Followers

Sunday, 18 June 2017

P.Pinang Jadi Bandar KRISTIAN , Mana Suara Malik Kasim & Salleh Man ????


Sama ada Melayu itu menjadi Wakil Rakyat , berkepentingan dari segi kedudukan dalam mana-mana jawatan dan menjadi ahli parti cauvinis DAP maka hampir pasti sebahagian besar daripada mereka akan bersikap membisu tatkala isu-isu yang dibangkitkan menyentuh tentang kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Telah banyak kali isu-isu yang menyentuh hal ehwal agama Islam dan kedudukan orang Melayu timbul dan seperti biasa senarionya mereka-mereka ini akan segera berdiam seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Antara yang terkini adalah tindakan seorang senator lantikan DAP berbangsa Melayu bernama Dr. Ariffin S.M Omar yang baru-baru ini telah membangkitkan kemarahan orang-orang Islam apabila bertindak menyokong usaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar kristian.


Senator DAP ini dalam kenyataannya berkata tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian. Beliau mengatakan demikian ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah, yang menimbulkan perbahasan mengenai aktiviti evangelisme dalam negara.

Rekod Hansard perbahasan yang berlangsung pada 19hb April 2017 di Dewan Negara itu turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia. 

Selain daripada itu, beliau juga menyentuh tentang satu cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian ‘agama rasmi’ negara. 

Dr Ariffin kemudiannya mencelah dengan berkata, “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian City, kena ubah Perlembagaan Pulau Pinang.” 

Parti DAP baru-baru ini dilanda kontroversi kerana pendedahan yang membongkar terdapat dakyah Evangelis Kristian dalam agenda politik mereka. 

Isu ini timbul setelah seorang pakar akademik kajian politik, Dr Kamarul Yusoff, mendedahkan isi kandungan buku ‘Becoming Hannah’ yang ditulis ahli DAP, Hannah Yeoh merangkap ADUN Subang Jaya dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dalam tulisannya yang tular di media sosial sebelum ini , Kamarul memetik buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang bertajuk ‘Becoming Hannah’ yang menjadi bukti nyata pengakuan Hannah terlibat dalam politik dengan bantuan pihak Kristian.

“Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” tulis Kamarul.

Berikut adalah kenyataan penuh Dr Kamarul berkenaan laporan polis terhadapnya oleh pemimpin rasis dan cauvinis DAP itu:

LAPORAN POLIS OLEH HANNAH YEOH TERHADAP SAYA

Saya baru saja dihubungi oleh seorang wartawan Malaysiakini yang memaklumkan bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh, sedang membuat laporan polis terhadap saya di atas komentar saya bertajuk “Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP” pada 10 Mei lalu.

Wartawan Malaysiakini ini meminta pengesahan bahawa saya adalah penulis asal komentar yang mengulas kandungan buku Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah” (“Menjadi Hannah”) yang diterbitkan semula oleh beberapa pihak lain dan meminta reaksi saya ke atas laporan polis ini.

Di bawah ini adalah reaksi awal saya ke atas laporan polis Hannah Yeoh seperti yang dimaklumkan kepada wartawan Malaysiakini ini:

“Saya mengesahkan tulisan itu adalah tulisan saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisan saya itu.”

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah, sekiranya diperlukan.”

“Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik.” Rujukan SUMBER

Dan perlu diingat Hannah Yeoh dan Dr Ariffin adalah sebahagian daripada pimpinan pembangkang yang kini bersama-sama dalam Pakatan Harapan.Ringkasnya dalam kontek itu maka sudah tentulah hubungan yang terbina atas nama politik antara kumpulan ini dengan Malik Kasim serta Salleh Man adalah SEPASUKAN !

Seperti yang MMI sebutkan di awal artikel ini tidak ada seorang pun dari kalangan pemimpin yang mengaku Melayu dan beragama Islam ini tampil menyanggah lontaran-lontaran KAFIR ini walaupun lontaran itu jelas menyentuh tentang usaha untuk menjadikan KRISTIAN sebagai antara acuan dalam usaha kontemporari membina negara.

Bukankah tindakan sedemikian sudah pun menyanggah perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam hal melibatkan kedudukan agama Islam ?

Kenapa agaknya Malik Kasim selaku Exco Agama Pulau Pinang dan Salleh Man selaku YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berdiam ?

JELAS sebab DAP !!!!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels