Followers

Friday, 30 June 2017

Jawapan ISU FITNAH PERKAUMAN DAP Berkaitan POLITEKNIK


Kenyataan media diatas dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik Seberang Perai berikutan isu fitnah berbau perkauman yang cuba dicetuskan oleh pemimpin DAP terhadap PSP yang tular di media sosial.

Perkara berbangkit yang dilihat sebagai usaha untuk mempolitikkan isu tersebut jelas cuba dilakukan oleh pimpinan DAP dengan niat dan yang paling dikesalkan ianya dilakukan oleh seorang pemimpin yang memegang jawatan nombor 3 dalam pentadbiran kerajaan negeri.Baca artikel berkaitan di SINI

Selain daripada kenyataan media daripada pihak PSP , Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang juga turut mengeluarkan kenyataannya siang tadi.

Kenyataan Media

YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang

Jumaat 30 Jun 2017

ISU KONTRAK PENGENDALI MAKANAN KANTIN POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)

Saya telah mengambil inisiatif menghubungi pihak pentadbiran Politeknik Seberang Perai dan telah diberi maklum bahawa kontrak semasa mengendalikan gerai-gerai makanan di kantin PSP berakhir pada 30 Jun 2017 dan tender/sebutharga untuk tempoh 2017-2019 telah dipanggil pada bulan Mei yang lalu.

Bukan kontrak pengendali gerai makanan bernama Gopi Krishnan Gopal sahaja yang tamat pada 30 Jun 2017; kontrak 6 orang pengendali makanan yang lain juga berakhir pada tarikh tersebut. Tidak timbul isu kontrak Gopi ditamatkan oleh PSP kerana dia seorang bukan Islam.

Jawatankuasa Sebutharaga PSP yang membuat penilaian ke atas sebutharga telah menolak sebutharga oleh 4 penender (termasuk 3 penender Melayu) kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Borang Sebutharga. 

Sebutharga Gopi Krishnan Gopal ditolak kerana syarikat beliau tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam yang dinyatakan sebagai syarat utama kelayakan untuk sebutharga pengendali makanan di PSP. 

Kod Bidang Kementerian Kewangan ini bukan dikhususkan atau dikhaskan untuk orang Islam sahaja sebagaimana Pensijilan HALAL oleh JAKIM. Semua bangsa dan agama boleh memohon untuk mendapatkannya dan akan diberikan kepada semua pemohon yang memenuhi syarat-syaratnya. Ternyata tidak berlaku diskriminasi perkauman dalam kes ini. 

Agak malang, di Sidang Media pada Khamis, 29 Jun bersama Gopi, YB Dr Ramasamy TKM II Pulau Pinang telah mengeluarkan percakapan yang boleh dianggap sebagai suatu bentuk hasutan, yang jika tidak dibendung boleh mengwujudkan salah faham dan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

Saya ingin nasihati dan sarankan kepada YB Dr Ramasamy agar tidak mengambil kesempatan untuk mengemis laba politik dengan cubaan untuk meniup sentimen kemarahan kaum India yang beragama Hindu terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan. 

Sebagai seorang TKM II dan Exco Kerajaan Negeri  Pulau Pinang YB Dr Ramasamy seharusnya lebih bertanggungjawap dan boleh saja menghubungi pihak Politeknik Seberang Perai secara rasmi untuk mendapatkan penjelasan kedudukan sebenar berkaitan isu tersebut; bukannya dengan memanggil sidang media dan membuat perbagai tuduhan liar dan tidak berasas terhadap beberapa individu serta mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak PSP. 

Sebagai seorang TKM dan Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ramasamy yang juga bekas seorang pensyarah IPTA, telah bertindak dengan cara sangat tidak professional dalam isu ini. Beliau hanya mendengar cerita sebelah pihak dan terus membuat kesimpulan dan pre-judgement beliau sendiri. 

Suka saya ingat kan YB Dr Ramasamy sekali lagi supaya tidak bermain dengan api perkauman yang boleh mengancam keselamatan dan mengganggu gugat keharmonian serta kestabilan hubungan antara kaum dan agama.

Saya memuji tindakan Pemuda MIC Pulau Pinang yang telah mengambil inisiatif berjumpa dengan Pengarah Politeknik Seberang Perai untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak PSP. Satu tindakan berdasarkan pemikiran yang terbuka dan sangat rasional.

Terima kasih

Yang pasti isu ini dianggap selesai apabila MMI dimaklumkan ahli DAP dan penyokong tegar Prof. Ramasamy, Gobi Krishnan telah membuat satu laporan polis berkenaan ketidakpuasan hati belilau terhadap berita yang dikeluarkan oleh "Malaysiakini" bertajuk "Saya Telah Dipaksa Masuk Islam Oleh Pengendali Politeknik Seberang Perai" walaupun berita tersebut adalah berdasarkan sidang media yang dilakukan bersama Prof. Ramasamy.

Jika benar makluman ini maka jelas ianya adalah bukti bahawa Gobi Krishnan dan Prof Ramasamy telah menipu dengan mengatakan bahawa Gobi disuruh masuk Islam jika tidak mahu kontrak operator kantin beliau dibatalkan.  

Akhir kata MMK nak pesan kepada mereka-mereka diluar sana , tak perlulah api-apikan isu perkauman semacam ni sebab akhirnya yang nampak bodoh adalah diri sendiri.

BANGANG !

MMI

PAS Sudah Tersasar Dari Perjuangan ISLAM Kata MAT SABU


Pertama sekali MMI ucapkan tahniah kepada Mat Sabu sebab dah berjaya menjadi pemimpin politik yang sama tarafnya dengan pemimpin-pemimpin DAP.

Sebenarnya sepanjang MMI memerhatikan tingkah laku dan tindak-tanduk Mat Sabu ni , memang Mat Sabu sebenarnya berperang dengan diri sendiri khususnya dalam menzahirkan pendirian serta prinsip kendiri tentang hala tuju politiknya.

Apabila Mat Sabu diangkat oleh pendokong-pendokong PAS sebelum ini menjadi antara pemimpin tertinggi parti itu , Mat Sabu sebenarnya sudah pun berubah jauh.Perubahan itu dapat kita perhatikan apabila berlakunya perbezaan pendapat tentang perkara-perkara yang menyentuh soal hala tuju parti PAS.

Mat Sabu sebenarnya rimas dengan sikap PAS yang dianggapnya sebagai kolot dan tidak kena pada masa apabila masih lagi berpegang kepada soal perjuangan atas nama Islam.

Untuk mencapai kejayaan dan merangkul impian , Mat Sabu percaya bahawa perjuangan yang berpaksikan kepada Islam semata-mata tidak akan mampu mengubah apa-apa kerana UMNO juga berpegang kepada prinsip yang sama.

Maka kerana itu Mat Sabu mahukan supaya PAS meninggalkan sementara prinsip mereka terhadap perjuangan atas nama Islam sebaliknya menerima perjuangan dan ideologi yang dibawa oleh DAP semata-mata untuk mendapatkan KUASA.

Mat Sabu meletakkan kepercayaan itu sebagai asas paling penting kerana tanpa KUASA , PAS sekalipun tidak akan mampu membawa perjuangan Islamnya.

Oleh yang demikian beliau berpendapat perjuangan Islam yang dibawa PAS hanya akan mendapat tempat dan boleh dikembalikan setelah PAS menerima ideologi politik DAP dengan KUASA di tangan.

Tanpa sedikit pun terfikir apakah di masa itu DAP dengan penguasaan majoritinya dalam Pakatan Haprak boleh berlapang dada dengan agenda Hudud dan Islam yang dibawa PAS ? 

Perkara ini semakin diterjemahkan Mat Sabu setelah ditabalkan sebagai Presiden PAN dan antara kenyataan beliau yang terkini adalah PAS tidak diperlukan lagi !

PAN menyifatkan pendekatan yang digunakan Pas sekarang sudah tidak sesuai dengan Islam.

Perjuangan Pas sudah tersasar malah rakyat juga semakin jauh daripada parti tersebut.

Sehubungan itu, kata beliau, PAN sedia mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kelantan pada pilihan raya akan datang memandangkan Pas sudah tidak diperlukan lagi di negara ini.

“Pas sudah tersasar daripada dasar perjuangannya, malah cara pendekatan mereka sudah tidak sesuai dengan Islam kerana sering bergaduh dengan rakyat dan Orang Asli.

“Jadi rakyat memerlukan PAN bagi mengambil alih pentadbiran Kelantan berikutan pentadbiran negeri itu sudah rosak dan parah,” katanya.

BRAVO Mat Sabu ! 

Hebat sekali dan mungkin kerana hebat itulah Mat Sabu pernah mengeluarkan kenyataan seperti dibawah ;


Well Mat Sabu dah kata dia lebih ISLAM dari PAS so ringkasnya ISLAM ala PAN !

Nak tanya orang PAS Kelantan , betul ker Bro ??

MMI bukan orang Kelantan so MMI biarkan orang Kelantan yang tentukan .....

MMI

Cerita Radar - Punya Kalut Nak "Claim" Politik MAK MACAI Kena GETAH !!


Sejak dulu lagi mak macai ni suka buat kerja tak pakai otak dan dia selalunya akan buat diri sendiri jadi bahan.Kali ni pun serupa , laporan oleh pihak media tentang kehilangan radar di Johor yang mula menjadi perhatian netizen cepat-cepat diulasnya dan sebagai pemerhati politik MMI dah dapat agak dia ni main redah ja tak periksa langsung.

Konon-kononnya nak tunjuk pada rakyat Malaysia betapa prihatinnya Ahli Parlimen Permatang Pauh ni sebab sejak dia pegang jawatan tu jarang sangat buat kerja apatah lagi turun padang berjumpa rakyat.

Dan kalau turun sekalipun mesti bersebab selebihnya dia banyak habiskan masa jaga cucu-cicit selain sikit-sikit bekerja untuk parti maklumlah dia hanyalah satu lagi replika patung yang menjadi penghubung si peliwat yang kini sedang bercuti dalam tembok.

Berbalik kepada laporan tentang kehilangan radar tu , pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sudah pun menafikan laporan yang dihebahkan secara meluas oleh media-media propembangkang kononnya sebuah kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi hilang di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Subromaniam Tholasy menjelaskan, kontena itu sebenarnya tidak hilang, tetapi telah sampai ke destinasi yang ditujui iaitu Pelabuhan Rotterdam di Belanda.

Beliau turut menjelaskan siasatan JKDM berhubung peralatan itu sebelum ini sebenarnya menjurus kepada prosedur operasi standard (SOP) dalaman ketika melepaskan dagangan yang memerlukan permit dibawah Akta Perdagangan Strategik (ISTA) 2010.

Hanya mereka yang tak faham dan tahu menahu tentang SOP itu saja akan percaya selain bertindak untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu seolah-olah kehilangan PALSU itu bakal menyebabkan Malaysia hilang daulatnya.

Buktinya pemimpin pembangkang cukup bernafsu sekali mengecam dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia diatas dakwaan tersebut tanpa berfikir panjang sama ada laporan mengenai kehilangan radar tentera berteknologi tinggi itu benar atau sebaliknya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail malah dalam nada berbaur politik membayangkan kononnya wujud elemen rasuah, persekongkolan dan menggesa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau dalam usaha meraih merit politik buat pembangkang mendakwa kejadian itu merupakan kebolosan keselamatan negara yang amat serius dan mendakwa kononnya rakyat menuntut kerajaan Malaysia memberi penjelasan mengenai kehilangan peralatan tersebut.

“Peralatan radar ketenteraan bernilai berjuta-juta ringgit yang dalam perjalanan dari Australia ke Netherlands telah ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas kerana ketiadaan permit dibawah Akta Perdagangan Strategik 2010 bulan lalu, tetapi didapati telah hilang dan dipercayai telah diseludup keluar dari negara ini.

“Insiden ini bukan sahaja melibatkan kehilangan peralatan ketenteraan yang kini mungkin telah dicuri atau diseludup keluar, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan di salah sebuah pelabuhan terpenting di negara ini.

“Jika peralatan radar ketenteraan boleh dicuri atau diseludup dengan begitu mudah, apatah lagi penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia malah juga salah urus kargo atau konsainan bahan berbahaya,” kata Wan Azizah secara semborono dalam kenyataan yang dikeluarkan PKR.

Sementara Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong pula dalam nada berbaur provokasi menuntut satu siasatan dilakukan oleh badan bebas untuk menyiasat kehilangan peralatan radar tentera berteknologi tinggi itu yang didakwa telah memalukan negara.

Lebih teruk beliau menuduh Malaysia kini menjadi titik transit bagi penyeludupan senjata antarabangsa dan percaya radar tentera berteknologi tinggi itu telah sampai ke destinasi yang dibawa oleh pencurinya. (rujukan)

Punya hebat puak-puak ni , cukup sayang dengan Malaysia .. Tapi MMI nak ingatkan pada semua jangan seronok sangat sebab apa yang puak-puak ni buat hanyalah lakonan politik untuk dapatkan kredit dari rakyat.

Sama ada nak percaya atau tidak MMI serahkan pada diri masing-masing cumanya kita WAJIB untuk renungkan kembali isu Lahad Datu yang telah mengorbankan parajurit negara.

Puak-puak pembangkang masa tu buat apa ??? Ada dia sayangkan negara ????

Nah tengok ni , pertemuan anak si mak macai pembangkang ni mengadakan pertemuan dengan anak perempuan Jamalul Kiram hanya selepas beberapa ketika insiden pencerobohan Lahad Datu selesai.


Kalau kita rujuk kenyataan mak macai yang begitu bersemangat berbicara soal kedaulatan negara rasanya puak-puak macai setidak-tidaknya dalam mendepani isu Lahad Datu perlulah mengutamakan kepentingan negara dan menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.

Inilah masa sepatutnya mereka mengutuk muslihat puak tersebut dan bukannya berbaik-baik bagaikan ada udang di sebalik batu.

So jelas puak-puak pembangkang ni hanya akan bertindak dan bersuara apabila ada pulangan politik terhadap mereka selebihnya lakonan semata-mata....puiiihhhhh

MMI

Peluk Islam Jika Mahu Kekal Kendali Kantin Di Politeknik ??


Tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang , P Ramasamy yang cuba membangkitkan isu perkauman dan agama dalam hal membabitkan seorang pengusaha kantin berbangsa India di Politeknik Seberang Perai , Pulau Pinang jelas memperlihatkan sikap "double standard" pemimpin tersebut.

Selain daripada itu kesungguhan yang ditunjukkan oleh Ramasamy dalam menangani isu berbangkit dilihat lebih kepada soal politik dan bukannya berusaha untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Sebagai seorang pemimpin antara yang tertinggi di Pulau Pinang , Ramasamy seharusnya lebih profesional mendepani isu seumpama ini sekiranya benar dasar kerajaan DAP Pulau Pinang merujuk kepada soal perpaduan yang sering diwar-warkan oleh barisan pembangkang yang kini mentadbir negeri Pulau Pinang.

Ramasamy ternyata gagal bertindak sebagai seorang pemimpin yang mampu menyelesaikan masalah dan tidak rasional apabila secara sembrono menyokong seorang pengendali sebuah gerai makanan berbangsa India di Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang yang mendakwa dia diminta memeluk Islam jika mahu meneruskan perniagaan.

Bekas jurutera berusia 45 tahun itu mendakwa ketua pentadbiran PSP, yang kini sudah bersara, mengarahkan beliau bersama isterinya, Khor Hong Geik, untuk menerima Islam.

Sedangkan perkara yang dibangkitkan oleh peniaga terbabit hanyalah berdasarkan kepada kandungan mesej Whatsapp yang ketulenannya boleh dipertikaikan.

Selain daripada itu tindakan Ramasamy yang menyerang Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan yang disiarkan oleh portal pro pembangkang juga dilihat sebagai satu tindakan terburu-buru tanpa sebarang siasatan secara terperinci.

Malah tindakan tersebut dilihat sebagai cubaan berjemaah untuk mengapi-apikan isu perkauman yang sudah pasti boleh mewujudkan ketegangan selain mampu mencetuskan pergaduhan antara kaum.

Kamalanathan dalam kenyataan sebelum ini menafikan dakwaan kontraktor makanan India itu diberi notis atas sebab perkauman tetapi kerana “isu pentadbiran”.

Sebaliknya Ramasamy dengan sokongan media pro pembangkang terus melakukan provokasi terhadap isu tersebut apabila membuat tuduhan Timbalan Menteri Pendidikan itu cuba untuk menutup isu terbabit.

“Selalunya, sukar untuk pastikan Kamalanathan menyebelahi siapa. Adakah beliau wakil rakyat India atau mewakili pihak pengurusan institusi pendidikan? 

“Tidak diketahui sama ada beliau faham pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat India. 

“Hinggakan beliau menjadi ‘tukang angguk’ untuk mereka yang berkuasa daripada seseorang yang benar-benar berminat memperjuangkan kepentingan orang India yang miskin dan tertindas,” kata Ramasamy.


Sesuatu yang pasti Ramasamy langsung tidak merujuk kepada pihak pengurusan PSP atau paling tidak mengatur satu pertemuan bagi mendapatkan gambaran sebenar perkara yang berlaku.Sebaliknya lebih terarah untuk menyalahkan pihak terlibat selain berusaha untuk membangkitkan sentimen perkauman.

Ramasamy selaku Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang seharusnya malu dan belajar dengan tindakan yang diambil oleh Pemuda MIC Pulau Pinang , M Pirakash apabila mendepani isu ini dengan lebih profesional.

Ketua Pemuda MIC itu bersama-sama dengan Bendahari MIC negeri, M Shanmugam dan Setiausaha Eksekutif parti negeri, L Muneshwara dalam respon mereka terhadap isu berbangkit telah pun mengatur pertemuan dan berjumpa sendiri dengan pihak pengurusan PSP bagi mendapatkan gambaran sebenar perkara yang berlaku.

Hasil pertemuan tersebut , Pirakash dalam kenyataannya berkata pihak pengurusan PSP menafikan memberi saranan kepada bekas pengendali kantin berbangsa India itu untuk memeluk agama Islam bagi meneruskan operasi seterusnya menafikan dakwaan yang dibuat oleh pengendali kantin tersebut, Gopi Krishnan Gopal.

Pirakash juga menafikan Gopi Krishnan terpaksa menghentikan operasi di PSP kerana diskriminasi kaum sambil mengulangi kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan bahawa kontrak itu ditamatkan atas alasan pentadbiran.

Kenyataan media Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang ;
Good day dear MIC Youth members,
The Penang State MIC Youth Leader, Mr. M. Pirakash, Penang State MIC Youth Treasurer, Mr. M. Shanmugam and Penang State MIC Youth Executive Secretary, Mr. L. Muneshwaran today went to Politeknik Seberang Perai to meet the Director, Tuan Hj. Zulkifli Bin Ariffin.
We prompted on the ongoing issue and he then explained that either himself or neither his management has uttered any statement of converting into Islam for the food contract to the affected relevant parties.
The Indian canteen operator has been advised 10 months back to get her HALAL certification but even after 10 months, the Indian canteen operator still failed to obtain her HALAL certificate.
We were also been informed that the contact has to be renewed since it is expiring on 30 June 2017. Furthermore, the HALAL certification is requested in accordance to the Ministry of Education's need. This is not only imposed to the concerned party but also to other 12 canteen operators in the polytechnic.
The Director is always willing to sit and listen to towards solving this issue in a amicable way which will result in positive way. He have also agreed to help the concerned Indian canteen operator in obtaining the HALAL certification.
We are now much concerned on the issue that seems to be much highlighted politically by the Penang State Government led by DCM II, Dr. P. Ramasamy. Our question is very simple here, why has not Dr. P. Ramasamy taken the effort to visit the Director to find out more about this issue rather than making it as his political weapon on always attacking the Federal Government? Could it be just that the affected party, Mr. Gobi is his staunch supporter and a JKKK committee in his constituency?
Let's all not jump into any conclusion of this issue and find out more on what has transpired and taken place. We truly understand our feelings towards our fellow Indian brother who is affected in this issue but let not the unwanted parties to take advantage out of this issue to make it as a racial issue.
Thank you.
Penang State MIC Youth

MMI yakin dan percaya bahawa isu ini sebenarnya sudah pun selesai dan apa yang sedang berlaku itu adalah tindakan terdesak pihak-pihak DANGKAL yang punya kepentingan politik dalam mencari publisiti murahan dengan menjadikan isu perkauman sebagai agenda mereka.

Sudah-sudahlah Ramasamy , tak timbul soal diskriminasi kaum atau agenda keagamaan disini memandangkan sejak penubuhan PSP sehingga ke hari ini kuota pelajar untuk bukan bumiputera sudah pun dibuka dan sejak daripada itu pengusaha kantin dari kalangan bangsa India juga pernah terlibat cumanya Ramasamy dan portal pro pembangkang kena belajar dan faham sikit tentang PERATURAN.

Sebagai pihak pengurusan PSP , sudah tentulah mereka mempunyai peraturan-peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dan ianya adalah perkara biasa yang akan berlaku dari semasa ke semasa.

Malahan peraturan-peraturan ini sudah pasti akan di tambah nilai bagi menjamin bukan sahaja keteguhan institusi pengajian seperti PSP tetapi juga dalam soal kebersihan kerana sudah pasti yang menjadi keutamaan PSP adalah para pelajarnya.

Ramasamy sewajarnya membawa perkara ini untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan PSP dengan cara yang lebih profesional dan mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian kerana MMI dimaklumkan pihak PSP terbuka untuk mendengar sebarang permasalahan yang wujud.

Tak perlulah bangkitkan soal agama dan perkauman melampau semacam ni , malulah sikit , kita tu wakil kerajaan negeri Pulau Pinang kot !

Psst bila isu membabitkan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang tak pula Ramasamy ni bersuara , bukan perkauman ka tu ??

MMI

Wednesday, 28 June 2017

Zaid Rimas Bila Di Minta Berdoa , Barangkali Inilah DAJJALnya !!


Memalukan apabila seorang pemimpin politik Malaysia yang mengaku beragama Islam dan berbangsa MELAYU bertindak sampai ke tahap ini.

MMI tak pasti apa punca yang mencetuskan rasa tidak puas hati si Zaid Ibrahim ni terhadap juruterbang terbabit ? 

Bersangka baik mungkin si Zaid ni kenal dengan juruterbang tersebut dan sememangnya dah berlaku salah faham sebelum itu maklumlah kedua-duanya adalah jiran yang tinggal bersebalahan.Si Zaid ni mungkin tak senang sebab juruterbang tu setiap hari azan subuh mengganggu tidur Zaid.

MMI ulang sekali lagi yang tercatit kat atas tu MUNGKIN tak semestinya BETUL dan kalau ada persoalan yang kata kenapa mereka-reka cerita ?

MMI sengaja reka sebab kalau sebab juruterbang tu minta supaya penumpangnya berdoa pun jadi satu kesalahan dan menjadi sesuatu yang merimaskan si Zaid ni , MMI nak tanya jugalah dia ni AGAMA APA ???????

Macam MMI kata barangkali inilah dia DAJJAL nya !!!!

MMI

Tuesday, 27 June 2017

Kenapa Perlu Serahkan Urusan Negara Kepada Orang Asing ????


Kata-kata Tan Sri Dr Ali Hamsa tu tepat dan sebagai rakyat Malaysia MMI yakin dan percaya kerajaan sedia ada sudah pun melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pentadbir.Malah kalau kita amati banyak dasar-dasar kerajaan yang lebih memberikan penekanan kepada rakyat di akar umbi.

MMI tak nafikan ada dasar-dasar tertentu yang dianggap sebagai satu bebanan kepada rakyat contohnya pengenalan GST tetapi kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar , keputusan sedemikian diambil berdasarkan kepada faktor-faktor penentu yang melibatkan perubahan dan perkembangan global.

LOGIKNYA tidak ada mana-mana kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi akan memilih atau membuat keputusan yang tidak mesra rakyat kerana keputusan akhirnya terletak di hujung kertas undi.Sebagai individu sekalipun kita pasti tidak akan memilih keputusan yang boleh dijadikan sebagai peluru oleh pihak lain untuk menghentam kita namun ada ketikanya keputusan-keputusan sebegini perlu dibuat berdasarkan kepada situasi dan keadaan semasa.

Maka tidak timbul soal kerajaan menekan rakyat kerana kita memiliki sebuah kerajaan yang jelas menolak pembohongan dan bercakap kosong.Kerajaan sedia ada yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi ini adalah sebuah kerajaan yang telus dan sentiasa bekerja untuk rakyat.

Oleh kerana itulah apa jua isu berbangkit akan ditangani dengan penuh tanggungjawab termasuklah dalam hal melibatkan negara.Kerajaan tidak pernah menafikan peranan mana-mana pihak termasuklah dari kalangan pembangkang dan ini dibuktikan apabila wakil-wakil pembangkang juga terlibat dalam kumpulan tertentu contohnya jawatankuasa PAC bagi menyiasat dan meneliti isu berkaitan 1MDB.

Kepercayaan sebegini sebenarnya membuktikan betapa kerajaan bukan sahaja percaya tetapi mengamalkan konsep demokrasi secara total cumanya kerajaan terpaksa menangani isu-isu tertentu dengan lebih profesional apabila ada dikalangan pembangkang yang saban hari menyebarkan dakyah serta tuduhan berupa fitnah tanpa sebarang bukti dan fakta kukuh semata-mata untuk memuaskan nafsu politik kepartian mereka.

Undang orang luar jatuhkan negara ????

Apa untungnya kita jika usaha pihak berkepentingan ini direalisasikan ?

Selain daripada pimpinan kerajaan Barisan Nasional , Presiden PAS , Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata cubaan beberapa pihak luar untuk turut serta dalam ‘menyelesaikan’ beberapa isu besar, hanya memberi ruang kepada mereka untuk menjatuhkan serta memburukkan Malaysia di mata luar.


Menurutnya, institusi kehakiman di negara ini beserta dengan kepakaran golongan profesional tempatan yang sepatutnya diberikan ruang dalam menyelesaikan skandal besar tersebut.

“Jangan kita mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman kita seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB yang bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaiannya oleh mahkamah di negara asing.

“Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.

“Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut Hadi, undangan pihak asing oleh beberapa pihak dalam negara bagi menyelesaikan skandal 1MDB hanyalah sekadar mahu memenangi pilihan raya akan datang serta lebih bersifat peribadi.

“Saya yakin bahawa mereka yang mengundang pihak asing supaya mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihanraya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman,”  dakwanya.

MMI bukan penyokong PAS tetapi kenyataan Presidennya jelas merujuk kepada soal HAK dan MARUAH negara Malaysia yang BERDAULAT !

Janganlah asyik termakan dengan habuan DAKYAH dan FITNAH kerana tuduhan tanpa asas yang kini sedang dijaja oleh mereka yang berkepentingan politik itu terlalu dangkal untuk kita percaya ...

Nilai dengan waras , isu yang sedang diwar-warkan itu adalah berkaitan dengan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaru untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan.

‘Antara lain, tuntutan baru itu mendakwa AS$620 juta yang didakwa dipulangkan oleh “Malaysian Official 1 (MO1)’ kepada ‘penderma’ sebaliknya dikatakan disalurkan kepada hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low.

Low kemudian didakwa membeli rantai berlian merah jambu bernilai AS$27.2 juta untuk isteri MO1.

Usaha terbaru ini jelas menyimpang dari asas pendakwaan itu sendiri kerana ia hanyalah serangan balas terancang serta terdesak selepas isu 1MDB sudah pun diselesaikan. RUJUK SINI

MMI

Monday, 26 June 2017

Lihat Pelaburan China Secara Rasional - Zeti


Di tengah-tengah propaganda meragukan oleh beberapa orang, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata rakyat Malaysia harus melihat pelaburan tempatan China yang secara rasional untuk menilai faedah kepada negara.

Zeti, yang telah bersara pada 29 April lepas selepas berkhidmat sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) selama 16 tahun, menyuarakan rasa tidak puas hati oleh kenyataan oleh beberapa orang-orang tertentu.

“Saya tidak jelas apakah motif mereka, apa yang saya lihat adalah data dan impak (pelaburan asing) dan bukannya negara asal pelaburan asing,” katanya dipetik memberitahu harian tempatan dalam temubual bersama Sin Chew Daily

Beliau juga berkata penilaian pelaburan asing harus berdasarkan sifat dan kualiti pelaburan tersebut dan bukannya kuantiti mereka; Selanjutnya menegaskan bahawa pelaburan China hanya berjumlah dua peratus daripada dana asing yang dilaburkan di dalam negara.

“Data menunjukkan bahawa pelaburan China saat ini menyumbang 2 peratus daripada jumlah pelaburan asing negara kita, pelaburan asing lain berasal dari (negara-negara seperti) AS, Eropah, Jepun dan Korea; Oleh itu kita harus menganalisis dari sudut pandangan yang rasional; Sebagai seorang ahli ekonomi, saya akan menilai berdasarkan kes demi kes, “

Beliau juga berkata sama ada pelaburan China memberi manfaat kepada negara bergantung kepada bidang pelaburan.

Ia akan memberi manfaat kepada Malaysia jika pelaburan China dapat menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi jangka panjang negara dan mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang pelaburan untuk pelabur domestik, dan jika ia dapat mengukuhkan potensi perdagangan dan pelaburan negara.

“Jika pelaburan China mengalir ke dalam pengeluaran, terutamanya aktiviti perkilangan nilai tinggi, ini positif; Jika ia ke arah infrastruktur, memacu pembangunan infrastruktur, ini juga bermanfaat; Tetapi, jika ia adalah untuk pembangunan hartanah, maka anda perlu menilai jenis harta.

“Jika China melabur di beberapa kawasan di Malaysia yang mempunyai kelebihan perbandingan, dan industri yang kita berminat untuk membangunkannya, ini akan memberi kesan positif kepada negara kita,” katanya.

Pelaburan asing yang memerlukan penyediaan tenaga kerja murah oleh Malaysia bagaimanapun tidak membantu dalam menjadikan negara menjadi negara maju dan tidak bijak untuk menggalakkan pelaburan sedemikian, katanya.

Dalam temu bual yang sama, Zeti berkata rakyat Malaysia harus menerima hakikat bahawa China kini merupakan entiti ekonomi kedua terbesar di dunia dan Malaysia telah menguruskan hubungannya dengan China dengan baik.

MMI kata cuba bandingkan dengan kerja buat zaman Tun Mahathir , apakah pelaburan-pelaburan pada masa itu menguntungkan atau membebankan kita ?

Bukan nak mencari alasan tetapi terimalah hakikat bahawa setiap perancangan itu ada kelebihan masing-masing cumanya jangan jadikan NAFSU dan DENDAM POLITIK BERKEPENTINGAN sebagai alasan kerana musibahnya RAKYAT bukan mereka yang boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri di kota LONDON !

MMI

Saturday, 24 June 2017

Bila DAP Sendiri Kata Guan Eng Putar Belit !!!


Bagi mereka yang mengikuti penulisan MMI di blog ini pasti dah faham sangat dengan label yang MMI letakkan pada pemimpin korup DAP Lim Guan Eng sebagai kki putar belit.

Macam-macam dia belit sebenarnya sejak 2008 lagi tapi macam biasalah bila dah berkuasa dan guna segala kepentingan yang boleh maka puak-puak yang sujud dan berkiblatkan Dinasti Lim sanggup sembah dan tutup mulut.

Kali ini bila dah wakil DAP sendiri yang buka mulut dan dedahkan betapa rendahnya akhlak Guan Eng ramai puak-puak cauvinis dan penyokong-penyokong mereka buat BODOH !

Aksi bersahaja dan selalu dibuat apabila ada isu-isu negatif yang menyentuh mana-mana pimpinan dalam Dinasti Lim !

Rujuk laporan bnbbc kat bawah ;

Seng Giaw tepis dakwaan LGE, tidak sukar hubunginya

Jawapan sinikal tetapi sudah cukup memberi maksud kepada soalan yang ditanya.

Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr Tan Seng Giaw bersahaja memberi jawapan apabila wartawan BNBBC.my portal menghubungi beliau, pada Khamis.

“Berapa lama awak dapat ‘interview’ saya ni? (Berapa lama awak ambil masa hubungi saya ni?),” katanya bersahaja.

Apabila diberi jawapan tidak sampai seminit, beliau terus mengakui tidak sukar untuk menghubungi dirinya kerana sebagai wakil rakyat beliau sentiasa mudah untuk dihubungi oleh sesiapa sahaja.


Seng Giaw yang telah menjadi wakil rakyat di Parlimen Kepong sejak 1982 secara tidak langsung menepis dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kononnya beliau sukar dihubungi sejak awal tahun.

“Itu saya tidak tahu. Kena tanyalah pada Guan Eng. Awak pun sudah tahu tidak sukar untuk menghubungi saya,” jelasnya lagi.

Semalam, Guan Eng mendedahkan pihaknya gagal menghubungi Seng Giaw, sejak awal tahun lagi.

Kenyataan Setiausaha agung DAP itu merujuk kepada aduan Seng Giaw mengenai tahap ‘kehijauan’ di Pulau Pinang.

Menurut Guan Eng, DAP akan menangani kritikan tersebut secara dalaman, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya tidak mengkritik Guan Eng, tetapi saya peka dengan penjagaan alam sekitar yang semakin terhakis di Pulau Pinang.

“Saya hanya menegur kerana Malaysia sudah menandatangani dengan perjanjian antarabangsa untuk memelihara alam sekitar, supaya dapat menjaga iklim kita, kehijauan bumi dikekalkan dan sebagainya,” kata Seng Giaw.

Menurut Seng Giaw lagi, beliau tidak menentang pembangunan di Pulau Pinang, tetapi merasa bimbang jika pembangunan yang dijalankan mengabai penjagaan alam sekitar.

“Bila kita tengok pembangunan, kita mahu pembangunan yang menjaga alam sekitar.

“Itu sahaja yang saya mahu, tidak ada apa-apa niat pun nak kritik Guan Eng. Saya hanya menegur,” jelasnya.

Ahad lalu, Seng Giaw menulis di halaman Facebooknya, dalam empat bahasa termasuk bahasa Jawi mengenai keadaan alam sekitar di Pulau Pinang.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.

“Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan,” katanya dalam catatan itu.

MMI kata PUTAQ BELIT bro ...

Friday, 23 June 2017

DAP & Sambutan Aidilfitri IKHLAS Ka Puak-Puak Ni ??


Kalau bab nak menunjuk memang puak-puak DAP ni cukup licik malah lakonan mereka kadang-kadang tu dah sampai tahap lebih Islam dari orang Islam sendiri.Paling tidak pun kata-kata kononnya mereka adalah pembela semangat masyarakat serumpun dan mengamalkan toleransi sesama kaum dan agama di Malaysia tu dah semacam darah daging.

Walhal kalau kita tengok betul-betul semua tu propaganda dan "game" politik !

MMI kata macam ni sebab portal pro DAP hari ini siarkan satu artikel berkenaan keprihatinan pemimpin DAP yang sanggup turun padang dan menyalurkan bantuan kepada orang-orang miskin di Perak.

Antara ayat-ayat "power" puak-puak ni adalah perjuangan DAP tidak tertumpu kepada sesetengah kaum sahaja, sebaliknya melibatkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama, kaum mahupun fahaman politik.


“Parti ini amat mementingkan akhlak mulia serta kasih sayang antara rakyat sebagai usaha untuk memupuk perpaduan dan keharmonian masyarakat”,

Yang sebut benda ni semua adalah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan dia turut menyeru agar rakyat menjauhi politik wang dan perkauman kerana ia adalah bertentang dengan ajaran Islam.

MMI tak pernah berdengki dengan bantuan yang bebudak tu dapat cuma yang menjadi persoalannya adalah IKHLAS ka puak-puak DAP ni ????

Ayat-ayat "power" tu betul-betul jadi pegangan puak-puak DAP ka ????

Sebab ada sejarah yang dah tercatat aksi dan tingkah laku mereka bukan macam ni !!!!!

Kalau bab berlakon tu dia ......



TAPI HAKIKATNYA ....



Dan sekarang si Nga Kor Ming ni nak ucap Salam Aidilfitri ? Untuk apa ???



Puak-puak ni memang BANGSATkan !

MMI

Thursday, 22 June 2017

JOM Kita REALISASIKAN Hasrat Tun Mahathir Untuk Menyelamatkan WANG RAKYAT MALAYSIA !


Gambar atas tu adalah sebahagian daripada tuduhan tanpa bukti yang dicanang oleh Tun Mahathir terhadap 1MDB.Kalau masih ingat tuduhan itu kemudiannya berubah-ubah ke angka yang lain dan disusuli dengan pelbagai tuduhan-tuduhan berupa FITNAH yang berasaskan kepada laporan daripada pihak yang dulunya begitu di benci oleh Tun Mahathir sendiri.

Siapa mereka yang Tun Mahathir benci sangat tu ????

Puak-puak kapiaq laknat yang suka membuli orang-orang Islam khususnya dari kalangan negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.Bahkan Tun Mahatir pada satu ketika dulu pernah menghentam secara terus melalui ucapan-ucapan berapinya di pentas-pentas antarabangsa dan semua itu dilakukan kononnya kerana beliau adalah seorang pemimpin yang begitu sayangkan bangsa dan negaranya.

Namun semua itu akhirnya mencapai nokhtah apabila Tun Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa keputusan yang dibuat oleh beliau sendiri untuk berundur dari dunia politik adalah satu keputusan yang SALAH !

Sebab Tun Mahathir bukan mahu meletakkan jawatan tetapi beliau mahu LARI dari TANGGUNGJAWAB selaku pemimpin bangsa dan negara.Apabila tanggungjawab itu sudah tidak bergalas di bahu maka Tun Mahathir mahu supaya setiap kata-katanya di patuhi oleh siapa jua yang menggantikan beliau.

Apa jadi sekalipun sama ada negara merundum Tun Mahathir tidak akan dipersalahkan kerana beliau bukan Perdana Menteri.

Inilah kelicikan Tun Mahathir yang berjaya ditutup oleh beliau selama ini dan kita adalah sebahagian daripada mangsa kerakusan politik tersebut.

Sama ada Tun Abdullah , Najib dan siapa jua yang tidak menjadi budak suruhan Tun Mahathir akan dianggap sebagai penderhaka kepada perjuangan Tun Mahathir yang kononnya begitu hebat sehingga membawa Malaysia ke kedudukan hari ini.

Tun Mahathir lupa sebenarnya sejauh mana hebat sekalipun Malaysia ianya tidak akan mampu direalisasikan sekiranya rakyat khususnya orang-orang UMNO tidak memberikan sokongan jitu terhadap perancangan yang dirancang.

Malahan Tun Mahathir juga lupa bahawa kehebatan yang dicanang penyokong Tun Mahathir itu sebenarnya dipalit oleh pelbagai skandal yang merugikan WANG RAKYAT !

Jangan lupa skandal pembelian pesawat Skyhawk !

Jangan lupa skandal PERWAJA STEEL !

Buat carian di google mesti akan jumpa dan ada lagi yang lain-lain cumanya MMI nak tumpukan artikel ni terhadap tuduhan yang bersungguh-sungguh Tun Mahathir dengan sokongan konco-konconya terhadap Datuk Seri Najib dalam isu membabitkan 1MDB.

Tun Mahathir dah dibiarkan terlalu lama untuk berbohong dan mengulangi siri pembohongan terhadap dakwaan tentang kehilangan wang milik 1MDB yang dikaitkan beliau dengan pelbagai pihak yang lain.

Namun sehingga kini tidak ada satu pun dakwaan Tun Mahathir itu relevan melainkan sekadar menimbulkan persepsi politik memburukkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional.

Oleh kerana Tun Mahathir begitu rakus untuk berbicara soal KECURIAN dan KEHILANGAN WANG RAKYAT maka sekarang kita fokus kepada usaha untuk mengesan dan menyiasat apakah benar dakwaan yang dibuat oleh Tun Mahathir.

Pertamanya perlu MMI jelaskan bahawa 1MDB tidak pernah kehilangan wang.  Wang Syarikat itu juga tidak pernah dicuri, tiada ada bukti langsung untuk menyokong pembohongan yang dipopularkan Mahathir itu.  Hari ini Mahathir cuba mengatakan bahawa wang yang masuk dalam akaun Perdana Menteri pada tahun 2013 adalah wang 1MDB yang dicuri, hakikatnya itu adalah derma dari Arab Saudi dan SPRM, Bank Negara dan sebagainya ada bukti mengenai perkara tersebut.

Dua dakwaan DoJ yang karut ini juga patut ditolak siang-siang sebab ia merujuk kepada wang 1MDB yang dicuri sedangkan kecurian itu tidak pernah berlaku.

Jho Low adalah ahli perniagaan dan dia kaya dengan perniagaannya itu, bukan guna duit 1MDB seperti yang Mahathir cuba katakan.  Tak hairan, dakwaan pertama 20 Julai tahun lepas tak tahu hujung pangkal, dakwaan baru pulak masuk.

Semalam, kabinet memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal perjudian Forex yang menyebabkan rakyat kehilangan wang begitu besar jumlahnya (lebih RM 30 billion) sehingga menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi 1997 dimana lebih banyak wang rakyat hilang, literal dan fizikal.

Ini kecurian wang rakyat yang sebenar, bukan 1MDB !

Berbanding dengan 1MDB, skandal Forex ini menyebabkan rakyat betul-betul sengsara bila ekonomi runtuh tahun 1997, bukan acah-acah sengsara macam yang banyak berlaku sekarang. Dekat media sosial cerita rakyat sengsara, depan mata, rakyat berbelanja macam duit tidak akan pernah habis, pukul 11 malam pun masih ramai beratur nak membayar di kaunter.  Seawal pukul 4, majoriti restoran sudah tutup tempahan untuk berbuka puasa, apa najis sengsara macam itu?

Masa krisis ekonomi 1997 yang berlangsung sehingga 2001, yang kaya jatuh miskin, yang miskin bertambah miskin bila hilang kerja, saham jatuh, wang jatuh (lebih teruk dari sekarang sehingga terpaksa di’pegging’), perniagaan lingkup, kereta ditarik, kehilangan rumah akibat faedah pinjaman meningkat , semua ini berlaku dalam skala yang besar.

Justeru, keputusan menubuhkan RCI untuk menyiasat skandal Forex ini adalah keputusan yang tepat kerana bencana yang menyebabkan kesusahan kepada sebahagian besar rakyat itu perlu diketahui siapa yang bertanggungjawabnya.

Mahathir sudah tentulah bertanggungjawab sebab dia Perdana Menteri, mana boleh lari. Sekalipun Menteri Kewangan orang lain, tapi dia yang lantik dan Perdana Menteri bodoh macam mana Mahathir ni sehingga tak sedar berpuluh billion wang rakyat hilang? rujukan 

Tak perlulah puak-puak macai terkinja-kinja dan berhentilah pukul canang sebab isu membabitkan 1MDB sebenarnya langsung tidak punya asas dalam apa jua perkara sekalipun kerana apa yang berlaku dalam 1MDB adalah urusan yang melibatkan kepentingan 1MDB selain dana dan aset milik 1MDB sendiri.

Namun berbeza dengan siasatan yang bakal dilakukan oleh RCI kerana ianya melibatkan DANA RAKYAT yang telah dipergunakan oleh kerajaan pada ketika itu untuk dilaburkan dalam FOREX sehingga akhirnya melibatkan KERUGIAN yang jelas berjumlah lebih dari RM30 bilion !

So now kita tumpu kepada usaha untuk cari dan siasat kehilangan DANA dan WANG RAKYAT yang sebenar-benarnya malah Tun Mahathir sendiri pun tak boleh menafikan PELABURAN serta KERUGIAN itu tidak pernah BERLAKU!

Tun Mahathir seharusnya MENYOKONG siasatan ini !

MMI

Wednesday, 21 June 2017

Syed Saddiq Jerangkap Ketam Jangan Di Usik !!!


MMI dok perati juga budak ni , sejak dua menjak ni nampak agak lincah sikit mungkin dalam suasana dan keadaan yang kurang baik dalam kem pembangkang sekarang ni dia nak masuk line siki-sikit.

Mana tau boleh tular di media kemudian boleh lonjak nama naik kurang-kurang lepas ni adalah apa-apa yang menanti.

Apa pun MMI bukan nak ulas tentang sejarah hidup si Syed Saddiq ni yang ramai dah kenal benar macam mana punya "background" tapi cuma nak berkongsi betapa kadang-kadang bila kita cuba untuk tunjuk lebih pandai dan bijak dari orang yang lebih lama dari kita maka diakhirnya kita masuk perangkap.

Al kisah isunya berkaitan serangan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat ke atas isu membabitkan 1MDB (baca artikel berkaitan SINI) dan pada pandangan MMI ramai sebenarnya yang dah faham status sebenar dalam dakwaan tersebut.

Dalam masa yang sama Blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK) baru-baru ni keluarkan satu artikel yang mengaitkan Syed Saddiq dengan satu konspirasi keterlibatan beliau dalam isu membabitkan serangan DoJ dalam artikel bertajuk Syed Saddiq Knew The US DoJ Attack Was Coming

Bertindak terhadap penyiaran artikel tersebut Syed kemudiannya mengadakan satu sidang media menafikan keterlibatan beliau serta satu laporan polis terhadap RPK.


Yang menariknya artikel balas daripada RPK terhadap tindakan Ketua Armada PPBM ni ...

Beliau mendakwa Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman telah memasuki perangkap yang dipasangnya apabila tampil membuat laporan polis.

RPK dalam tulisan terbaharu di blognya berkata laporan polis Syed Saddiq itu seperti mengulangi kesilapan yang dilakukan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu yang membuat laporan polis terhadap buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM”.

Katanya, selepas Syed Saddiq membuat laporan polis ke atasnya, mengikut undang-undang pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan.

“Dan jika polis memanggil saya – misalnya ke Bangkok – untuk mengambil keterangan, maka saya terpaksa ke Bangkok dan bertemu polis.

“Kemudian saya perlu mendedahkan nama tiga exco pemuda anda yang pernah dimaklumkan mengenai rancangan pengumuman DoJ pada 15 Jun 2017.

“Dan ini bermakna tiga anggota exco itu sudah terheret bersama dalam isu ini kerana polis akan memanggil mereka untuk dirakam keterangannya,” katanya.

Jika polis mendapati dakwaan itu benar, katanya, maka ia mungkin sama seperti suatu konspirasi.

“Konspirasi berlaku apabila dua orang atau lebih bertindak secara terancang untuk melakukan jenayah. Dan konspirasi untuk menghancurkan negara dan/atau perdana menteri dengan niat untuk melunturkan keyakinan orang awam dan asing kepada negara dan merosakkan ekonomi negara sama dengan sabotaj ekonomi.

“Pendek kata, ini adalah perbuatan khianat dan anda adalah rakan subahat yang boleh didakwa dengan tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, jenayah yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya lagi.

MMI tertarik benar dengan perenggan akhir tu .. JENAYAH YANG MEMBAWA HUKUMAN MATI JIKA SABIT KESALAHAN kiranya didapati bersubahat dengan tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong perghhh cita dia PADAM bro !

Dalam pada tu Syed Saddiq juga terlupa sewaktu sidang media tempoh hari beliau telah menyebut dengan jelas bahawa isteri MO1 adalah Datin Seri Rosmah Mansor sedangkan tidak ada mana-mana pihak yang berani membuat kenyataan secara jelas MO1 itu adalah Najib Razak.


Makanya tindakan Syed Saddiq jelas dilakukan dengan NIAT untuk berbuat demikian seterusnya melakukan FITNAH terhadap pihak yang terlibat.

Oleh yang demikian Syed Saddiq bukan sahaja sudah terperangkap dengan RPK tetapi juga sudah terlepas cakap perihal sabitan Datin Seri Rosmah dengan MO1.

Selain daripada itu Syed Saddiq juga terlupa mungkin kerana terlalu mengikut emosi yang meluap-luap sehinggakan beliau langsung tidak menafikan perkara yang menyentuh tentang pembayaran sebanyak USD5 juta dari kem Tun Mahathir kepada Clinton Foundation sedangkan itulah perkara utama yang disentuh oleh RPK dalam artikelnya.

Well macam MMI kata jerangkap ketam jangan di usik sebab sekali masuk maka jadi lauk "Sweet & Sour" lah cita dia :)

So kita sama-sama tunggu perkembangan seterusnya apa jadi lepas ni sebab kem Tun Mahathir pun senyap sunyi jer tak ada komen nafi , macam tengah kelam kabut cari jalan nak tutup pekung jer ...

Kepada yang terlibat jangan marah sesiapa sebab yang salah Syed dia punca segala hahahaha !

Nah MMI hadiahkan satu video untuk ampa semua .... Bye !


Yuran Perunding Projek TEROWONG Tak Masuk Akal ! Kerajaan DAP Sila Perjelas Atau Berdepan Laporan SPRM


Nah pendedahan kali ini rasanya antara yang perlu kita khususnya warga Pulau Pinang berikan tumpuan sebab ianya sudah pasti melibatkan kepentingan rakyat.

Dalam semua ungkapan dan cakap-cakap manis pimpinan dan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menempis pembongkaran ketidakcekapan mengurus selain pembaziran wang rakyat yang diragui , rasanya perkembangan terbaru ini mampu menjawab persoalan yang selama ini dibangkitkan.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata jika kerajaan negeri terus berdiam diri, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bagi menyiasat perkara itu. 

Beliau sebelum itu turut memberikan tempoh selama seminggu kepada kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menjelaskan isu kadar yuran perunding bagi pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut Pulau Pinang, yang didakwa empat kali ganda lebih mahal daripada kadar yang diwartakan. 

Berdasarkan Lembaga Jurutera, kos perundingan berkenaan hanya berjumlah kira-kira RM41 juta, namun bayaran yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang adalah RM177.5 juta. 

"Ini persoalan yang kita nak tahu. Jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak boleh bagi jawapan yang tepat, maka kita akan berdepan persepsi salah guna kuasa. SELANJUTNYA



Rafizal Abdul Rahim , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang turut membangkitkan perkara yang sama.Jelas beliau  satu demi satu projek kerajaan negeri telah membongkar betapa tidak telusnya pentadbiran Dap dalam membabitkan wang.

“Sebagai Ketua Menteri yang kononnya sentiasa melaungkan telus dan jujur, Guan Eng perlu menjawab mengapa perkara ini terjadi… Jalan yang hanya sepanjang 10.53 kilometer dibayar dengan begitu tinggi iaitu 32 peratus daripada jumlah kos pembinaan keseluruhannya, RM 337.6 juta.

“Pendedahan yang buat oleh Pengarah Strategik Dan Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Rahman Dahlan perlu dijawab segera oleh Guan Eng kerana ia melibatkan kredibiliti kerajaan negeri,” ujarnya,

Tambah Rafizal, sekiranya Guan Eng gagal menjawab persoalan yang dikemukan maka Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

“Apa yang lebih memeranjatkan adalah duit rakyat telah digunakan tetapi projek yang sepatutnya dilaksanakan sehingga hari ini tidak nampak bayang. SELANJUTNYA

Bagi MMI mudah , jika sikap membisu itu terus menjadi amalan kerajaan DAP Pulau Pinang maka kita sebenarnya sudah pun mendapat jawapan betapa mereka sebenarnya lebih banyak berbohong dan memutar belit fakta.

Dan kita seharusnya menyokong saranan kedua-dua pemimpin UMNO diatas untuk membawa perkara ini sehingga ke siasatan pihak SPRM dan pihak Polis.

Bayangkan jika inilah amalan kerajaan DAP Pulau Pinang , duit sebanyak mana pun tak akan cukup dan rasanya kerana tak cukup itulah puak-puak DAP terkinja-kinja nak buat pinjaman dari negara China.

Boleh terima ker gang ???

Samun kemudian buat ikut suka hati mak bapak depa kemudian pinjam , wehhh kata kerajaan negeri duit berlambak-lambak ????

Apa hal !!!!

MMI

Labels