Followers

Showing posts with label Tanda Putera. Show all posts
Showing posts with label Tanda Putera. Show all posts

Wednesday, 14 August 2013

KEMPEN Pakai Songkok AYUH BANGSAKU @NajibRazak @tunfaisal


MMI dan rakan-rakan blogger bersama 15 page lain melancarkan 'Kempen Pakai Songkok' untuk hari penayangan Tanda Putera pada 31 Ogos 2013, Sabtu ini di Pawagam Kuala Lumpur. Lokasi Shopping Mall akan diupdate kemudian kerana kami masih berurusan dengan Pengurus Pawagam untuk mendapatkan tempat seat yang paling banyak/luas supaya kita semua mudah berkumpul dan yang paling penting kita dapat tayangan masa yang cantik/fixed supaya mudah anda semua book online/membeli tiket awal untuk 31 Ogos 2013 ini (tiket wayang tajaan sendiri). Anda semua diminta berkumpul 30 minit sebelum tayangan bermula di pekarangan wayang/tempat menunggu wayang supaya kita dapat mengenal antara satu sama lain dan dapat kita bertegur sapa.

Jadi pada hari penayangan nanti, kita semua akan berlegar-legar dengan memakai songkok di tempat menunggu wayang, baik yang sedang membeli tiket memakai songkok, membeli makanan wayang memakai songkok, sedang menunggu di perkarangan memakai songkok. Dan kita akan tangkap gambar bersama-sama sebelum/selepas wayang untuk kita postkan di FB nanti. Jadi mulai hari ini semua bersiap sedia untuk book online/beli tiket awal yang akan kami umumkan Lokasi Shopping Mall dan masa penayangan dalam masa terdekat. 

Kami juga memohon pada anda yang tinggal di negeri lain, jika tidak keberatan dan mampu, silalah datang ke Pawagam Kuala Lumpur yang akan kami update nanti. Kepada yang tidak dapat turut serta ke Pawagam Kuala Lumpur, pakai songkok pada 31 Ogos 2013 ini di negeri anda, anda boleh turut serta untuk memakainya di Pawagam berdekatan kawasan anda. Cuma kami bersetuju memilih di Pawagam Kuala Lumpur kerana ia mudah sebagai pusat perjumpaan.

Tarikh: 31 Ogos 2013, Sabtu

Tempat: Pawagam Kuala Lumpur

Masa: Slot tengah hari - petang

*Berkumpul 30 minit di pekarangan wayang/tempat menunggu wayang sebelum bermula masa tayangan

*Sentiasa bersedia untuk membuat membuat tempahan awal seat wayang selepas kami umumkan lokasi tempat dan masa.

Tujuan kita beramai-ramai memakai Songkok adalah untuk memperingati jasa jasa Askar dan Pejuang Melayu yang telah mempertahankan Tanah Melayu ini, sesuai dengan pemilihan tarikh 31 Ogos 2013 sebagai Hari Kemerdekaan Tanah Melayu. Walaupun tarikh pertama penayangan adalah 28 Ogos 2013, tetapi 28 Ogos 2013 dilihat kurang sesuai kerana ianya hari bekerja. Kami pasti dengan pengumpulan orang Melayu kali ini, pasti akan ada pihak disana yang tidak suka kita berkumpul memakai Songkok dan mereka pasti akan panas dengan tindakan kita untuk bersatu ini. Antara Page yang membuat kerjasama usaha ini adalah:

1. Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

2. Boikot Barangan Cina DAP

3. Anti Pakatan Rakyat

4. ANTI Semua Salah UMNO - ASSU

5. Anti Bersih

6. Kami Sokong DAP Diharamkan Seumur Hidup

7. Kuasa Pembeli & Pengguna Melayu Islam - KPPMi

8. Media PJ Selatan 

9. Melayu Islam Bersatu Boikot DAP & Kroni 

10. Kami Sokong Buletin Utama TV3

11. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami 

12. Gerakan Memperkasa Ekonomi Melayu - GAMEM 


14. Ini Kali Lah Gabung 

15. Persatuan Mukabuku Pulau Pinang 

Jom kita ramai-ramai support TANDA PUTERA ... SEBARKAN !!

MMI

Sunday, 28 July 2013

Mana Pi TANDA PUTERA ?? Melayu Makin BANGSAT Ka ????????


Apa kena MMI pun tak tau tapi nampak sangat asyik-asyik mengalah tetapi kalau bab puak cauvinis tu semua boleh belaka.Apa hal yang sampai ke tahap BANGSAT ni ? Sedar ke tidak kalau setakat bercakap sampai mati pun Melayu akan terus lembik.

Hunuslah keris macam mana pun , puak-puak bangsat kat luaq sana gelak ja sebab dia dah tau dah Melayu berani bercakap ja .. gertak sikit bagi macam-macam hahahahaha depa gelak ja bro dalam hati pula siap kata BODO PIANG !!!

Dulunya bukan main TANDA PUTERA ni ada adegan yang menyentuh sensitiviti kaum cauvinis tu , macam-macam melalak akhirnya apa jadi bayang Tanda Putera pun nampak.

TANGGUH ?? Tangguh sampai bila ? Sampai Melayu dah jadi bangsat ka ???


Nah sekarang senang ja sebuah filem "new village - Kampung Baru Cina" yang bakal ditayangkan pada 22/08/2013 seolah-oleh free give dari kerajaan untuk dibelasah oleh pro-melayu Islam yang mana di dalam video KBC ini menunjukkan bahawasanya POLIS JAHAT dan KOMUNIS BAIK?

Mereka sengaja membariskan pelakon majoritinya cina untuk menyindir Polis Melayu yang pada masa itu di bawah pemerintahan British.

FINAS pula sudah semestinya sudah pun meluluskan filem ni sebab tu dah sedia untuk di tayangkan.Bulan OGOS brader ! Bulan kemerdekaan negara kita tu !!!

Persoalan kenapa filem ini mudah dilepaskan sedangkan TANDA PUTERA ???? Baca Selanjutnya 

Memetik kenyataan daripada Halim Tuah yang di siarkan oleh blog taipanmaster , Tidak cukupkah buku-buku tulisan Dr Qua Kia Song dan sekutu ekstrimisnya yang secara terang-terangan cuba menulis semula sejarah kemerdekaan Negara ini?  Mengapa begitu mudah filem dan buku yang secara jelas cuba menyeleweng fakta sejarah dan menghasut rakyat dibiarkan bermaharajalela?

Saya menyeru agar kabinet mengkaji semula dasar kerajaan berhubung penerbitan filem dan buku sedemikian rupa. Dan saya rayu agar kebenaran untuk menayangkan filem "Tanda Putera" yang telahpun dipersetujui oleh kabinet disegerakan tayangannya.Seterusnya 

AYUH kepada semua NGO-NGO Melayu dan mereka yang mengaku pejuang Melayu BANGUN !! Gerakkan seluruh kekuatan kita dan pastikan filem "New Village" produk cauvinis ini di halang daripada di tayangkan seperti mana yang berlaku terhadap filem TANDA PUTERA.

Gerakkan usaha ini dan jangan sesekali berundur , dah cukup dengan apa yang berlaku .. Sesiapa sahaja yang bersuara atau menghalang gerakan ini bererti mereka juga sebenarnya adalah musuh Melayu !!

MMI

Monday, 8 October 2012

Tanda Putera Tunda Lagi ??


SEBELUM ini, filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, Tanda Putera dijadual ditayangkan pada 13 September lalu tetapi telah ditunda kerana ada sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan.

Kemudian tarikh baru 15 November telah ditetapkan oleh Finas untuk tayangan filem berkenaan. Tetapi khabarnya tarikh tersebut juga tidak pasti lagi.

Sebelum tarikh 15 November, alasan yang diberikan oleh pihak Finas tarikh tayangan filem ini ditunda kerana kurang promosi. Apa kaitannya promosi dengan tarikh penundaan filem ini? Ini cukup tidak masuk akal.

Kenapa pula Finas ingin masuk campur dalam urusan promosi filem ini. Sebelum ini tidak pernah pula Finas bersungguh-sungguh nak masuk campur dalam setiap promosi filem lain.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku di sebalik penghasilan filem ini, adakah isu 13 Mei yang menjadi permasalahan yang paling besar sehinggakan filem ini masih lagi tidak ditayangkan?

Sehingga kini filem Tanda Putera yang telah diluluskan oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem) dan jawatankuasa Syarat Wajib Tayang masih menjadi yoyo dan disepak terajang begitu sahaja.

Ada pihak ketiga campur tangan dalam proses penundaan tarikh tayangan filem ini. Ini membuatkan Tanda Putera tergantung dan tidak tahu bila akan ditayangkan atau memang terus tidak ditayangkan.

Takut dengan sentimen perkauman, mungkin itu alasan yang tepat kepada pelbagai persoalan yang timbul. Finas tidak perlu untuk melayan pihak yang tidak betul dan sepatutnya Finas perlu melayan pihak produksi yang menghasilkan karya ini.

Kurang cerdik lah sekiranya filem menelan belanja RM4.8 juta ini tidak ditayangkan kerana ada pihak takut dengan bayang-bayang sendiri. Sedangkan pengarahnya sudah melakukan kajian yang lama dan teliti.

Sebelum ini sudah dijelaskan bahawa hampir 30 peratus adegan peristiwa 13 Mei telah dipotong oleh pengarahnya sendiri selepas ditonton oleh pelbagai pihak dalam sesi kumpulan tumpuan (focus group) yang diadakan oleh pihak produksi.

Adegan-adegan yang menyentuh sensitiviti kaum dalam peristiwa bersejarah terpaksa disunting semula setelah menerima pandangan pelbagai pihak yang telah menonton filem ini.

Apa lagi yang diperlukan sebenarnya oleh pihak Finas agar filem ini boleh ditayangkan seperti filem-filem lain? Dalam hal ini Finas mempunyai kuasanya sendiri dan tidak perlu untuk tunduk dengan telunjuk pihak-pihak yang langsung tidak membantu.

Filem seperti inilah yang sepatutnya ditayangkan agar semua bangsa yang ada di Malaysia ini tahu tentang sejarah sebelum ini. Pejuang terdahulu berjuang sepenuh hati demi mendaulatkan negara.

Tidak perlu untuk mendengar kata pihak-pihak yang langsung tidak membantu memajukan industri filem kita. Tugas Finas adalah memperjuangkan hak tayangan filem ini dan bukan mengangguk sahaja pada pihak yang mempunyai agenda sendiri.

Lagi cerita berkenaan Tanda Putera Baca Sini dan Sini.

MMI antara mereka yang menantikan penuh sabar tayangan filem ini.Sebagai seorang rakyat Malaysia filem ini sebenarnya memberikan banyak pengertian khususnya kepada generasi baru agar dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku satu ketika dulu.

Tanda Putera mungkin hanya sebuah filem namun pengisiannya amat penting kerana disitulah tercatatnya sejarah yang membolehkan rakyat Malaysia hari ini dapat menikmati kemakmuran dan hidup berbilang kaum dengan selesa.

Psstt suka dengan garapan filem seperti Tanda Putera..Ada orang takut ke dengan sejarah ?

MMI.

Labels