Followers

Thursday, 28 September 2017

Betul Ker Rafizi Boleh Bina Semula Negara ??


Kalau kita tengok bab bercakap memanglah Rafizi antara ramai-ramai yang petah bercakap namun kalau kita campur tolak Rafizi ni lain sikit.Mamat PKR ni punya petah bercakap sampaikan FITNAH tu dah jadi makanan dia.

Itu pun ada juga orang yang percaya dan MMI kategorikan orang-orang macam ni ada masalah mental sikit sebab langsung tak boleh nak guna akal untuk fikir , mungkin sebab hati dah hitam kot !

Baru-baru ni Rafizi dalam jelajah FITNAHnya terpaksa berucap didepan beberapa kerat orang yang hadir dan gambar kat atas tu jadi saksi betapa usaha Rafizi untuk bina semula negara hanyalah satu rekayasa politik yang digunakan beliau untuk terus mengalunkan lagu-lagu fitnah.

Sebab apa MMI kata macam tu , untuk membina sesebuah negara ia bukan hanya terletak pada ucapan seseorang tetapi memerlukan satu pengorbanan dan perjuangan yang cukup mencabar diri siapa jua yang berusaha ke arah itu.

Dan kalau kita tengok Rafizi dengan slogan hipokrit nak bina semula negara , apakah warga Malaysia punya keyakinan untuk meletakkan kepercayaan itu kepada beliau ????

Sebelum buat apa-apa keputusan , MMI syorkan baca apa yang sedang berlaku dalam INVOKE ....

Rafizi Ramli dalam kenyataannya pada 24 September di perkara nombor 5 menjawab seperti berikut tentang persoalan mengenai kakitangan invoke;

“Kakitangan INVOKE menandatangani kontrak perjawatan dengan sebuah syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd.

KEIP Resources Sdn Bhd pula menandatangani satu perjanjian membekalkan sumber manusia mengikut keperluan INVOKE dari semasa ke semasa. Kontrak perjawatan kakitangan dimuktamadkan begini dengan mengambil kira perkara-perkara bersabit undang-undang buruh dan perkara-perkara lain”.

Soalan tambahan saya (Rizal Mansor) kepada Rafizi Ramli hari ini; kontrak perjawatan kakitangan dimuktamad begitu kerana mengambil kira undang-undang buruh atau taktik Rafizi mahu mengalihkan duit yang disumbangkan orang ramai ke dalam Invoke untuk dibawa ke syarikat sendiri ??

Dalam bab membohong orang ramai dan memfitnah saya terpaksa memberi tabik hormat kepada dia. Kepakaran dia berbohong dan berimaginasi berada di luar jangkauan pemikiran manusia normal.

Sebagaimana dia berimaginasi seolah-olah dia bersama-sama PM dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini. Dia memberitahu bagaimana keluarga PM mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika di Trump Tower New York.

Jangan kata pegawai-pegawai PM sahaja yang terkejut, pencuci bangunan di Trump Tower New York pun terkejut. Kerana dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini PM tidak ke New York pun.

Berbalik kepada kisah KEIP dan INVOKE..

Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64 , dari Mac hingga September 2017.

Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu. (Rujuk gambar yang disertakan di bahagian yang bertanda kuning).

Mengikut senarai itu juga, menunjukkan Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai.

Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28.08.2017. Pembayaran pertama RM 160’349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10.

Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM 350,608.64.

Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai.

Siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?

Inilah bahagian yang agak menarik..

Alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Bagaimanapun berdasarkan slip bayaran KWSP dan Socso yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP Resources beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat Invoke.

Semakan juga mendapati KEIP Resources tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.

Milik siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?

Mengikut carian yang dilakukan di SSM menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI. Yang memegang sebanyak 10,050 saham.

Individu yang bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam INVOKE SOLUTIONS SDN BHD. Iaitu sebanyak 250,000 saham. (Rujuk dokumen-dokumen SSM yang disertakan).

Kesimpulannya apa?

Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia.

Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung.

Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya. Rujuk

MMI kata ampa pikiaq betoi-betoi , boleh percaya ka Rafizi nak bina semula negara ni ?

MMI

Wednesday, 27 September 2017

Bila Guan Eng Pun Teringin Nak Naik LRT !


Tiba-tiba Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP , Lim Guan Eng buat kenyataan berkenaan LRT dalam keadaan masalah banjir pun belum dapat diselesaikan dengan baik.

Jadi secara tak langsungnya bolehlah kita andaikan bahawa anak Kit Siang ni tengah serabut mungkin sebab kerajaan negeri di bawah pimpinannya telah mendapat kritikan demi kritikan akibat daripada kelemahan yang cukup ketara sekali.

Macam-macam daripada isu rasuah , tindakan seberat sebelah yang disifatkan banyak pihak sebagai berunsur perkauman , perancangan kerajaan negeri yang tidak tersusun sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti banjir lumpur apabila hujan lebat , penerokaan kawasan bukit bukau sampai botak , isu penambakan laut dan banyak lagi dilihat sudah pun menjadi igauan negeri kepada barisan pentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.

Terkini pula dalam keadaan banyak pihak khususnya para penduduk di Pulau Pinang merungut tentang masalah banjir yang tak selesai-selesai , Guan Eng dalam satu ucapannya baru-baru ni kata kalau rakyat Pulau Pinang mahukan LRT maka kena tukar Perdana Menteri.

Wow mudahnya dia bercakap , seolah-olah Perdana Menteri kita langsng tak mengambil berat perihal negeri Pulau Pinang.Kalau kita tengok dalam isu banjir sekalipun Kerajaan Persekutuan dah pun membantu kerajaan negeri dengan peruntukan yang mencecah RM2 bilion.

Jadi dalam soal ini apakah wajar rakyat menerima kenyataan Guan Eng supaya tukar PM hanya untuk mendapatkan perkhidmatan LRT di Pulau Pinang ?

Guan Eng mungkin terlupa agaknya apa yang dah Kerajaan Persekutuan laksanakan di seluruh negara , dengan pelaksanaan projek rel keretapi dan lebuhraya sama ada di sebelah Pantai Timur mahupun di Sarawak dan sudah tentunya di jaringan utama melibatkan Perlis hingga ke Johor semuanya membuktikan keupayaan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jangan lupa kalau bab LRT pula tengok saja apa yang dah Kerajaan Persekutuan laksanakan di Kuala Lumpur rasanya lebih dari LRT.

Dan MMI nak kongsi juga bila Guan Eng sentuh bab LRT ni , mungkin sekali lagi dia lupa agaknya wakil PKR di Pulau Pinang sendiri pernah mempersoalkan tentang (cadangan) kos LRT di Pulau Pinang yang lebih mahal dari kos MRT !


ADUN Penanti (PKR) Norlela Ariffin mempertikaikan Projek LRT di Pulau Pinang sepanjang 30km di Pulau Pinang bernilai RM24 bilion adalah lebih mahal daripada laluan 51km MRT Sungai Buloh – Kajang (SBK).

Ujarnya, laluan MRT SBK lebih panjang dan mempunyai lebih banyak stesen disiapkan dengan harga RM21 bilion – lebih rendah daripada projek LRT yang dicadangkan akan dibina oleh kerajaan DAP Pulau Pinang, teraju Ketua Menteri Lim Guan Eng. Baca selebihnya di SINI

Jadi apa rumusannya ?

Bercakap siapa pun boleh beb tapi bila sampai bab pelaksanaan ianya memerlukan pasukan yang benar-benar profesional bukan macam apa yang dilalakkan oleh Guan Eng dan konco-konco DAP !

Dan kalau kita tengok balik apa yang Guan Eng cakap tu , dalam keadaan pentadbiran yang berserabut ni adalah lebih baik TUKAR KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG daripada termakan hasutan bodoh supaya tukar PM semata-mata nak dapatkan LRT.

Guan Eng kalau teringin sangat nak naik LRT tu turun KL , nanti MMI bawa pusing-pusing mungkin boleh singgah Bukit Jalil kita bersenam sikit kat sana.

MMI

Labels