Followers

Tuesday 25 December 2012

BIKIN PANAZZ Blog pro BN diGODAM ?!!


MMI kurang pasti sejauh mana kebenaran berita ini ,sewaktu menjalankan rutin harian "blogwalking" hari ini MMI agak terkejut melihat satu blog milik pejuang maya pro BN seolah-olah di godam.Malah blog tersebut hanya memaparkan logo seperti diatas , mungkin untuk memaklumkan kepada pemilik blog yang ianya telah digodam oleh mereka-mereka diluar sana.

Menjelang tengah malam , apabila cuba untuk meninjau sejauh mana tanggapan MMI sama ada benar ataupun tidak kelihatannya blog yang diserang sudah bertambah menjadi 2.

Ini betul-betul di godam ! Berikut MMI paparkan blog yang dimaksudkan..


Gambar diatas MMI ambil pada jam 1.35 pagi 25 Disember 2012 menunjukkan 2 blog pro BN sudah pun diserang.Apakah ini merupakan serangan terancang terhadap blog-blog pro kerajaan ? Jika YA , siapa pula yang merancang dan menyerang ?

Kalau ampa tak percaya cuba terjah blog tersebut , setakat MMI menulis entri ini blog-blog tersebut langsung tidak boleh dijengah.

Apa pun semoga blog-blog yang digodam tu kembali pulih seperti sediakala.Kepada penggodam-penggodam kat luar sana MMI nak berpesan tindakan menggodam adalah satu jenayah apatah lagi menjahanamkan hak intelek orang. Baca sikit Net Act. Biar bodoh belajar dari bodoh tak boleh nak di ajar. 

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels