Followers

Monday, 15 January 2018

Hina Sultan - Semakin Banyak Celaka Yang Berlindung Di Sebalik Status Politik


Tindakan Mahfuz Omar menghina Sultan Pahang adalah tindakan yang MMI sifatkan sebagai kurang ajar dan mencerminkan betapa pemimpin pembangkang tidak punya integriti yang bersifat kemanusiaan.

Kalau kita lihat dalam setiap siri ceramah pembangkang hampir pasti sikap suka berbohong dan putar belit diperlihatkan sebagai amalan yang sering menjadi pilihan dan rasanya sudah menjadi sebahagian daripada roh mereka.

Tak perlu MMI ungkitkan sikap dan tindak tanduk yang telah dilakukan oleh kalangan mereka, cukup dengan aksi terkini si Mahfuz seorang pemimpin arrogant yang tidak pernah mengakui kelemahan sendiri.

Tindakan Mahfuz itu telah mendapat reaksi dari banyak pihak termasuklah daripada Pemuda UMNO Pahang yang menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kerana menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik.

Ketua Pemudanya Mohd Shahar Abdullah berkata tindakan itu mencerminkan kebiadapan dan kecetekan akal pemimpin pembangkang itu yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini serta melampaui batas seorang ahli politik.

Dalam masa yang sama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) menyokong saranan pelbagai pihak supaya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Presidennya, Tan Sri Dr. Aziz Abdul Rahman berkata, sebagai seorang wakil rakyat, Mahfuz sepatutnya lebih arif tentang Perlembagaan negara, khususnya kedudukan Raja-raja Melayu.

Berdasarkan itu, kata Aziz, Mahfuz tidak seharusnya menjadikan institusi raja sebagai bahan jenaka atau gurau senda sebagaimana di dalam ceramah politik beliau.

"Mubarak amat dukacita dengan kenyataan Mahfuz mempersenda dan memperlekeh Sultan Ahmad Shah yang kini sedang gering.

"Tindakan beliau memperlekeh dan menghina Sultan Ahmad Shah dalam ceramah politik baru-baru ini sebagaimana yang menjadi tular di media sosial bukan hanya perlu dikutuk sekeras-kerasnya tetapi diambil tindakan oleh pihak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Namun hakikatnya Mahfuz bukanlah seorang pemimpin politik yang punya jiwa dan roh bersifat kemanusiaan sebaliknya pemimpin politik putar belit yang sering menunjuk-nunjuk seolah-olah beliau itu maksum tanpa pernah sekalipun membuat kesilapan.

Dan atas dasar itu jugalah Mahfuz dalam kenyataannya menegaskan tidak akan memohon maaf berikutan tindakannya itu.

Katanya, dalam ucapan itu yang boleh disemak di YouTube mengenai perbandingan Sultan Pahang dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bukan bermaksud menghina sebaliknya memuji di mana di dalam usia tua kedua-dua mereka masih boleh memimpin.

Malah katanya, beliau juga mendoakan agar Sultan Ahmad diberikan kesihatan yang baik untuk terus memimpin Pahang.

“Saya tidak akan meminta maaf kerana bukan menghina (Sultan Pahang).

“Bukan saya hina Sultan Pahang…malah saya mendoakan Sultan Ahmad Shah ini untuk kekal dan terus menjadi Sultan Pahang.

“Saya ingat ceramah saya boleh disemak dalam Youtube, saya menegaskan bahawa tindakan mereka (UMNO) mempersoalkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang seolah-olah mempertikaikan kredibiliti Sultan Pahang yang sudah lama memerintah negeri itu,” katanya.

Satu lagi putar belit dan aksi spin Mahfuz yang kita kenal !

Kebiadapan ini pastinya perlu segera ditangani kerana mereka-mereka ini adalah celaka-celaka yang sering berlindung disebalik status politik mereka.

Mengaku sebagai seorang pemimpin politik tetapi tingkah laku mereka lebih menyamai kera dan ungka di hutan.

SOKONG ambil tindakan tegas terhadap Mahfuz !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels