Tidak ada lagi reformasi yang kononnya bangkit atas solidariti terhadap Anwar Ibrahim peliwat yang kini masih ditahan di Sungai Buloh.
Itu hakikat yang harus diterima oleh seluruh ahli PKR kerana kehadiran Tun Mahathir dan penerimaan politik oleh Wan Azizah dan Nurul Izzah terhadap pemimpin PPBM itu secara rasminya melenyapkan seluruh gerak reformasi sekaligus menolak perjuangan Anwar Ibrahim.
Wan Azizah sudah pun menelanjangkan dirinya kepada umum apabila sanggup menerima keputusan tersebut (penerimaan Tun Mahathir) yang langsung memperlihatkan betapa kononnya perjuangan mengangkat maruah suami lenyap ditelan kerakusan politik dan kuasa.
Nurul Izzah tidak perlu lagi menitiskan air mata di pentas ceramah kerana perjuangan membela seorang bapa yang kononnya adalah mangsa konspirasi politik sebaliknya sudah boleh menjaja cerita anak derhaka.
Terima kasih Tun Mahathir kerana berjaya membogelkan kedua-dua anak beranak itu dan kini seluruh rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas batang tubuh politik kedua-duanya.
Tak perlu lagi alasan kerana perjuangan selama tempoh bertahun itu sanggup dilacurkan semata-mata kerana keinginan terhadap kuasa.
Dan ianya lebih jijik apabila pengakuan Tun Mahathir sewaktu diwawancara oleh stesen tv negara jiran bukan sahaja mengesahkan Wan Azizah dan Nurul Izzah kini adalah pelacur politik tetapi juga sikap SPIN meraban Tun Mahathir untuk sekurang-kurangnya menyelamatkan keadaan akibat daripada kenyataannya sendiri.
MMI said TQ Tun Mahathir
MMI
keling ni menipu je hidupnya..
ReplyDelete