Followers

Saturday 10 August 2013

Bukit Bintang Sarang MAKSIAT Ada PAS Pernah TEGUR ?!!


Sengaja MMI bawakan cerita tentang Bukit Bintang ni sebabnya pembangunan pesat yang berlaku di kawasan tersebut di lihat tidak seimbang dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi sekarang ni.

MMI akui ianya telah bermula sejak lama dulu dan sejak itulah UMNO dan kerajaan BN sering saja di tuduh sebagai penyumbang kepada gejala yang tidak baik ini.Malah berdasarkan kepada cakap-cakap selama ini kerajaan di lihat GAGAL dalam menangani kegiatan-kegiatan maksiat di kawasan tersebut.

Ya , MMI setuju kerana siapa sahaja yang melalui kawasan ini atau singgah khususnya di malam hari sudah tentu akan menganggap Bukit Bintang umpama mini Hatyai di Thailand.Percaya atau tidak lelaki-lelaki berhidung belang sudah tentu dapat memuaskan nafsu serakah masing-masing , sebut saja apa yang anda inginkan sudah pasti hajat itu mampu di tunaikan janji poket mau tebal.

Disini jugalah berhimpunnya segelintir anak-anak muda yang mahu menghabiskan masa bersantai hingga ke pagi.Malah disinilah jugalah kebanyakkan anak muda kita hanyut dengan aktiviti maksiat yang boleh MMI umpamakan sebagai tanpa sempadan.  


Persoalannya apakah kita masih mahu menyalahkan kerajaan ? Rasanya terlalu kejam kalau kesalahan itu hanya di letakkan kepada kerajaan sahaja walaupun ianya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan hal-hal sebegini tidak berlaku.

Bagi MMI semua pihak sebenarnya terlibat dan turut sama menyumbang kepada gejala yang kini semakin menular khususnya di kalangan anak-anak muda.

Kalau bab politik pasti akan ada pihak tertentu yang lebih suka menuding jari kepada orang lain sedangkan perkara sebegini seharusnya menjadi tanggungjawab semua termasuklah ibu dan bapa.

Persoalan kedua mengapa ianya masih berlaku dan terus berlaku ?

Jawapan MMI mudah , kerana orang Melayu berpecah khususnya dalam dunia politik !

Kerana perpecahan inilah maka dua pihak yang sama bangsa dan agamanya saling menuding jari sesama sendiri sedangkan perkara yang lebih penting di lupakan.

Untuk sekurang-kurangnya menyelesaikan isu seperti ini orang Melayu tiada pilihan melainkan bersatu atas nama bangsa dan agama.UMNO dan PAS tidak lagi boleh menuding jari antara satu sama lain kerana ianya akan lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

MMI yakin sekiranya dua kelompok terbesar orang Melayu ini bersatu , banyak isu-isu khususnya yang melibat kepentingan orang Melayu dan agama Islam dapat di selesaikan.

Tapi sayang disaat UMNO membuka pintu untuk bersatu PAS pula lebih suka mengikut naluri hati dan dendam kesumat dengan menolaknya.

Malah mereka lebih percayakan DAP sebagai sahabat untuk mewujudkan sebuah negara ISLAM seperti mana yang mereka idam-idamkan.

Ya , mungkin ada puak-puak macai PAS yang tidak bersetuju dengan pandangan MMI namun ada satu perkara yang MMI rasa perlu untuk mereka fikir dan kalau boleh jelaskan kepada rakyat.

Kawasan Bukit Bintang di Kuala Lumpur boleh diibaratkan sebagai Hatyai Malaysia.Ianya mula wujud sejak lama dulu dan kawasan ini pula di kuasai majoriti mereka yang berbangsa cina.

Sejak PAS bersama Pakatan Haprak pada 2008 yang lalu sehingga kini mengapa aktiviti malam di kawasan Bukit Bintang masih tidak berjaya di hapuskan ?

Kawasan Bukit Bintang merupakan kawasan yang dimenangi oleh wakil DAPigs dan ini bererti ianya berada di bawah Pakatan Haprak atau pembangkang.

Sehingga ke hari ini adakah kita pernah mendengar pemimpin PAS menegur puak-puak DAPigs ini supaya segera melakukan sesuatu kerana aktiviti sundalnya perlu di hentikan serta-merta ?

PAS yang sering melalak kononnya membangun bersama Islam pun di lihat GAGAL untuk mendepani isu di Bukit Bintang.

Rumusannya bukan sesuatu yang mudah apabila ianya berkaitan dengan puak pendatang yang kini beraja di tanah tumpah kita.Jangan sesiapa waima PAS sekalipun mendabik dada kononnya mereka merupakan kumpulan pendesak dalam Pakatan Haprak untuk menerima perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS.

Kalau dalam isu di Bukit Bintang pun PAS masih GAGAL untuk merubahnya apakah PAS mampu untuk memastikan Malaysia terus berpegang kepada perkara-perkara asas yang selama ini ini disimpan kemas dalam perlembagaan negara sekiranya Pakatan Haprak menerajui negara ?

Rasanya TIDAK !!

MMI

1 comment:

  1. Komen biasa "ini semua salah BN". Apa guna ada adun, apa guna ada ahli parlimen kalo semua salah ditanggung oleh parti secara total. Adun dan ahli parlimen setiap kawasan harus bertanggung jawap kerana gagal menjaga kawasan masing2. Paling tidak pun bekerjasama dengan pihak berkuasa dan media untuk membenteras. Jangan duduk paling belakang, diam menikus.

    ReplyDelete

Labels