Kejadian tanah runtuh di Lembah Permai Pulau Pinang yang telah mengorbankan nyawa baru-baru ini sekali lagi dikejutkan dengan berita bahawa permohonan bagi pembinaan pangsapuri di lereng bukit itu sebenarnya telah di tolak oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Melalui satu kenyataan media dikeluarkan Ketua Pengarah JAS , Datuk Dr Kamarulnajuib Che Ibrahim berkata JAS menerima ‘Permohon Kebenaran Merancang’ pada 9 Januari 2015 dari pemaju perumahan itu, Taman Sri Bunga Sdn Bhd dan memberi jawapan penolakannya pada 23 Januari 2015.
“Tapak pembinaan itu terletak bersebelahan dengan kuari granit yang dimiliki Teik Granite Quarry yang merupakan kuari kekal di situ dan sudah beroperasi sejak 1960.
“Syarikat kuari itu melakukan letupan dua kali sebulan dan terakhir adalah pada 9 Oktober 2017. Apabila batu diletupkan dan pecah dari lereng bukit itu, ia kemudian dihantar ke tapak penghancuran di kawasan kuari yang sama bagi dihancurkan untuk kegunaan sektor pembinaan.
“JAS tidak menyokong permohonan pemaju untuk memulakan perancangan projek itu kerana tiada zon penampan yang mencukupi antara projek pangsapuri itu dan aktiviti kuari berhampiran berlandaskan kepada Garis Panduan Pendudukan dan Penzonan Kawasan Industri dan Perumahan.
“Aktiviti kuari berkenaan terletak hanya 162 meter dari tapak penghancuran dan antara 400 hingga 500 meter dari tapak letupan kuari itu.
“Oleh itu ia adalah tidak selamat dan persekitaran yang tidak aman untuk penempatan manusia. Malah, pembangunan itu melibatkan cerun curam dan ini memerlukan kajian terperinci kejuruteraan yang memerlukan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar. Bagaimanapun, mereka membuat keputusan untuk tidak mengendahkan nasihat kami dan meneruskan pembinaan dan tidak menghiraukan keselamatan pekerja mereka. rujuk
Malah Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengaku mereka tidak mendapat sokongan daripada JAS untuk meneruskan projek terbabit tetapi masih lagi dengan sikap angkuh mereka apabila mengatakan projek itu diteruskan apabila mendapat persetujuan 20 agensi yang lain dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Baca SINI
Agensi mana yang bersetuju tu ? Selain dari Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) siapa lagi ?
Kerajaan DAP perlu menyenaraikan ke semua agensi terlibat dan setiap agensi terlibat perlu mendedahkan kenapa persetujuan tersebut diberikan ? Atas dasar apa dan kenapa ?
Malah Kerajaan DAP perlu mendedahkan minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC pada 18 Februari 2015 seperti mana yang didakwa oleh EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow.
Jangan sekadar bercakap dalam sidang media sebab keyakinan rakyat terhadap DAP pada hari ini diragui memandangkan para pimpinan parti dan kerajaan DAP Pulau Pinang yang suka putar belit !
Sebagai sebuah kerajaan negeri , DAP selaku peneraju pentadbiran langsung tidak menghiraukan rungutan dan suara rakyat apatah lagi suara-suara dari NGO dan wakil-wakil daripada parti BN yang sebelum ini telah mempertikaikan projek di kawasan tebing bukit.
Jika suara ini tidak didengari dan hanya berpaksikan kepada 20 agensi yang diperkatakan, apakah ini merujuk kepada hal yang dilalakkan oleh kerajaan negeri kononnya mereka berjiwa rakyat ?
Dan adakah persetujuan dari agensi yang diperkatakan itu berdasarkan kepada kajian yang menyeluruh khususnya berkaitan dengan kemungkinan berlakunya bencana alam yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang terlibat ?
Atau persetujuan itu ada kena mengena dengan unsur-unsur RASUAH ?
BUKTIKAN !!!!!
MMI
No comments:
Post a Comment