Followers

Showing posts with label Urut. Show all posts
Showing posts with label Urut. Show all posts

Monday, 28 January 2013

SERBUAN Rumah Urut Amoi BOGEL Di Tangkap !!


Fuh panas !! Dah macam ada di Hatyai pula..Bayangkanlah dalam serbuan demi serbuan di lakukan oleh pihak berkuasa terhadap rumah-rumah urut dan refleksologi yang menyediakan khidmat seks ianya langsung tidak di endahkan bahkan bukan saja premis-premis ini tidak ditutup tetapi semakin banyak dan tumbuhnya seperti cendawan selepas hujan.

Malah terdapat premis yang sudah diserbu oleh pihak berkuasa dibuka semula selepas itu.

Mengapa ini berlaku ? Barangkali ampa semua tahu jawapannya..Video dibawah mendedahkankan segalanya..


Walaupun serbuan ini dilakukan di Selangor perlu diingat Pulau Pinang juga tidak kurang hebatnya.Tapi tak pernah lagi MMI dengar ada serbuan seperti ini dilakukan.Mengapa aa ? Ada sapa-sapa yang boleh kongsi maklumat tak ?

Tapi yang pasti semalam MMI dapat satu maklumat yang menyatakan di Kedah kini sudah terdapat sebanyak 78 pusat-pusat seperti ini.Wow kerajaan negeri PAS tu weii...

MMI.

Friday, 16 November 2012

18SX Gadis Di Rekrut Untuk Melacur !!


Dunia semakin gila dengan sikap manusia , malah manusia sendiri sanggup menjadikan manusia lainnya sebagai barang dagangan bagi mendapatkan keuntungan mudah.

Kini sindiket tertentu lebih berani dengan memperdaya gadis-gadis miskin yang kemudiannya dipaksa untuk menjadi pelacur.Bahkan kegiatan pelacuran ini sedikit sebanyak menjejaskan imej negara.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan puluhan sindiket pemerdagangan orang yang aktif ke luar negara mencari penduduk tempatan untuk direkrut menjadi orang tengah bagi membantu mereka ‘menjerat’ gadis-gadis miskin untuk dilacurkan di negara ini.

Warga asing yang bersekongkol dengan sindiket terbabit akan pergi ke kawasan perkampungan terpencil di negara mereka untuk mencari wanita berusia bawah 30 tahun yang miskin dan ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah dengan upah lumayan iaitu mencecah AS$5,000 (RM15,000) di Malaysia.

Selain ‘menggula-gulakan’ gadis miskin terbabit dengan tawaran gaji lumayan, sindiket juga membiayai dahulu tiket penerbangan dan kos membuat pasport dengan syarat bayaran balik secara bulanan dibuat selepas mangsa mendapat pekerjaan.

Tahukah anda bahawa sebahagian daripada aktiviti ini sebenarnya dibantu oleh sikap sesetengah pihak yang memejamkan mata dan membiarkan kewujudan pusat-pusat urut,refleksologi,spa malah pusat pelacuran beroperasi ?

Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor bahkan di kedah dan Kelantan juga turut tidak ketinggalan.

MMI tak nafikan di negeri-negeri lain juga wujud kegiatan seperti ini namun langkah pengawalan sentiasa dilakukan dengan menghadkan jumlah premis-premis tersebut.Namun berbeza dengan negeri-negeri yang MMI sebutkan tadi khususnya di Pulau Pinang dan Selangor.

Tahukah anda bahawa selama ini agensi kerajaan Barisan Nasional yang sering melakukan tindakan penguatkuasaan ? Di mana agaknya tindakan daripada Pakatan Haprak dalam menangani permasalahan ini ?

Yang selalu kita dengar mereka lebih terarah kepada mahu mendapatkan Putrajaya , adakah ini sikap yang seharusnya di tunjukkan oleh mereka-mereka yang sering mendabik dada kononnya lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional ?

Psstt apa nak hairan perjuangan sendiri pun puak-puak tu lacur !!

MMI.

Tuesday, 9 October 2012

Cerita Benar Seorang Tukang Urut !!!


Diceritakan, pakcik yang bernama Siao Ah Pek (crazy old man) ini sudah bosan dengan kerjayanya sebagai tukang urut, sedangkan ramai anak muda (rasanya) inginkan pekerjaan seperti itu. Dimana pelanggan-pelanggannya terdiri daripada perempuan-perempuan seksi meksi gitu.

Apa yang menarik, penyampaian video komersial yang slumber dan penuh jenaka ini membuatkan kita tersenyum sendirian melihat gelagat pakcik ini.

Video ini adalah dari sebuah laman sesawang pencarian kerja dari negara jiran, Singapura.

Budak berumur bawah 13 tahun memerlukan pengawasan orang dewasa untuk menonton video di bawah. 


Huh agak-agak ampa ada ka orang macam apek tua tu yang bosan dengan kerja buat dia ? Ada sapa-sapa nak ganti ka ? Hehe..Anwar boleh kot tapi takut dia balun terus haru !!

MMI.

Labels