Followers

Saturday 28 July 2012

Ekonomi Tidak Stabil Jika Harga Kereta Di Turunkan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyifatkan pemberian bonus kepada penjawat awam dan bantuan khas kepada pesara kerajaan sempena Aidilfitri sebagai satu langkah yang bijaksana.

Beliau berkata pemberian bonus dan bantuan khas itu wajar memandangkan kebanyakan penjawat awam terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Pemberian untuk rakyat memanglah satu perkara yang bijaksana sebab antara 1.4 juta penjawat awam dan 600,000 pesara kebanyakan mereka bukan dalam kategori yang berpendapatan tinggi.

"Kebanyakan mereka berpendapatan sederhana dan rendah dan mereka memang memerlukan duit tambahan seperti ini, khasnya pada musim perayaan," katanya.

Beliau turut memberikan pandangan berkenaan tindakan pembangkang yang mahu menurunkan cukai keatas setiap kenderaan dengan berkata Negara akan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ramai yang menjadi muflis jika harga kereta serta duti eksais kenderaan diturunkan.

YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, penghapusan cukai bagi kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7 bilion yang boleh menjejaskan pembangunan infrastruktur negara terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pedalaman Semenanjung.

Katanya, jika pembangkang membuat keputusan untuk menghapuskan cukai eksais, rakyat yang hidup dalam keadaan daif tak dapat meningkatkan kehidupan sebab duit tidak ada.Klik Sini

Nampaknya puak-puak Pembangkang hanya pandai bercakap namun dalam soal pelaksanaan hancur.Mereka sebenarnya telah merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara miskin bagi memudahkan mereka untuk berkuasa.

MMI percaya kenyataan YB Tan Sri Nor ini pastinya akan digunakan sebagai bahan ejekan kepada kerajaan selepas ini.Namun hakikat yang rakyat perlu tahu Malaysia bertuah kerana dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang terbaik kerana mereka-mereka ini lah dulunya sewaktu krisis 1998 Malaysia diselamatkan dengan izin Allah SWT.

Percayalah memberi janji palsu semata-mata adalah satu tindakan paling jijik dalam dunia politik Malaysia hari ini.Sedarlah kita perlukan sebuah kerajaan yang telus dan tahu memimpin negara ke mercu kejayaan siapa lagi kalau bukan Barisan Nasional.

MMI.

1 comment:

  1. Salah 1 statement paling bodoh pemerintah BN.rakyat perlu bayar cukai melebihi harga kereta,adakan menguntungkan rakyat..sehingga masih ade rakyat yg tak mampu beli kereta..cukai untuk kepentingan kroni2 haprak..puiiii laknat lah ko UMNO!

    ReplyDelete

Labels