Followers

Showing posts with label Datuk Seri Shahrizat. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Shahrizat. Show all posts

Thursday, 16 May 2013

Air Asia X ~ Wanita UMNO Desak Rafidah JAWAB !!


Isu Azran Melayu bongkak dalam Air Asia X kini mendapat perhatian daripada Pergerakan Wanita UMNO Malaysia apabila satu kenyataan rasmi telah pun di keluarkan.Berikut kenyataan rasmi tersebut...

Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini ingin melontarkan pertanyaan kepada YBhg Tan Sri Rafidah Aziz selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Airasia X di atas kenyataan oleh Ketua Pengarah Eksekutif beliau dari Airasia X, Azran Omar-Rani terhadap Utusan Malaysia dan tindakan menarik balik iklan di dalam akhbar tersebut.

Saya yakin Tan Sri Rafidah Aziz yang telah menerajui kepimpinan Wanita UMNO selama 22 tahun dan berusia 66 tahun semasa meninggalkan pucuk pimpinan Wanita UMNO Malaysia, cukup matang untuk menjelaskan isu ini berdasarkan perjuangan Wanita Melayu yang turut didukung oleh beliau semasa memimpin Wanita UMNO. Malah, saya harap beliau memahami perjuangan Utusan Malaysia sebagai satu-satunya lidah rasmi orang Melayu.
Beliau seharusnya tampil kehadapan untuk memberikan pandangan, pendirian dan pendapat beliau untuk menyelesaikan isu ini, bukan terus berdiam diri walaupun beberapa desakan telah dikemukakan oleh badan-badan NGO Melayu dan beberapa pihak yang lain.

Wanita UMNO amat kecewa dan meminta Tan Sri Rafidah sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab untuk Airasia X memberikan penjelasan secepat mungkin kerana terlalu ramai orang Melayu berasa amat tersinggung dengan pandangan yang tidak bertanggungjawab oleh Azran Osman-Rani.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

Komen MMI , tolong jawablah sebelum ni bukan main kan..semua pihak nak tahu sekarang..Macam biasa selagi si Azran tu ada Air Asia kita BOIKOT !!!

MMI.

Saturday, 27 October 2012

Banner Lembu Lagi Fitnah Juak Pakatan Haprak !!


Akhirnya setelah banyak blog-blog samada pro kerajaan mahupun pro pembangkang menyebarkan berita perihal banner yang melibatkan Kak Jat akhirnya blogger Anak Seberang memberikan jawapan sebenarnya.

Rupa-rupanya program yang tertera di banner tersebut langsung tidak wujud.Kehadiran banner tersebut jelas sekali merupakan satu lagi agenda jahat dan cubaan terancang puak Pakatan Haprak yang semakin meroyan untuk memfitnah UMNO dan Barisan Nasional.

Kepada puak-puak Pakatan Haprak yang membaca entri kali ini MMI nak bagitahu jentera UMNO dan Kerajaan bukanlah semurah dan tidak bermaruah seperti mana puak Pakatan Haprak.Kita dibarisan pro kerajaan tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang gerak kerja seperti dalam gambar diatas apatah lagi menabur fitnah demi mendapatkan sokongan undi.

Kalau tak percaya baca entri MMI yang pertama berkenaan isu ini Baca Sini yang secara jelas mendesak supaya mereka yang bertanggungjawab terhadap kesilapan sebegitu (jika benar) dipecat sahaja daripada parti kerana kita jelas sebarang usaha sambil lewa dan berbentuk sabotaj perlu di tolak.

Itu pendirian MMI sekiranya melibatkan ahli parti sendiri namun dalam soal ini ternyata juak-juak Pakatan Haprak merupakan jentera yang langsung tidak bermaruah malah mungkin amat terdesak untuk mendapatkan sokongan sehingga sanggup melacurkan maruah sendiri.

Paling menarik respon daripada Kak Jat sendiri rilek ja dia .. Malulah weiii..

MMI.

Friday, 26 October 2012

Kerana LEMBU Ketua Bahagian Di Pecat ????


Inilah akibatnya apabila sesuatu kerja di buat sambil lewa.Malah ianya menjadi bahan pula kepada juak-juak pembangkang untuk menghentam UMNO semuanya kerana kedangkalan pihak tertentu.

Pasti ramai yang sudah sedia maklum kontroversi melibatkan penggunaan perkataan dalam banner di atas.

Jelas kelihatan perkataan "Datuk Seri Shahrizat Lembu" dengan susunatur perkataan yang sebegitu rupa. Tidak eloklah untuk sesiapa pun mensabotaj DS Shahrizat yang telah menyumbangkan 20 ekor lembu di dalam majlis ini.

Ketua UMNO Bahagian Kangar perlu beri penjelasan kepada Datuk Seri Shahrizat kenapa tidak menggunakan otak apabila membuat banner ? Beliau mesti bertanggungjawab kerana ini adalah kerja bahagian. 

Apakah Ketua UMNO Bahagian Kangar tidak sensitif atau tidak ambik tahu apa yang anak buah buat kerja? Tahukah beliau blog pembangkang sudah mula mainkan isu ni di dalam blog mereka disebabkan si tolol Ketua Bahagian yang tak perihatin semasa banner ini dibuat.

Kerja buat semacam inilah yang MMI paling marah sebab sambil lewa malah tak peka langsung.Bagi MMI eloklah di pecat saja Ketua UMNO Bahagian Kangar tu sebab jelas sangat dah sabotaj parti dengan buat kerja sambil lewa.

Lagi pun parti UMNO dah keluarkan pekeliling siapa-siapa yang sabotaj parti akan dipecat jadi tunggu apa lagi ??? Tak guna simpan orang semacam ni rosakkan parti saja...

Pssttt Jangan pula pecat orang yang buat banner tu sebab dia orang bawahan saja..


MMI.

Labels