Followers

Monday 27 March 2017

PAS & PAN Sudah Mula Cabar-Mencabar !!!


Kalau PAN jadi barua DAP dan PKR untuk ganggu mana-mana kerusi yang PAS bertanding di Selangor maka PAS akan meletakkan calon-calonnya di semua kerusi DUN Selangor pada PRU14 nanti.

Itu adalah AMARAN awal PAS Selangor kepada PAN pimpinan Mat Sabu yang sampai ke hari ini masih lagi terkial-kial nak tunjukkan kepada Dinasti Lim bahawa kewujudan mereka bukanlah atas dasar perabih duit semata-mata.

Amaran tersebut ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi sambil berkata PAS tidak takut dengan kekalahan kerana kalah menang itu bukan perkiraannya tetapi urusan Allah.

“Orang kata pelik, pelik macamana kita nak menang, tidak boleh menang, pelik , kita percaya disaat kepelikan Allah turunkan kemenangan.

“Sepatutnya bagi orang-orang yang beriman ketika akal tak mampu berfikir inilah yang mendekatkan kita kepada kemenangan yang hampir dan Allah tidak mintak kita fikir tentang janji Allah, tentang janji kemenangan,“ ujar beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke-58 di Dewan Masjid Pinang Merah, Paka pada Sabtu, 25 Mac di sini.Selanjutnya 

Soalnya betul ke PAN benar-benar berani nak berdepan dengan PAS ni ???

Kalau merujuk kepada Pengerusi PAN Selangor daam kenyataannya sebelum ini ,  Ir Izham Hashim berkata, keputusan bertanding itu sudah dibuat dan kini PAN hanya perlu berbincang dengan PPBM untuk pembahagian kerusi.

“Kita tetap akan lawan PAS, PAS perlu ingat bahawa PAN sudah menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan selepas PAS mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat (PR).

“Jadi PAS tidak perlu lagi cabar mencabar kita, kita akan tetap teruskan niat itu pada PRU14 nanti,” 

Mungkin ramai yang tak sedar PAN dalam kenyataannya pada Februari yang lalu turut mencabar PAS supaya meletakkan calon-calonnya di semua kerusi yang ditandingi oleh PAN untuk dinilai siapa sebenarnya pilihan rakyat.

Wuihhh sudah cabar mencabar ni ! 

Nampaknya PAN pun tak akan biarkan PAS selesa di Selangor jadi setakat artikel ini ditulis bolehlah kita andaikan pertembungan di antara kedua-dua parti ini sudah pasti tidak dapat dielakkan lagi.

Hanya menanti masa ... Tunggu !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels