Followers

Sunday 24 February 2013

3 Ribu Anggota RELA Sambut Hishamuddin Hari Ini


Bertempat di USM Trans Krian Nibong Tebal Pulau Pinang hari ini , 3 ribu anggota RELA berjaya dikumpulkan dalam satu program bersama Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.Kehadiran beliau di sambut dengan penuh meriah para anggota RELA yang menunggu ketibaan beliau seawal jam 10.00 pagi tadi.

Dalam majlis tersebut Datuk Hishamuddin turut mengingatkan para sukarelawan khususnya anggota RELA supaya memperkuatkan semangat dan jati diri masing-masing.

YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengingatkan gerakan kesukarelaan bukan  untuk menanam kebencian, menabur fitnah atau  melaga-lagakan antara  kaum, tetapi untuk penyatuan  dan untuk  keamanan.

Malah ia sekaligus mewujudkan gelombang untuk  mematahkan arus kebencian, perpecahan, pertembungan kaum, budaya, agama, serta menolak aktiviti  keganasan.




Berikut merupakan rakaman nyanyian lagu IM4U yang dinyanyikan oleh semua anggota RELA bersama YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein siang tadi.Baca juga di mypenangonline 


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels