Apakah kita boleh percaya bahawa pertemuan ini (gambar) adalah satu pertemuan biasa antara orang politik seperti mana yang biasa kita lihat sebelum ini ?
Adakah kita masih lagi mahu bersangka baik dan membuang jauh-jauh tanggapan itu dan percaya bahawa apa yang berlaku pada pertemuan tersebut adalah perbincangan yang menghala kepada kemajuan dan kebaikan bukan sahaja Malaysia tetapi juga rakyat tanpa sedikit pun mencabar perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan ?
Apa yang cuba disajikan kepada kita hasil daripada hubungan songsang antara parti-parti ini sebenarnya sudah pun membuka ruang untuk seluruh warga Malaysia melihat dengan mata sendiri betapa ianya bukanlah seperti mana yang diwar-warkan.
Agendanya berbeza sama sekali dengan hubungan yang wujud dan ini adalah perkara asas kepada keruntuhan nilai-nilai politik yang dibawa oleh kem pembangkang di Malaysia.
Lim Kit Siang bukanlah seorang pemimpin politik yang berjiwa kebangsaan !
Malahan Kit Siang bukan seorang pemimpin politik yang selama ini bertapak dengan prinsip mematuhi Hak dan Tuntutan Orang Melayu seperti mana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan !
Buktinya pemimpin veteran DAP ini adalah sebahagian daripada kalangan mereka yang bersekongkol dengan mereka-mereka yang begitu galak menuntut penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak Kristian yang dipertahankan oleh masyarakat Islam di Malaysia.
Bahkan tindak-tanduk DAP dan pimpinan parti cauvinis itu sendiri sebenarnya sudah pun memberikan kita petunjuk betapa tahap RASIS dan CAUVINIS mereka cukup membara dan dipenuhi semacam dendam yang tidak lagi mahu ditahan-tahan terhadap UMNO khususnya.
Lihat sahaja sikap Teresa Kok , Ng Wei Aik , Hew Kuan Yau @ Superman dan lain-lainnya cukup celupar sekali dan kita tidak pernah mendengar walau sekelumit pun suara Kit Siang mahupun dari kalangan pimpinan tertinggi parti cauvinis itu yang membuat celahan supaya pengikut-pengikutnya berundur dan tidak sesekali menyentuh sensitiviti orang Melayu dan Islam apatah lagi mendesak supaya pengikut-pengikutnya membuat permohonan maaf !
Tak pernah berlaku dan tidak akan berlaku !
Maka apakah elemen yang menyebabkan Kit Siang kini menerima kehadiran Tun Mahathir ?
Kita kenal dan kita tahu Tun Mahathir , tak perlu MMI ulas panjang sejarah beliau dan kini setelah begitu membenci Najib Razak , bekas Perdana Menteri ini begitu galak bukan sahaja untuk bersahabat dengan DAP tetapi cuba memulihkan imej DAP yang beliau sendiri celakakan sejak lama dulu.
Untuk tujuan apa ?
Semuanya disebabkan oleh keinginan untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Najib dengan alasan yang jelas tidak masuk akal sama sekali.Apatah lagi kehadiran Tun Mahathir bersama-sama dengan PPBM yang kini dianggap sebagai sampah politik ke dalam Pakatan Harapan juga sudah menjadi buah mulut penyokong dan pimpinan parti-parti politik pembangkang yang lain.
Apa perlunya mereka (PPBM) diberikan ruang yang sebegitu rupa walhal kehadiran mereka bersama Pakatan Harapan baru berusia setahun jagung ????
Begitulah pertikaian dan persoalan yang dibangkitkan oleh mereka-mereka yang dah lama mengabdikan diri dalam kem pembangkang apabila isu pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU14 mula tular di media sosial.
Bukan itu sahaja , isu berkenaan siapa bakal menerajui negara sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya juga sudah menjadi isu panas sehinggakan tindakan Tun Mahathir serta Muhyiddin yang tidak mengangkat plakad menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri baru-baru ini mencetuskan rasa tidak puas hati sebahagian besar penyokong pembangkang.
Mana prinsip dan pendirian Tun Mahathir dan Muhyiddin ?
BUKTIkan TAAT dan SETIA sekiranya benar-benar IKHLAS bersama Pakatan Harapan !
Selain itu kita jangan sesekali lupa usaha berterusan DAP menyusun agenda peribadi mereka sudah mula dirasai.Walaupun mengaku bersama Pakatan Harapan dan menolak tanggapan DAP punya kuasa penentu dalam parti himpunan pembangkang , parti cauvinis itu tanpa digugat oleh mana-mana parti yang bersama mereka kini sudah mula mengimpikan sasaran baharu.
DAP mahukan Johor setelah Pulau Pinang di ratah suku sakat Dinasti Lim !
Inilah angan-angan Ahli Parlimen Gelang Patah itu. Pemimpin diktator 51 tahun DAP itu juga pernah berkata sebelum ini, jika mahu tawan Malaysia maka harus bermula dan berakhir dengan Johor.
Johor kini adalah negeri yang terkaya di Malaysia. Destinasi pelaburan nombor satu dan pembangunan yang pesat berlaku di Johor. DAP memang mahu negeri yang kaya sahaja. Sama seperti Penang dahulu sebelum 2008.
Apa sudah jadi pada Pulau Pinang? Hutang kerajaan negeri meningkat. Tanah habis digadai dan dijual. Pelabur lari. Kilang tutup. Bajet kerajaan negeri pimpinan anak Kit Siang itu mencatat defisit sejak 2010 lagi. Habis semua kampung Melayu lesap.
Apakah ini mahu dilakukan DAP terhadap Johor? Tidak mustahil Johor juga akan jadi gagal seperti Penang jika DAP yang menguasai kerajaan negeri.
Di Pulau Pinang, sudah ada rancangan hendak dijadikan sebagai sebuah negeri Kristian jika DAP terus berkuasa dengan lebih lama lagi.
Dalam rekod Hansard perbahasan Dewan Negara yang berlangsung pada 19hb April 2017 yang turut mencatatkan Tan Sri Dato’ Seri Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan perihal Pulau Pinang yang mempunyai komuniti Evangelis Kristian yang pesat berkembang serta mempunyai hubungan rapat dengan gerakan Evangelis Kristian dunia.
Selain daripada itu, beliau juga menyentuh tentang satu cadangan yang dikatakan dibuat pada tahun 2011 untuk menjadikan Pulau Pinang, Bandar Kristian dan Kristian ‘agama rasmi’ negara. Senator DAP Melayu mencelah dan menyatakan apa salahnya Penang dijadikan bandar Kristian?
Itu jawapan yang diberikan oleh Senator DAP berbangsa Melayu. Sampai begitu sekali jawapannya. Amat mengejutkan sekali. Bermakna, Melayu yang ikut DAP sanggup buat apa sahaja demi cita cita politik DAP. Baca kupasan menarik di blog BeliaBangkit
Masih mahu percaya DAP bukan seperti mana yang Tun Mahathir kenali sebelum ini ????
Jom kita tengok apa yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PAS tentang tindakan DAP menolak laungan PPBM untuk mengisi hiraki pentadbiran tertinggi Pakatan Harapan.
Parti rasis dan cauvinis, DAP tidak akan sesekali membenarkan ketiga-tiga parti Melayu dalam pakatan harapan untuk menguasai gabungan itu, kata PAS.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana parti rasis itu tidak akan membenarkan cita-cita berkenaan kesampaian.
Beliau mengingatkan, sikap DAP sejak dahulu sudah diketahui mahu memonopoli pakatan itu atas prinsip mereka mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen walaupun mereka menafikan perkara itu.
Malah, katanya, berdasarkan pengalaman PAS bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dahulu, bukan mudah untuk menyelesaikan isu-isu yang bertelagah apatah lagi untuk mencapai satu keputusan sepakat.
“PAS menjangkakan kemelut yang berlaku dalam pakatan harapan akan berpanjangan sebab bukan sahaja isu siapa nak jadi Perdana Menteri atau siapa yang akan menerajui pakatan, tetapi lebih besar daripada itu iaitu apabila tiba soal pengagihan kerusi dan pematuhan kepada keputusan nanti.
“Perkara-perkara itu akan timbul polemik kerana pengalaman PAS berada dalam Pakatan Rakyat dahulu bukan mudah nak selesaikan isu-isu sebegini. DAP ternyata dari dahulu mahu berkuasa walaupun cuba menutup niat sebenar mereka itu,” katanya yang dipetik daripada akhbar tempatan.
Sebab itulah MMI nak ingatkan jangan terlalu obses untuk mengiakan apa yang Tun Mahathir kata kerana ada lompong yang berselerak di merata ruang termasuk dalam diri beliau sendiri dan terimalah hakikat bahawa DAP itu adalah parti cauvinis dan rasis.
Semua yang dipertontonkan kepada umum itu adalah sekadar sandiwara politik dan persoalan MMI kenapa butakan mata sedang strategi mereka sudah berlegar-legar di depan mata kita ?
MMI
No comments:
Post a Comment