadi kalau harga makanan di Malaysia ni naik 5 kali ganda dari harga biasa sekarang ni ? Huh MMI yakin ramai akan mula meroyan dalam media sosial termasuklah di persidangan meja bulat yang disediakan oleh kedai-kedai kopi di seluruh negara.
Perkara pertama yang pasti akan berlaku adalah kerajaan Barisan Nasional dan UMNO akan dipersalahkan dan lebih hebat lagi Najib Razak akan dituduh sebagai dalang kepada semua yang berlaku.
Tak cukup dengan itu GST akan menjadi salah satu penyebab kepada berlakunya kenaikan harga tersebut walaupun realitinya kenaikan harga makanan dan barangan pada hari ini di Malaysia disumbangkan oleh banyak faktor lain.
MMI tak nafikan bebanan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia , tetapi kalau kita perhatikan rakyat Malaysia sebenarnya masih berada dalam keadaan yang baik dan rata-rata daripada kita masih lagi berbelanja dan tak ramai yang mati kerana kelaparan.
Bahkan kerajaan sentiasa berusaha untuk mengoptimunkan kesan kenaikan harga ini dengan pelbagai rancangan dan MMI yakin pembentangan bajet yang akan dibentangkan esok pastinya akan menitik beratkan kepada keperluan rakyat.Bajet 2017 Legakan Rakyat - PM
MMI teringat ungkapan seorang pekerja warga Bangladesh yang telah bekerja di Malaysia secara sah selama hampir 10 tahun baru-baru ini.
"Dulu Malaysia sini mula kerja gaji RM500 tak pernah naik , lepas 8 tahun kerja KERAJAAN kasi naik RM900 lepas tu RM1000.Ini gaji bukan majikan naik tapi itu Malaysia punya KERAJAAN"
Tahu apa maksud warga Bangladesh ni ?
Dia kerja dengan syarikat milik bangsa XXXX (Bukan Melayu) sejak bekerja si majikan tidak pernah memikirkan untuk menaikkan gaji mereka , tapi kerana usaha daripada kerajaan BN maka bukan sahaja si warga Bangladesh ni dapat kenaikan gaji tetapi juga seluruh warga Malaysia tanpa mengira kaum.
Tapi biasalah cerita-cerita macam ni bukan orang suka sebarkan sebab mereka lebih suka bercerita tentang BEBANAN sedangkan apa yang MMI tengok setiap kali tiba musim perayaan , manusia macam semut berlumba-lumba "shopping" !
Dan kalau kita tengok bulan puasa pula , habis segala restoran dan hotel-hotel ditempah sebab nak berbuka puasa.Huh memang malanglah nasib rakyat Malaysia BEBAN banyak sangat !
Dalam kita berbicara tentang hal sensitif ni , MMI terpanggil untuk berkongsi dengan semua cerita tentang rakyat sebuah negara di Timur Tengah.
Jom kita tengok apa yang diluahkan mereka ...
Mahommed, seorang rakyat Libya berusia 31 tahun telah menuturkan kata-kata yang mencerminkan perasaan negaranya secara umum.
Dia berkata, "Saya menyertai revolusi pada hari pertama dan menentang Gaddafi. Sebelum tahun 2011, saya sangat membenci Gaddafi. Tetapi sekarang, hidup menjadi jauh lebih sukar, dan saya telah menjadi peminat nombor 1 beliau."
Negara ini telah menyaksikan peningkatan sebanyak lima kali ganda dalam kos makanan, gaji tidak berbayar untuk beberapa bulan, kebangkitan keganasan IS dan gangguan elektrik yang semakin teruk.
Tiada apa-apa yang bertambah baik selepas Gaddafi dan negara dapat melihatnya sekarang. Mahmoud, seorang lagi rakyat Libya menyuarakan kekecewaannya dengan kesan negatif daripada revolusi itu.
"Kami telah mempunyai tujuh kerajaan sejak 2011 dan apakah yang telah mereka capai? Satu-satunya perkara yang kami boleh lihat ialah tong sampah baru kerana salah satu kerajaan awal telah meletakkan tong besar baru di seluruh Tripoli. Kami masih mentertawakan tong sampah itu dengan mengatakan bahawa ia adalah satu-satunya pencapaian revolusi itu."
Seorang pekerja minyak yang bernama Harun berkata penyingkiran Gaddafi "jelas merupakan satu kesilapan kerana kami tidak bersedia untuk demokrasi dan kami memerlukan sokongan daripada masyarakat antarabangsa, yang sebenarnya tidak ada.
"Orang Barat tidak sabar-sabar untuk mengebom tetapi memberhentikan misi untuk membina semula runtuhan yang ditinggalkan selepas pengeboman itu. Rakyat Libya dibiarkan untuk memikirkan demokrasi yang telah lebih daripada empat dekad tidak mereka miliki yang mengakibatkan pelbagai kumpulan cuba merebut kuasa menggunakan cara ketenteraan.
Aktivis politik, Fadiel memberitahu Dailymail, walaupun "ia kini sepatutnya menjadi lebih baik daripada masa Gaddafi," semua yang tinggal hanyalah "huru-hara dan pergaduhan antara satu sama lain, keadaan menjadi kacau-bilau."
Seorang lagi rakyat Libya yang bercakap mengenai keadaan di negara itu dengan berani berkata, "Libya berakhir dengan kematian Gaddafi. Kami bukanlah sebuah negara lagi, kami telah menjadi hanya kumpulan suku kaum, dan bandar-bandar yang berperang. Sebelum ini, hanya terdapat satu Gaddafi tetapi kini kita mempunyai enam juta Gaddafi kecil."
Negara ini mempunyai tiga kerajaan yang semuanya tidak bersedia untuk berkompromi. Terdapat dua kerajaan tetapi satu lagi telah diwujudkan dalam negara ini oleh Barat melalui PBB.
Negara ini sangat terbahagi sehingga seorang bekas diplomat Libya direkodkan berkata, "Negara ini telah terbahagi. Kami mempunyai dua kerajaan negeri, dua parlimen, dua bank Pusat dan dua Syarikat Minyak Negara. "
Seolah-olah ini tidak mencukupi, IS juga telah memegang teguh bandar Sirte untuk beberapa ketika menyebabkan kebimbangan bahawa ini akan menjadi kilang aktiviti pengganas menghasilkan pejuang pelampau jihad yang tegar.
Barat bagaimanapun telah bertindak membantu mendapatkan kembali beberapa tanah dari pejuang IS.
Serangan terkini oleh Amerika Syarikat adalah satu bentuk serangan udara pada 1 Ogos.
Kuasa-kuasa lain sangat berahsia tentang campur tangan mereka tetapi kumpulan militan baru, Benghazi Defence Brigades telah membunuh tiga rakyat Perancis pada Julai 2016.
Anggapan yang salah tentang revolusi
Bekas diplomat Abdusalem bukanlah seorang yang objektif tetapi maksud kata-kata beliau adalah sukar untuk dibidas.
Beliau berkata, "Apa yang dipanggil revolusi adalah dusta semata-mata. Kami rakyat Libya tidak tahu pun apa yang dimaksudkan dengan perkataan revolusi. Kami telah berlindung di bawah Gaddafi selama 42 tahun. Ia bukanlah revolusi Libya, ia adalah revolusi NATO kerana mereka mahu menyingkirkan Gaddafi."
Walaupun ia adalah sedikit keterlaluan kerana ada beberapa orang yang benar-benar mahu Gaddafi digulingkan, ia adalah benar bahawa NATO telah memutarbelitkan tujuan sebenarnya dan menggunakan alasannya sendiri tanpa mengambil kira masa depan negara ini.
Obama mengakui ia bukan lagi campur tangan atas sebab-sebab yang betul tetapi telah menjadi satu keadaan yang diakibatkan oleh agenda Sarkozy (dari Perancis) dan Cameron (dari Britain).
Cameron juga diperintah untuk bertanggungjawab ke atas huru-hara di Libya yang berlaku disebabkan laporan baru-baru ini oleh badan perundangan negara itu.
Walaupun NATO berkata ia campur tangan untuk melindungi orang awam, Salem, seorang pelajar perubatan berusia 26 tahun daripada Tripoli telah berkata, "Jauh lebih ramai orang telah terbunuh sejak 2011 daripada semasa revolusi atau di bawah 42 tahun pemerintahan Gaddafi jika digabungkan. Kami tidak pernah mempunyai masalah seperti ini di bawah Gaddafi. "
Dianggarkan terdapat lebih 1,700 kumpulan bersenjata yang meningkat akibat daripada "revolusi"; kini politik di Libya tidak boleh ditentukan dengan undi tetapi dengan senjata api dan bom. Rakyat Libya tidak pernah lebih teruk daripada sekarang ini.
Demokrasi yang mereka harapkan masih belum tiba dan lebih teruk lagi, tidak ada kedamaian dan organisasi pengganas yang paling besar ketika ini cuba untuk menubuhkan pangkalannya di negara ini.
Memetik kata-kata seorang rakyat, "Libya berakhir dengan kematian Gaddafi".
Petikan artikel daripada Daily Mail, UK
16 September 2016
Well MMI nak ingatkan kepada semua , kita punya kerajaan Barisan Nasional dan pemimpin yang jauh lebih baik dari Gaddafi.Isunya ada segelintir daripada kita yang mengaku warganegara sedang berusaha untuk menumbangkan kerajaan sedia ada tanpa melalui proses demokrasi.
Alasannya kerajaan yang ada tak bagus ? Ohh yang lain tu bagus ka ?
Apakah kita benar-benar yakin dengan menyokong usaha sebegini Malaysia akan lebih baik ?
Tak payah tepuk-tepuk dada dan tanya selera just gunakan otak anugerah tuhan dengan sebaik-baiknya , That's It !
MMI
No comments:
Post a Comment