Followers

Thursday 31 May 2012

Malaysia Miliki Pesawat Paling Besar Di Dunia


Kali ini MMI nak bicara soal kapal terbang milik Malaysia Airlines yang baru dan di beritakan merupakan pesawat terbesar di dunia.Dengan adanya pesawat sehebat ini ianya turut menjadi nadi kepada keupayaan MAS untuk terus maju. 

Pesawat terbesar dan paling mesra alam di dunia, Airbus A380, yang kini menjadi milik Malaysia Airlines (MAS), telah pun di terima dan bakal menyusul bakinya tidak lama lagi.

MAS telah menerima serahan pesawat pertama A380 itu, daripada enam yang ditempah, semalam dan kini menjadi pengendali ke-lapan pesawat penumpang itu.

Ketua Pegawai Operasi Airbus Fabrice Brégier telah menyerahkan pesawat itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya di Toulouse.


Pesawat yang menggunakan enjin Rolls-Royce Trent 900, menyediakan ciri-ciri premium tiga kelas, yang boleh membawa seramai 494 penumpang.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan ialah tempat baring rata sepenuhnya dalam Kelas Pertama dan Perniagaan, serta tempat duduk lebih lebar yang baharu pada Kelas Ekonomi.

Tempat duduk dalam kesemua kelas dilengkapi dengan sistem hiburan individu dalam penerbangan, USB port dan kemudahan telefon satelit.



Ahmad Jauhari, yang membuat pemeriksaan bagi kali pertama pesawat itu, jelas sangat teruja.

"Pesawat A380 ini akan menjadi pesawat perdana dengan menawarkan produk dan perkhidmatan premium terbaharu, yang menawarkan tahap keselesaan, kemewahan dan kemudahan terbaharu bagi penerbangan jarak jauh," katanya.

Sejak memasuki perkhidmatan pada 2007, A380 mencatatkan rekod melangkaui jangkaan, dengan menerbangkan lebih ramai penumpang pada jarak lebih jauh dan pada kos yang lebih rendah, sambil mengurangkan pengeluaran karbon secara signifikan.

A380 berupaya terbang sejauh 8,300 batu nautika atau 15,300 kilometer.


Ini membolehkannya melakukan perkhidmatan tanpa henti dengan muatan penuh dari Kuala Lumpur ke mana-mana destinasi di Eropah atau perkhidmatan sehenti ke destinasi utama di Amerika Syarikat.

Kemunculan sulung pesawat komersil superjumbo itu dijadualkan pada 1 Julai mengikut jadual tiga kali seminggu pada laluan KL-London (MH002/MH003) sebelum melakukan perkhidmatan harian pada Ogos.


Malaysia Airlines akan turut memperkenalkan A380 pada laluan Sydney-Kuala Lumpur mulai 25 September pada perkhidmatan harian MH122/123, bagi menggantikan jadual semasa menggunakan pesawat Boeing 747-400.

MMI cukup bangga sekali dan inilah sebenarnya kejayaan Malaysia dan seluruh rakyatnya yang selama ini memberikan kepercayaan kepada sebuah kerajaan yang kita yakin dapat membawa negara dan rakyatnya kemercu kejayaan.

Cumanya MMI yakin dan pasti puak-puak Pakatan Haprak khususnya para pemimpin mereka yang mempunyai jutaan ringgit itu pasti akan turut merasa bagaimana hebatnya menaiki pesawat paling besar dalam dunia kepunyaan negara Malaysia.

Jom sama-sama kita naik..

Pssstt Ada sapa-sapa nak bawa MMI naik ker ? hehe..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels