Followers

Thursday 15 February 2018

Kecoh YAHUDI ISRAEL Masuk Malaysia


Yahudi Israel masuk Malaysia ! Sekaligus menafikan dakwaan selama ini bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara Israel. 

Kiranya kerajaan BN di bawah YAB Datuk Seri Najib Razak ni pembohong kuatlah kot !

Soalnya sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut ?

Apakah ianya berpandukan kepada fakta dan realiti keadaan atau ianya sekadar satu lagi bom tangan yang dilemparkan oleh kalangan mereka yang bencikan Najib dan kerajaan BN lebih-lebih lagi dalam tempoh PRU14 yang semakin hampir?

Atau pun ianya dibuat oleh mereka yang sebenarnya langsung tak faham dengan proses dan prosedur melibatkan badan-badan dunia ?

MMI tak nafikan memang David Yitshak Roet hadir ke bumi Malaysia dan mengikuti Forum Bandar Sedunia ("World Urban Forum" atau WUF) di Kuala Lumpur.

Namun membuat tuduhan melulu adalah langkah yang terburu-buru sebab kehadiran David ke Malaysia bukannya atas kapasiti beliau warganegara Israel tetapi atas  kapasiti diplomat UN-Habitat.

Yang ramai tak faham dan amat perlu difahami adalah di peringkat dua hala, pendirian Malaysia jelas dan muktamad, Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Israel sejak tahun 1965 selepas Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan "persona non grata" ke atas wakil perdagangan Israel, Moshe Yegar. Cuma, tiada undang-undang yang mengatakan orang Israel tidak boleh menjejaki negara kita. Kalau tidak, tak jadilah Tun M menjemput 14 pelajar Israel dan pasukan kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997.

Tapi di peringkat pelbagai hala, Malaysia tidak boleh menghalang kemasukan diplomat yang mewakili pertubuhan antarabangsa di mana Malaysia merupakan ahlinya. Diplomat UN ni memiliki pasport diplomatik yang dikenali seagai “Laissez Passer” (bermaksud “Let him pass” dalam Bahasa Perancis). Menurut Konvensyen Kekebalan dan Keistimewaan Pegawai-Pegawai UN ("Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations") yang dipersetujui oleh Malaysia, kerajaan tak boleh menghalang kemasukan pegawai UN, dan perkara yang sama termaktub dalam Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) Tahun 1992.

Adakah kita boleh bantah kemasukan pegawai UN yang merupakan warganegara Israel? Boleh, tapi leceh. Ia melibatkan kajian semula ke atas undang-undang UN dan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Organisasi Antarabangsa di atas.

WUF ni bukan perjumpaan "high-level" antara pemimpin pun, ia lebih kepada perjumpaan golongan profesional dari pertubuhan-pertubuhan antarabangsa mengenai isu perbandaran. Ia bukan pasal Israel atau agenda Israel. Jadi bukanlah satu masalah kalau kita nak mempermudahkan penyertaan delegasi UN. Rujukan 

Sebaliknya YANG PERLU DI PERSOALKAN adalah modus operandi puak-puak pembangkang yang selama ini mempunyai hubungan dengan pihak YAHUDI  ?

Bukan setakat hubungan, DAP dikatakan telah menerima dana daripada Israel dan perkara ini disahkan oleh Mohamad Razali Abdul Rahman bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu Islam DAP.




Dan MMI dimaklumkan sehingga ke saat ini tidak ada mana-mana pemimpin DAP yang telah mengambil tindakan untuk menyaman Razali atas pendedahan demi pendedahan yang dibuatnya setelah meninggalkan parti DAP.

Begitu juga dengan janji DAP untuk menyaman Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang turut mendedahkan isu yang sama.

Beb benda ni bukan main-main dan ia melibatkan tuduhan yang cukup berat kerana ia turut melibatkan dakwaan bahawa pakar risikan Israel terlibat dalam melatih G17 atau kumpulan 17 pakar strategi DAP yang diketuai Tony Pua dan Guan Eng yang sering ke Singapura menemui wakil Kedutaan Israel.

Kenapa tak bertindak ? Setakat acah siapa pun boleh !

MMI nak tanya mana lebih penting ? 

Kehadiran David sebagai diplomat UN untuk mengikuti forum WUF atau keterlibatan secara langsung DAP dengan ISRAEL yang jelas berlaku atas dasar POLITIK yang boleh mengancam kedaulatan negara Malaysia ?

Kenapa Guan Eng dan seluruh pemimpin DAP membisu ? Desaklah parti supaya menyaman pihak-pihak ini dan bawa ke mahkamah !!!!

Bimbang ker ????

Lebih memeranjatkan MMI adalah berkenaan keterlibatan mereka-mereka dalam forum WUF anjuran United Nation.

Sama ada sedar atau tidak antara yang terlibat itu adalah Dato Maimunah Mohd Sharif !

Siapa Maimunah ????


Nak salah Najib dengan kerajaan juga ka ?

Tengok cermin sama kot sebelum nak spin bagai sebab selalu sangat patah balik kena batang hidung sendiri !

MMI

3 comments:

  1. Bagus...bagi la semua masuk..apa salahnya kan..alah..bukan orang lain pun..diaorg cuma cuit2 n cubit2 sayang je dgn palastine kan..ape nk emosi kan..kita kan sosial..x de hal kan..anak2 ayatim piatu palestine cuma merengek2 manja je..pedulikan perasan diaorg..x de ertinya pun titisan darah dan air mata mereka..apalah sangat punnnn

    ReplyDelete
  2. Mana lebih penting, menolak penganjuran forum dan secara langsung menghalang kemasukan diplomat Israel atau setuju menganjurkannya dan membenarkan kehadiran diplomat Israel yang dengannya menyinggung perasaan seluruh umat Islam serta menodai sokongan kepada perjuangan rakyat Palestine selama ini?

    Jadi, siapa kata kita tiada pilihan?

    ReplyDelete
  3. Mana lebih penting diplomat UN atau hubungan DAP dgn Israel termasuk penyaluran dana Rm1.2 bilion bagi membiayai operasi politik kesamarataan yg d bawa DAP ? PENDEDAHAN oleh Razali bekas Pegawai Khas LGE yg sampai hari ni x ada seorang pun pemimpin DAP tampil utk menyaman beliau

    ReplyDelete

Labels