Followers

Thursday 3 November 2011

Angry Birds Paling Popular


Fenomena permainan video "Angry Birds" telah menjadi begitu popular sekali dalam dunia hari ini.Hebat permainan ni bukan saja menarik untuk dimainkan bahkan boleh menyebabkan sesama kita leka sampaikan tak bertegur sapa.

MMI turut mengalami sendiri bagaimana asyiknya apabila mula bermain permainan burung tak ada sayap ni hingga kawan-kawan yang duduk semeja dengan kita semuanya senyap belaka.Kadang-kadang lucu bila difikirkan 4 orang rakan duduk semeja dikedai makan tapi langsung tak berbual sebabnya semua asyik dengan "Angry Birds".


Inilah antara fenomena permainan burung bulat ni.Terbaru Firma Rovio pengeluar permainan "Angry Birds" berkata permainan ini kekal menjadi permainan paling popular dengan rekod menunjukkan ia dimuat turun sebanyak 500 juta kali dalam tempoh 2 tahun sejak ianya dilancarkan.

Peter Vesterbacka ketua pemasaran Rovio berkata permainan "Angry Birds" berada dicarta teratas permainan paling popular sejak ia dilancarkan untuk telefon pintar keluaran Apple dan iPhone pada pertengahan Disember 2009.

Hebat sekali permainan "Angry Birds"  hinggakan terbaru telah pun dijadikan sebagai sebuah filem yang bakal berada dipasaran .

   

Bukan itu saja bahkan permainan nyata dan barangan "Angry Birds" juga semuanya turut menjadi kegilaan masyarakat dunia hari ini.

Antara Kegilaan Masyarakat terhadap "Angry Birds" :




Apa pun MMI nak ingatkan kepada semua bahawa orang - orang Yahudi sekali lagi berjaya menguasai dunia termasuk anak- anak kita sebagai sebahagian daripada mereka - mereka yang menggemari permainan yang dicipta oleh manusia bernama Yahudi ini.

Ingatlah cukup sekadar permainan jangan sampai kita mendewakan "Angry Birds" sebagai sesuatu yang tidak boleh lari dari kehidupan kita seharian.

Adalah lebih baik jika kita sebagai masyarakat Malaysia memberikan sokongan dan mengalih perhatian kepada produk kita sendiri contohnya Upin & Ipin kerana ianya lebih baik dan sarat dengan nasihat dan unsur- unsur teladan yang baik jika di bandingkan dengan "Angry Birds".

Apa pun MMI sekadar berkongsi pandangan selebihnya MMI serahkan kepada semua.

Hanya Kita Bukan Orang Lain.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels