Followers

Tuesday 2 April 2013

KAMI BANTAH !! Warga Bagan Ajam & Nelayan Bantah Terowong Guan Eng


Warga Bagan Ajam dan para nelayan pantai yang mendiami kawasan sebelah pantai di sepanjang Bagan Ajam menghala ke Teluk Air Tawar hari ini mengadakan perhimpunan bagi membantah pembinaan terowong Guan Eng.Kehadiran hampir 100 orang dengan sepanduk jelas membuktikan kesungguhan mereka untuk tidak sesekali bersetuju dengan pembinaan tersebut.

Kebanyakkan yang hadir merupakan para nelayan pantai yang selama ini mencari makan dengan menangkap ikan di laut jelas marah dengan cadangan tersebut dan mereka menyifatkan tindakan sedemikian sebagai bukti bahawa kerajaan negeri pimpinan Guan Eng langsung tidak mengambil berat akan nasib rakyat selama ini.

Pembinaan terowong Guan Eng sudah tentu bakal mencemarkan kawasan pantai serta laut malah hidupan laut sudah pasti akan tercemar dan ianya bakal menyebabkan para nelayan menghadapi masalah seterusnya menutup periku nasi mereka.

Saudara Huszaimi Abu Hassan wakil kepada penduduk yang MMI temui berkata kerajaan negeri langsung tidak pernah mengambil berat akan nasib penduduk serta nelayan di kawasan malah pembinaan jeti yang kini dalam pembinaan pun adalah hasil usaha Ahli Parlimen Tasek Gelugor YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mendengar keluhan para nelayan di kawasan Bagan Ajam ini.


"Nak mengharapkan wakil dan kerajaan negeri Pulau Pinang jangan mimpilah !" Begitulah keluhan warga nelayan dan penduduk Bagan Ajam , mereka kini semakin marah dengan Guan Eng serta kerajaan negeri kerana hanya pandai membuat janji.

Sebelum ini MMI pernah menceritakan tentang nasib penduduk di kawasan Bagan Ajam Baca SINI 

Kepada semua berkenaan terowong yang dijanjikan oleh Guan Eng kali ini , kita harus ingat bagaimana mereka telah berbohong kepada seluruh rakyat Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu.Setiap manifesto dan janji yang dibuat Pakatan Haprak hanyalah retorik semata-mata.

Berikut adalah perkara tentang pembinaan terowong dari segi teknikal yang MMI rasa ampa semua kena tahu Baca SINI 

Apa pun yang berlaku rakyat perlu ingat Guan Eng sudah pun merancang untuk membina terowong dan tindakan beliau mengadakan "roadshow" hanyalah bagi mengaburi mata rakyat kerana keputusan sudah di buat sebelum membuka peluang kepada rakyat untuk memberikan cadangan.

Tolak Pakatan Haprak !!!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels