Atas apa jua yang kita lakukan sebagai seorang Islam dan bangsa Melayu adalah menjadi kemestian kepada sesiapa pun untuk berpegang kepada soal akidah.
Tidak ada mana-mana manusia di muka bumi ini yang boleh menjangkaui kebesaran Allah swt dan manusia adalah mahkluk ciptaan Allah swt dengan segala pemberiannya.
Maka kerana itu sedarlah wahai orang-orang Melayu dan Islam sikap yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Sepang ini sudah amat keterlaluan sama sekali.
Menyamakan dirinya dengan Tuhan dan meletakkan hukum akal untuk menegakkan sesuatu tanpa asas adalah jelas menggugat akidah apatah lagi beliau selaku pemimpin masyarakat boleh menyebabkan lebih ramai orang lain turut terpesong dengan amalannya.
Tak cukup dengan itu si Hanipa ni langsung tak mahu menerima teguran daripada Ahli Parlimen BN dan PAS serta berkeras untuk tidak menarik balik kenyataannya.
Lihatlah bagaimana doktrin pembangkang sehingga yang Islamnya sanggup bertindak sedemikian !
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) meminta Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin bertaubat serta menarik semula kenyataan yang dibuat semalam di Dewan Rakyat.
Presidennya, Zamihan Mat Zin berkata ucapan wakil rakyat PAN itu dianggap kufur dan boleh membawa kepada gugurnya akidah seorang muslim.
“Tindakan Hanipa yang menggunakan perkataan ‘kalau saya tuhan’, jelas jauh tersasar dan menggelincirkan akidahnya.
“Lebih biadab lagi, beliau dengan egonya tidak mahu mendengar nasihat dan saranan Ahli Parlimen lain supaya menarik balik kenyataannya dan segera bertaubat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Zamihan, manusia sebagai mahkhluk yang lemah, tidak boleh menyamakan diri dengan tuhan walaupun menggunakan perkataan ‘kalau’.
Sebab itulah MMI sebut awal-awal orang-orang Melayu dan Islam di Malaysia PERLU menolak Pakatan Haprak kerana mereka bukan sahaja punya agenda songsang terhadap negara tetapi sudah melampaui batas-batas seorang Islam.
Dan perlu diingat mereka-mereka inilah juga yang masih lagi taat setia dengan Anwar walaupun mahkamah telah mengesahkan Anwar adalah PELIWAT !
MMI
No comments:
Post a Comment