Followers

Wednesday 12 December 2012

PANAS Apa Hal Lagi MUSA ??


Sebelum ini MMI ada bawakan artikel berkenaan Musa ni menceritakan tentang cakap-cakap berkenaan beliau Baca Sini malah diakhir entri tersebut MMI ada nyatakan sejauh mana intergriti beliau sebagai bekas pegawai kerajaan yang pernah memegang jawatan ketua angkatan polis negara ? Apakah Musa dengan mudah menggadaikan maruah diri setelah tidak lagi memegang apa-apa jawatan ?

Tan Sri Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara ini dilihat semakin galak menyuarakan pandangannya yang dikira cukup sensitif apabila menuduh Menteri Dalam Negeri campurtangan dalam urusan polis

Sekali kita mendengar kenyataan tersebut semacam berat tuduhannya.Apa hal Menteri Dalam Negeri boleh bertindak sedemikian ? Kenapa begitu sekali Hishamuddin bertindak ? 

Pasti ramai yang panas mendengar tuduhan tersebut bukan ? Namun perlu diingat sebagai seorang pemimpin apatah lagi pernah memimpin pasukan polis negara , Musa sudah pun terikat dengan janji dan komitmen beliau yang perlu amanah,ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas sehariannya.

Agak janggal mendengar keluhan dan kenyataan dari beliau hari ini kerana sebagai seorang yang mempunyai segala sifat sebagai seorang yang amanah , ikhlas dan jujur mengapa tidak Musa menegur serta melakukan tindakan yang sama sewaktu beliau masih memegang jawatan dalam pasukan polis ?

Mengapa kini setelah tidak lagi memegang jawatan Musa memilih untuk bersuara ?

Di mana integriti beliau sebagai seorang pemimpin yang di segani dulunya apabila bertindak sedemikian ?

Apakah kerana dulunya Musa berjawatan dan kekangan tugas menyebabkan beliau mendiamkan diri tentang kelemahan yang berlaku sekiranya benar seperti di dakwanya ? Jika demikianlah maka MMI sifatkan Musa yang kini bersuara  sebenarnya seorang yang tidak amanah , ikhlas dan jujur kerana beliau diam dan membisu disaat beliau mampu menyuarakan kepada pucuk pimpinan negara.

Malah tindakan Musa mempertikaikan Menteri Dalam Negeri dengan menuduh beliau campur tangan sebenarnya menunjukkan betapa lemahnya Musa yang selama ini dihormati ramai.

Apakah sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan dalam negara , Hishamuddin tidak langsung boleh terlibat dengan institusi polis negara ? Siapa Musa ? 

Jangan sempitkan fikiran kita dengan perkara negatif sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya malah sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam keselamatan dalam negara sudah semestinya beliau mempunyai akses tertentu dalam merungkai dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku.

Tindakan Musa mempertikaikan Hishamuddin setelah beliau tidak lagi berjawatan sebenarnya menunjukkan betapa lekehnya beliau dan betapa tidak amanahnya seorang bekas Ketua Polis Negara kerana sewaktu mempunyai kuasa sanggup berdiam diri malah menjadi mereka yang mengangguk dan senyum walaupun beliau sendiri tidak ikhlas.

Mengapa terus berkhidmat ? Kenapa tidak meletakkan jawatan ketika itu ? Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh Musa sendiri.

Malah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyifatkan Tan Sri Musa Hassan sebagai 'bersandiwara' apabila mendakwa pemimpin Umno dan kakitangan kerajaan campurtangan dalam urusan polis.

Mat Zain berkata, beliau pada mulanya berpendapat bahawa bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu ikhlas dalam membuat tuduhan-tuduhan, namun menyedari hanya bersikap pura-pura.

"Baru-baru ini, Musa membuat beberapa serangan ke atas Menteri Kabinet dan pemimpin UMNO, namun beliau menegaskan bahawa tiada campur tangan dalam siasatan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Saya kemudiannnya sedar bahawa kemarahan Musa itu... hanya satu lagi sandiwara," katanya.

Beliau mendakwa, Musa hanya berpura-pura menentang pemimpin tertinggi dalam kabinet dan dalam Umno, namun sebenarnya melindungi individu tertentu terutamanya peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Musa perlu sedar bahawa kejujuran seseorang itu bukan perkara yang sukar untuk diuji," ujarnya lagi.

Mat Zain menegaskan beliau bersedia bersemuka dengan Musa pada bila-bila masa untuk membuktikan dakwaan-dakwaannya terhadap bekas KPN itu.

Beliau menegaskan rekod Musa dan Gani dalam peristiwa mata lebam Anwar, khususnya dalam memalsukan rekod perubatan Anwar pada tahun 1998 harus dijadikan peringatan untuk semua.

Sejak dua minggu lalu, Musa mendapat perhatian umum apabila beliau menuduh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein campurtangan dalam urusan polis.

Musa sudah merentap rasa hormat MMI terhadap bekas Ketua Polis Negara ini , mengapa bersuara setelah bersara ? 

Apa hal lagi Musa ???

MMI.

1 comment:

  1. Biasa la apabila sedang bertugas semua peg.kerajaan x berani bersuara walau pun mereka tahu tentang apa2 penyelewengan lebeh2 lg yg me- libatkan menteri @ VVIP,nnt tangan & leher mereka dipulas,mulut mereka ditampal plaster
    ,silap2 h/bulan masuk dlm peti sejuk kan susah !!

    ReplyDelete

Labels