Atas alasan apa sekalipun Perlembagaan Persekutuan harus dipertahankan !
Inilah tanggungjawab rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu kerana kandungannya sudah menjelaskan segala-galanya khususnya perkara-perkara berkaitan kedudukan agama Islam dan hak orang Melayu.
Tidak ada mana-mana pihak sekalipun yang boleh menyentuh dan mencabar perlembagaan ini kerana didalamnya terkandung keterbukaan dan penerimaan orang-orang Melayu terhadap hak kaum-kaum lain seterusnya menjadi model kepada pengukuhan perpaduan sesama bangsa dan kemajuan negara.
Kita perlu benar-benar faham bahawa inilah senjata orang Melayu yang selama ini diidam-idamkan oleh segelintir dari kalangan mereka yang mengaku warga Malaysia untuk dikuasai dan mungkin diubah.
Untuk itu kumpulan ini yang berdiri atas kapasiti politik mahupun bersembunyi di sebalik nama NGO sentiasa mencari peluang dan kelicikan mereka itu dapat kita lihat dalam beberapa siri beragenda yang sudah pun diperlihatkan kepada kita.
Penentangan terhadap RUU355, sokongan terhadap tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, agenda kesamarataan adalah bukti jelas betapa usaha ke arah itu berlaku dan pernah berlaku.
Lebih malang hari ini kita sudah menyaksikan bagaimana pencatur politik yang punya agenda peribadi dan dendam sudah mula membuka ruang untuk menghalalkan tindakan sedemikian.
Jangan lupa bahawa Tun Mahathir telah cuba meyakinkan rakyat kononnya DAP bukanlah seperti mana yang beliau war-warkan sebelum ini.Bahkan penerimaan DAP terhadap Hak Keistimewaan Orang Melayu dan kedudukan Islam itu cukup dihargai malah menerimanya tanpa sekelumit pun penolakan.
Soalnya yakinkah kita dan seluruh pengikut Tun Mahathir khususnya yang kini berada dalam PPBM terhadap dakwaan terbabit ?
DAP menghormati Hak Keistimewaan Orang Melayu dan kedudukan Islam ????
Aduhai ... Lupakah Tun Mahathir apa yang sedang berlaku di bumi Pulau Pinang ?
MMI yakin mana-mana cerdik pandai sekalipun akan sedar prinsip dan pendirian DAP bukanlah seperti mana yang diwar-warkan oleh Tun Mahathir.Yang berlaku hanyalah usaha untuk menghalalkan tindakan Tun Mahathir yang mahu memastikan gerombolan pembangkang menewaskan BN walaupun realitinya sesama sendiri bercanggah ideologi.
Jika benar Tun Mahathir menganggap DAP itu bukan dari spesis cauvinis dan rasis maka tindakannya (Tun Mahathir) yang memutar belit isu terhadap Foresy City di Johor jelas sama sekali berbeza dengan tindak tanduknya apabila bersama DAP.
Kerana kecelaruan politik dan kehendak emosi itulah Sultan Ibrahim membidas Tun Mahathir ! Baca Selanjutnya
Sebab itu dalam hal ini MMI tertarik dengan kenyataan daripada Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad.
Cari negara lain jika tidak puas hati
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Perlembagaan Persekutuan yang memberi keadilan kepada semua kaum serta hak kebebasan beragama di negara ini perlu dipertahankan, malah sebarang cubaan untuk mengubahnya wajib ditentang.
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad berkata, sehubungan itu, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunjang negara sejak sekian lama boleh mencari keadilan dan hak yang diinginkan mereka di negara lain.
“Kami menyeru rakyat supaya memelihara dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. Segala cubaan untuk memberi tafsiran atau mengelirukan serta mengubahnya wajib ditentang.
“Sekarang sesiapa yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan Persekutuan, mereka boleh cari negara lain yang sesuai untuk tinggal di sana,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Kebangkitan Ummah di sini hari ini.
Menurut Ismail, Perlembagaan Persekutuan dibentuk berdasarkan kearifan lokal iaitu realiti dan keadaan yang sesuai dengan geopolitik negara ini.
“Kearifan lokal ini yang perlu ditegaskan oleh parti-parti politik yang ada sekarang yang mana Perlembagan Persekutuan ini dibentuk selaras dengan maqasid syariah yang mementingkan soal keharmonian semua kaum.
“Sekarang ada pihak yang persoalkan Perlembagaan Persekutuan. Orang Melayu selaku kaum asal, kita kongsi hak kita kepada mereka tetapi mereka cuba nak rampas hak kita pula, Perdana Menteri pun mereka nak jadi cuma tak minta jadi raja sahaja,” katanya.
Dalam pada itu katanya, pihak berkuasa agama perlu memantau agar kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tidak diresapi dengan elemen liberalisme dan agenda-agenda yang bercanggah dengan Islam.
“Pemantauan ini penting bagi memastikan pemikiran dan tindak tanduk mereka tidak menjurus kepada perkara yang menggugat negara bagi memelihara keselamatan masyarakat dan mempertahankan kesucian agama Islam,” katanya. sumber utusan online
MMI kata jangan bagi muka sangat sebab puak-puak ni tak pernah ambil peduli malah semakin biadap dan kurang ajar !
MMI
No comments:
Post a Comment